Melihat tindak tanduk DAP dalam menguruskan pemilihan parti,maka saya tidak hairanlah kenapa parti itu telah memomokkan kepada rakyat kononnya terdapat pengundi hantu dalam PRU yang lalu.Rupa-rupanya, ‘pengundi hantu’ memang merupakan strategi yang biasa digunapakai DAP untuk mencaturkan barisan kepimpinan parti.Ini terbukti apabila mereka yang telah dipecat juga didapati membuang undi dalam pemilihan semula CEC pada 29 September lalu.Bukan sahaja isu pengundi hantu tetapi isu kononnya SPR tidak telus juga sebenarnya adalah bertitik tolak dari strategi parti itu sendiri yang bersifat tidak telus dalam mengira undi bagi pemilihan ahli jawatankuasa puasa parti.Pendek kata,apa yang dituduh oleh DAP ke atas BN adalah sebenarnya apa yang sedang dilakukan oleh mereka sendiri.Namun,apa yang lebih pelik dari itu ialah dakwaan wujudnya cawangan hantu dalam pemilihan semula CEC.
Perkara ini dibangkitkan oleh Wong Yu Liuh iaitu Penolong Setiausaha DAP Taman Seri Sungai Pelek dengan membandingkan jumlah cawangan yang terlibat dalam pemilihan awal dengan pemilihan semula.Dalam pemilihan awal,terdapat 865 cawangan yang berhak hadir tetapi dalam pemilihan semula, terdapat 985 cawangan yang terlibat,iaitu pertambahan sehingga 120 cawangan.Bagaimanapun,kepimpinan DAP tidak pula mendedahkan butiran terperinci mengenai cawangan tambahan tersebut.Selain itu,DAP juga tidak pernah mendedahkan senarai lengkap 2,576 nama perwakilan yang berhak hadir dari senarai pemilihan awal bagi menjelaskan bagaimana hanya 1,756 perwakilan sahaja yang dijemput hadir dalam pemilihan semula.Cawangan bertambah tetapi perwakilan berkurangan hanya membayangkan taktik kotor untuk memastikan orang-orang tertentu sahaja yang akan menang dalam pemilihan tersebut.Walaupun perkara ini dibangkitkan secara lantang dan berterusan, DAP telah mengambil sikap ‘pekak badak’ sahaja sehingga ke hari ini.
Walhal,pemilihan CEC merupakan perkara tuntas yang perlu ditangani segera bagi memastikan parti tersebut sah dan dapat terus berfungsi.Dari sikap ‘pekak badak’ DAP,saya mengesyaki yang mereka sedang merancang sesuatu di sebalik undang-undang pertubuhan mahupun perlembagaan parti bagi memastikan kepimpinan tertinggi parti itu terlepas dari sebarang tuduhan.Namun,saya percaya,tidak mungkin DAP dapat melepaskan diri begitu sahaja setelah begitu ramai ahli-ahlinya sendiri yang tampil membuat aduan dan laporan.Sampai bila DAP akan terus bermain kotor dengan cuba menutup kesalahan menggunakan cara samseng ??? Jika benar DAP serius ingin menjadi pemerintah dan bukan pemberontak atau pengkhianat,maka parti itu wajib terlebih dahulu mematuhi perlembagaan dan undang-undang.Jika perlembagaan parti sendiri pun diabaikan dan undang-undang juga ingin ditentang,maka bagaimana DAP boleh bermimpi ingin menjadi kerajaan ???
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
Jika kita teliti semua parti politik tidak mempenyai keahlian yang sebenarnya. Ini kerena saya telah lakukan kepada 3 parti politi iaitu UMNO PAS dan PKR. Ketiga tiga parti ini saya menjadi ahli. Saya menghadiri kesemua mesyuarat cawangan yang saya menjadi ahli. Ini kerana tiada undang2 yang menghalang saya untuk menjadi ahli dalam mana mana parti politik dan dalam masa yang sama tidak ada undang2 yang menghalang saya untuk menjadi ahli kepada ketiga tiga parti tersebut. Bergitu juga dengan seorang sahabat dari bangsa cina yang menjadi ahli kepada 3 parti politik iaitu MCA GERAKAN dan DAP.
Post a Comment