Social Icons

Pages

Tuesday, December 17, 2013

EKSKLUSIF !!! ADAKAH BENAR #SINGAPURA NEGARA YANG PALING AMAN DI DUNIA ???


awal minggu lalu,dunia gempar dengan insiden rusuhan di Singapura,ekoran republik itu dikenali sebagai sebuah negara yang aman dan mempunyai penduduk yang berdisiplin.Rusuhan itu berlaku apabila kira-kira 400 pekerja Asia Selatan merusuh di Little India selepas sebuah bas melanggar mati seorang pekerja binaan warga India,menyaksikan 39 anggota polis dan petugas keselamatan awam mengalami kecederaan dan 25 kenderaan termasuk 16 kereta polis musnah.Kejadian itu amat mengejutkan kerana Singapura dilihat sebagai sebuah negara yang aman dan jarang mempunyai masalah-masalah sosial yang menggemparkan.Rusuhan itu juga dianggap yang terbesar dan terburuk di republik itu dalam tempoh 40 tahun.Selain itu,republik ini merupakan sebuah negara yang maju dan tidak mempunyai masalah ekonomi berbanding negara lain di rantau ini,menyebabkan sukar untuk mempercayai insiden rusuhan sebesar itu boleh berlaku di Singapura.

Namun begitu,mungkin ramai yang tidak mengetahui sebelum ini,sebenarnya terdapat tujuh rusuhan buruk dan berdarah pernah berlaku di republik ini sejak 1854.Pada 1964,berlaku rusuhan kaum melibatkan kaum Cina dan Melayu ketika sambutan Hari Maulidur Rasul,kira- kira setahun sebelum Singapura berpisah dari Malaysia.Insiden itu berlalu apabila perarakan orang Islam dari Padang sehingga ke Geylang melalui beberapa jalan iaitu Andrew Street,Beach Road dan Arab Street diganggu oleh penduduk kaum Cina menyebabkan tercetusnya rusuhan.Sebanyak 36 orang terbunuh dan 556 cedera dalam kejadian tersebut menyebabkan kerajaan Singapura terpaksa mengisytiharkan darurat selama 11 hari untuk mengawal keadaan.Satu jawatankuasa kemudian ditubuhkan terdiri daripada pelbagai komuniti dan kaum untuk mengembalikan keamanan dan keharmonian antara kaum Melayu dan Cina di kawasan tersebut. Rusuhan kaum kedua di Singapura berlaku pada 1969 ekoran tempias rusuhan kaum yang berlaku di Malaysia pada 13 Mei tahun tersebut. 

Ia dicetuskan apabila seorang penarik beca kaum Melayu ditemui mati dibunuh selepas dipercayai diserang oleh beberapa orang kaum Cina pada 3 September tahun itu.Ia merebak di kawasan perumahan di Geylang,Joo Chiat dan Siglap dan sekali lagi kerajaan Singapura terpaksa melaksanakan perintah darurat dan keadaan kembali tenang beberapa hari kemudian.Sebanyak 13 orang dilaporkan terbunuh dan 106 cedera dalam insiden tersebut.Rusuhan pertama berlaku di Singapura dilaporkan berlaku pada 5 Mei 1854 melibatkan pergaduhan antara kaum Cina Hokkien dan Cina Teochew.Rusuhan itu berlanjutan selama 10 hari menyaksikan lebih 500 orang terbunuh.Tragedi itu dianggap sebagai satu daripada konflik terburuk melibatkan masyarakat Cina di Singapura pada kurun ke-19. Hampir 100 tahun kemudian,pada 11 Disember 1950,sekali lagi rusuhan berlaku di republik ini membabitkan isu Islam.Rusuhan ini dianggap paling tragis apabila 18 orang terbunuh apabila berlaku pertempuran antara penduduk Islam dengan pihak polis dan tentera Britain.

Ia berpunca daripada bantahan penduduk Islam di Singapura terhadap keputusan mahkamah yang memerintahkan seorang wanita warga Belanda,Maria Hertogh atau lebih dikenali sebagai Natrah dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda, dan bapanya pula diberi hak menentukan agama anak gadisnya itu.Dalam pertempuran itu sebanyak 173 yang lain turut cedera dalam insiden yang turut dikenali sebagai Rusuhan Natrah.Sebanyak tiga rusuhan lagi berlaku dalam tempoh tiga tahun selepas itu dari 1953, dikenali sebagai Rusuhan Latihan Khidmat Negara,Rusuhan Hock Lee Bus dan Rusuhan Sekolah Menengah Cina.Rusuhan Latihan Khidmat Negara pada 13 Mei 1954 berlaku selepas kira-kira 500 pelajar membantah undang- undang Britain di Singapura yang menetapkan penduduk lelaki berusia antara 18 dan 20 tahun perlu menjalani program khidmat negara itu secara separuh masa. Demonstrasi yang mereka adakan bertukar menjadi pertempuran apabila polis cuba menyuraikan keadaan, menyaksikan 26 orang cedera dan 48 lagi ditahan. 

Rusuhan Hock Lee Bus pada 12 Mei 1955 pula tercetus selepas pekerja di Singapura tidak bersetuju dengan waktu kerja dan gaji yang rendah dan mereka bertindak menghalang perkhidmatan bas beroperasi. Seramai empat orang terbunuh dan 31 lagi cedera apabila polis bertindak menggempur kumpulan perusuh itu. Rusuhan Sekolah Menengah Cina,pula tercetus apabila Ketua Menteri ketika itu, Lim Yew Hock mengharamkan dua pertubuhan prokomunis,Persatuan Wanita Singapura (WSA) dan Persatuan Muzik Cina Gong serta membubarkan Kesatuan Pelajar Sekolah Menengah Cina Singapura (SCMSSU).Sebanyak 13 orang terbunuh dan lebih 100 lagi ditahan apabila bantahan yang diadakan kumpulan pelajar bertukar ganas dan merebak ke kawasan bandar raya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates