Malaysian Insider melaporkan kenyataan Lim Guan Eng bahawa DAP bersedia bekerjasama dengan pemimpin BN dari Sabah dan Sarawak yang telah dipinggirkan oleh pemimpin muda dari UMNO.Lim Guan Eng berkata begitu dengan merujuk kepada kenyataan Menteri Pembangunan Sarawak,Tan Sri James Masing bahawa terdapat pemimpin muda UMNO yang sengaja merenggangkan hubungan Sarawak dengan Putrajaya.Pemimpin muda tersebut dikatakan bersikap angkuh apabila berurusan dengan Sabah dan Sarawak seolah-olah wakil dari kedua-dua negeri itu berada di taraf yang rendah berbanding pemimpin dari semenanjung.Jika benar,keluh kesah Tan Sri James wajar mendapat perhatian kepimpinan tertinggi dan ditangani segera.Namun begitu,ia tidak memberi apa-apa hak kepada DAP untuk menunjuk hero atau masuk campur dalam masalah dalaman BN.Apatah lagi apabila ia melibatkan sikap bongkak sesuatu pihak dan perasaan terpinggir pihak yang lain.Ini kerana Lim Guan Eng sendiri merupakan ‘ikon’ manusia paling bongkak di era ini.Tiada yang lebih bongkak dari manusia yang digelar tokong oleh ahli partinya sendiri.
Kepimpinan Lim Guan Eng juga merupakan contoh paling mudah dalam soal meminggirkan orang lain.
Seluruh rakyat boleh melihat sendiri bagaimana Lim Guan Eng meminggirkan orang-orang India dan Melayu dengan tidak mengambilkira langsung permasalahan mereka ketika kerajaannya merobohkan kampung dan menghalang mereka berniaga.Seluruh rakyat juga boleh melihat sendiri bagaimana Lim Guan Eng mengenepikan suara kaum India dan Melayu dalam pemilihan parti melalui berbagai muslihat.Malah,Lim Guan Eng turut meminggirkan kaumnya sendiri yang lantang menegur dan mengkritik caranya.Akibatnya, seorang demi seorang dari ahli dan pemimpin DAP membuat aduan,laporan dan juga keluar parti kerana tidak tahan dengan keangkuhannya.Justeru,saya ingin bertanya kepada Tan Sri James dan juga seluruh rakyat Sabah dan Sarawak,apakah mereka percaya yang Lim Guan Eng akan membantu mereka ???
Apakah mereka percaya Lim Guan Eng tidak akan meminggirkan mereka ??? Jangan sekali-kali lupa bahawa Lim Guan Eng memandang rendah kepada kaum Melayu dan India,maka apakah jaminan yang beliau tidak memandang rendah juga pada pribumi Sabah dan Sarawak juga ???
Tidak mustahil, beliau memandang pribumi Sabah dan Sarawak sebagai jauh lebih rendah lagi.Jika orang Melayu di bandar di halau ke kampung oleh DAP suatu ketika dahulu,maka ke manakah pribumi Sabah dan Sarawak yang tinggal di pedalaman akan dihalau Guan Eng nanti ???
Guan Eng bukanlah manusia prihatin dan untuk percaya yang Guan Eng akan membantu sesiapa selain keturunan dan kroninya adalah sesuatu yang tidak masuk akal sama sekali.Kesimpulannya,apapun masalah Tan Sri James dengan Putrajaya adalah masalah dalaman BN yang tidak memerlukan campurtangan dari manusia seperti Lim Guan Eng.BN telah terbukti sebagai parti yang tidak pernah mengabaikan rakyat dan BN juga telah memastikan semua rakyat dari berbagai kaum mendapat peluang untuk meningkat maju dan berjaya.
BN bukan seperti DAP yang hanya mementingkan kaum Cina pembayar cukai.BN sentiasa memberi keutamaan kepada kaum lain yang sekian lama membantu kaum Cina berjaya dengan menjadi pelanggan mereka.BN bukan parti angkuh.Jika ada seorang dua pemimpin yang angkuh,maka beliau perlu didedahkan dan ditegur agar kembali ke pangkal jalan.
APA KATA ADA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment