Social Icons

Pages

Friday, November 15, 2013

HOT NEWS !!! ANWAR IBRAHIM TIDAK MAMPU UNTUK MENERAJUI PEMBANGKANG !!!


Kemelut dalaman parti-parti pakatan pembangkang serta tuduh menuduh antara satu sama lain bakal mengakibatkan mereka berpecah.Antara ketiga-tiga parti pembangkang,PKR merupakan entiti paling muda dan paling rapuh sekali atau ‘the weakest link’.Walaupun dipimpin oleh Anwar Ibrahim sebagai ketua umumm kepimpinannya tidak sama sekali menyerlah.Ini menjadi faktor utama mengapa dua daripada lima ahli dewan undangan negeri PKR di Sabah keluar parti lalu menyokong Barisan Nasional.Presiden PKR,Dr Wan Azizah Ismail cuba mempertahankan kepimpinan Anwar dengan mengalihkan kesalahan keluar parti atas bahu dua Adun terbabit iaitu Jeremmy Malajad dan Jelani Hamdan.Wan Azizah berkata ia berpunca daripada perbalahan antara mereka dan pucuk pimpinan PKR negeri dan tidak ada kaitan dengan Anwar.Dengan mudah sekali beliau menyucikan suaminya daripada memikul tanggungjawab terhadap apa yang berlaku di dalam partinya di Sabah.Jika di lihat rekod Wan Azizah sebagai presiden adalah amat hambar sekali kerana dalam apa jua keadaan sekalipun beliau tetap akan mempertahankan Anwar. 

Walaupun sudah dua kali suaminya itu didakwa terlibat dalam seks songsang liwat dan bukti pembabitannya adalah jelas sekali,Wan Azizah menutup mata dan memekaknya telinganya terhadap kebenaran Menyokong dan taat kepada suami adalah satu hal tetapi melindungi serta acap kali menafikan perlakuan jijiknya bukan sahaja dosa dari segi agama tetapi tidak melayakkan beliau memimpin sebuah lagi.Mungkin Wan Azizah masih menaruh keyakinan Anwar alan menjadi perdana menteri suatu hari kelak tetapi realiti setiap hari berlaku peluang ia berlaku semakin tipis.Begitu juga hubungan antara Pas dan dap semakin renggang akibat kenyataan biadap pemimpin veteran Dap,Karpal Singh baru-baru ini.Karpal mencadangkan supaya mana-mana parti politik yang berteraskan perkauman atau agama hendaklah dimansuhkan.Cadangan beliau itu disasarkan kepada UMNO khususnya dan juga Pas.Cadangan Karpal itu sendiri bersifat rasis kerana mensasarkan hanya dua buah parti politik milik Melayu tetapi tidak pula ia berkeras supaya MCA dan MIC dibubarkan juga. Hakikatnya walaupun Dap mengklaim partinya sebagai paling demokratik dan majmuk, realiti adalah amat berbeza sekali. 

Dap mengaku telus dan adil tetapi setelah pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti itu didakwa menyeleweng,imejnya telah tercalar teruk.Apatah lagi setelah diadakan pemilihan semula,masih lagi ramai anggota parti itu mempertikaikan kesahihan keputusan yang tidak banyak berubah daripada yang pertama.Dap adalah parti pembohong dan amat rasis sekali kerana slogannya untuk rapat kepada bangsa Melayu hanyalak taktik untuk mendapat undi.Buktinya apabila Dap berjaya menunggangi Pas dan PKR,ia mendapat banyak undi Melayu pada pilihan raya umum lalu hingga muncul sebagai parti pembangkang terbesar di Parlimen.Cadangan sesetengah pemimpin Pas supaya kerjasama politik atau tahalus siyyasi dengan PKR dan Dap dikaji semula adalah amat tepat sekali dan kena pada masanya. Keberadaan Pas dalam pakatan pembangkang tidak membawa apa manfaat jangka panjang kepada parti itu.Ini jelas melihat kepada keputusan pilihan raya kecil Sg Limau baru-baru ini di mana Pas kehilangan lebih 60 peratus majoriti undinya berbanding sebelumnya.Ini menunjukkan di peringkat akar umbi, ahli-ahli Pas sudah tidak setuju dengan ikatan kerjasama dengan dua sekutu politiknya.Pas lebih banyak menanggung rugi daripada keuntungan jika terus bersama PKR dan Dap. 

Orang Melayu akan terus meminggirkan parti itu yang dilihat sudah mengorbankan banyak prinsip perjuangannya untuk mengambil hati parti rasis Dap terutamanya objektif menubuhkan Negara Islam.Dap sudah tentu mahu Pas terus berada di dalam kebodohannya kerana ia boleh meraih sebanyak keuntungan daripadanya dari segi undi di dalam pilihan raya.Sasaran Dap adalah untuk meningkatkan undinya menjelang PRU14 jika Pas dan PKR terus berada di sisinya memberi sokongan padu.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates