‘Patek mohon derhaka’ kata Ahli parlimen PAS Shah Alam apabila menolak saranan Timbalan Presiden parti itu mesti datang daripada ulama dan menegaskan beliau memberi sokongan terhadap Mohamad Sabu (Mat Sabu) untuk terus kekal ke jawatan itu.“Ada yang mendakwa ingin selamatkan PAS dari pengaruh Syiah yang kononnya dibawa Mat Sabu! Saya nyatakan di sini,beliau bukan penganut fahaman Syiah.Perginya beliau ke Syria untuk menyeru Bashar supaya membuat pilihan-raya dan jangan membunuh rakyat Syria.Mat Sabu cuba memanafaatkan kenalan dan hubungan yang sedia terjalin sekian lama kerana Damsyik merupakan tempat terdapatnya pejabat HAMAS dan juga Jihad Islami. Syria juga merupakan laluan untuk bantuan kepada Hisbullah yang diguna oleh Iran.Maka Mat Sabu pernah berurusan dengan kerajaan Syria dan mengenali mereka. Usaha mulia beliau diguna untuk menuduhnya sebagai seorang penganut fahaman Syiah.Dakwaan dibuat oleh mereka kerana ingin menjatuhkan beliau sehingga sanggup menjadi pemanjang fitnah lidah UMNO dalam PAS! Dakwaan Mat adalah Syiah dimulakan oleh pihak musuh dan malangnya dimanfaatkan oleh ‘orang PAS’ untuk menjatuhkannya. Jika benar dakwaan mereka ini, maka bawakan bukti dan laporkan kepada JK disiplin parti!
“Tetapi jika tidak,maka ketahuilah ianya tidak lain melainkan fitnah,”katanya dalam artikel terbaru bertajuk “Coretan Menjelang Muktamar.”
Selain menyokong Mat Sabu,Khalid turut berkempen supaya perwakilan mengekalkan pemegang jawatan yang sedia ada.“Bagi saya,kalau ingin ‘menyelamatkan PAS’ sekalipun,ianya perlu dilakukan tanpa budaya fitnah dan adu-domba,tanpa merosakkan persahabatan yang telah terjalin sekian lama.Sepatutnya dibina dari apa yang telah sediada, bukan berusaha untuk meruntuhkannya.Oleh itu saya secara peribadi beranggapan mereka bukan menyelamatkan PAS tetapi merosakkannya dari dalam.Sebagai protes terhadap budaya perosak yang dibawa mereka,saya nyatakan secara terbuka,saya akan undi untuk kekalkan yang sedia ada.Saya menyeru kepada sesiapa yang bersetuju bahawa budaya yang dibawa golongan muda ini ditolak, sepertimana juga usaha ‘perubahan dan menyelamat’ yang kononnya mereka inginkan; melakukan seperti saya.Tolak melalui ‘KEKAL’,cogan kata yang membawa kemenangan di Sungai Limau.KEKAL budaya politik bersih dan sihat dan KEKAL saff pimpinan yang sedia ada,”katanya.
Dalam pemilihan kali ini,Mat Sabu sebagai penyandang Timbalan Presiden telah dicabar oleh Datuk Nik Amar Nik Abdullah yang dikatakan mewakili kem ulama.Manakala tiga penyandang Naib Presiden,Datuk Husam Musa,Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub pula terpaksa berentap sesama sendiri apabila dua tokoh yang dikatakan mewakili kem ulama turut memasuki gelangang pertandingan jawatan tersebut.Dua tokoh itu adalah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Abu Bakar Chik.
“Suasana fitnah ini semua mempunyai matlamat tertentu.Di sebalik laungan ‘selamatkan PAS’ dan ‘pertahan kepimpinan ulama’, kononnya; agenda yang tersirat ialah untuk membawa PAS keluar dari PR. Ini bacaan saya.Banyak kali telah saya sebut.
“Maka perwakilan perlu pilih di antara calon yang akan KEKAL dan kukuhkan PR dan calon yang ingin mengkaji semula hubungan PAS dan PR. Kalau susah untuk dikenali, maka sekali lagi saya syorkan, KEKALkan sahaja yang sedia ada.Jika berhasrat untuk tukar dua tiga AJK PAS Pusat,dengan muka baru yang lebih muda, tiada masalah. Khususnya menggantikan orang seperti saya yang tidak menyerlah sangat prestasinya. Tetapi apa yang ada secara umum sudah cukup baik sepertimana juga strategi yang diguna-pakai melalui PR,”kata Khalid lagi - AIDC
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment