Social Icons

Pages

Thursday, December 26, 2013

EKSKLUSIF !!! KISAH SEBENAR #IKAN TERDAMPAR DI #LAHADDATU DIDEDAHKAN !!! VIDEO INSIDE !!!


Kejadian ribuan ikan terdampar di tepi pantai adalah satu fenomena yang jarang sekali kita lihat.Dulu masa kejadian tsunami,ikan2 yang nampak di pantai tu adalah disebabkan air laut ditarik ke 'belakang' untuk sementara waktu sebelum hempasan maha hebat berlaku.bila ini berlaku fenomena air laut 'surut' melampau akan terjadi sebab tu kita boleh nampak ikan2 terdampar di pantai2.Walau bagaimanapun,melalui apa yang diceritakan tentang kejadian di Lahad Datu ialah ikan2 ini berenang ke kawasan pantai dan ia hanya terdiri dari satu spesies saja iaitu ikan tamban.Maka nak katakan ia 'petunjuk' kepada gempa bumi atau tsunami mungkin agak jauh sekali tetapi mungkin ada petunjuk2 yang lain ? Dalam pemikiran penulis,persoalan yang timbul ialah kenapa ikan tamban ? dan bukan dari spesies2 ikan yang lain ? dan kenapa hanya berlaku di Lahad Datu ? Dari situ mungkin pengkaji2 dalam bidang marine boleh buat kajian yang lebih mendalam dengan mengambilkira parameter2 seperti faktor cuaca, mukabumi,kesan2 peninggalan sisa2 bukan organik dan lain2. 

Dari laporan Bernama,Jabatan Meteorologi Malaysia turut mengesahkan kes ikan terdampar bukan kerana gempa bumi ;

'Kes ikan terdampar bukan kerana gempa bumi'

Jabatan Meteorologi Malaysia tidak mengesan sebarang pergerakan kerak bumi di sekitar Lahad Datu,yang dikaitkan dengan fenomena ribuan ikan tamban terdampar di pantai Kampung Tambisan Tungku,pagi semalam.Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Sabah Abdul Malek Tussin berkata berdasarkan sistem amaran awal tsunami,keadaan dasar laut di kawasan berkenaan juga seperti biasa.Bagaimanapun jabatan ini tetap memantau pergerakan kerak bumi terutama di dasar laut di kawasan terbabit,katanya kepada Bernama di Kota Kinabalu hari ini.Sementara itu Pengarah Jabatan Perikanan Sabah Datuk Rayner Stuel Galid berkata kejadian tersebut merupakan kali pertama berlaku di Sabah.

"Selalunya ikan tamban ini berada di tengah laut,jarang di tepi pantai," katanya.Beliau berkata pihaknya telah menghantar pegawai ke kawasan berkenaan bagi melakukan siasatan.Ketua Polis Daerah Lahad Datu Supt Mat Shamsuddin pula berkata pasukan keselamatan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk bencana alam. Dalam kejadian 8 hingga 9.30 pagi itu,ribuan ikan tamban seolah-olah naik ke darat dan menarik perhatian masyarakat setempat dengan ada antara mereka menganggap fenomena tersebut sebagai petanda bencana alam seperti tsunami. Sebagai penulis blog sosial politik, mungkin agak janggal sekiranya penulis katakan fenomena ikan ke darat tu mungkin boleh dikaitkan dengan manipulasi frekuensi terhadap ikan-ikan yang sepatutnya ada di tengah laut ke darat.Kejadian pun dikatakan hanya berlaku dari 8-9:30 pagi ?

Penulis pernah terbaca satu pendapat metafizik bahawa setiap elemen kehidupan ada frekuensi tersendiri,malah alam2 yang tak dapat dilihat dengan mata kasar pun ada frekuensi mereka yang tersendiri.Kita dikatakan mampu melihat alam yang satu lagi bila frekuensi diri diselaraskan.Berbalik kepada fenomena ikan tamban tadi, ikan2 ini mungkin boleh dipengaruhi oleh frekuensi2 yang dimanipulasi disekeliling hingga dipengaruhi untuk ke darat.Sekiranya benar pendapat ini,dari sumber mana frekuensi ini datang ??

OK I should stop this so called 'theory' or else people might start to think i'm out of my mind,hehehe

Sebenarnya hal yang serupa pernah belaku beberapa kali di Mobile Baya,Teluk Alabama,Amerika Syarikat.Depa namakan fenomena ni sebagai Mobile Bay 'jubilee' bilamana beberapa spesis ikan laut dalam akan berenang berkumpulan ke pantai2 di Mobile Bay.Ahli marine biologi berpendapat fenomena ini berlaku kerana berlaku masalah penurunan kandungan oksigen secara mendadak di kawasan laut dalam memaksa hidupan ini ke bahagian berhampiran pantai yang mana kandungan oksigen dalam air lebih tinggi .


"Except during jubilees the water inside the 2 meter contour along the eastern shore is well oxygenated. This shallow water extends several hundred meters offshore. During jubilees fishes present there are trapped between the shore and an advancing water mass low in dissolved oxygen; the water at the surface and very close to shore usually has enough oxygen to support them for the short duration of most jubilees." - Edwin B. May

ANDA NAK LAGI CERITA SEBENAR ???


UNTUK SELANJUTNYA

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates