Proses rayuan pihak pendakwaan bagi kes liwat 2 yang melibatkan Anwar Ibrahim yang
dijadualkan kelmarin telah menyaksikan ketidakhadiran Anwar Ibrahim.Alasan yang
dikemukakan oleh peguam beliau ialah Ketua Pembangkang itu berada di Washington
untuk menghadiri seminar.Pihak Pendakwa membangkitkan perkara ini dalam kamar sambil membuat bantahan
ke atas kegagalan Anwar untuk hadir.Menurutnya,dalam sebarang perbicaraan
jenayah,responden adalah wajib hadir.Tindakan Anwar mengambil ringan perbicaraan ke atas dirinya membuktikan bahawa
beliau tidak pernah menghormati keadilan.Sebagai seorang pemimpin yang bercita-
cita untuk menjadi Perdana Menteri,Anwar telah menunjukkan sikap paling tidak
bertanggungjawab dan biadap terhadap undang-undang negara.Lebih biadap lagi apabila di masa yang sama Anwar memuatnaik gambarnya dengan
pelajar universiti di Washington dalam keadaan santai seolah tiada apa-apa yang
penting yang harus ditanganinya di tanah air.
Perlu diingatkan bahawa pada ketika
yang sama,rakyat negara ini sedang berhadapan dengan bencana banjir paling
buruk.Sekurang-kurangnya,Anwar boleh menolak untuk hadir ke seminar atas alasan
ingin membantu rakyat.Namun,ini tidak berlaku.Anwar dilaporkan sedang menghadiri Seminar anjuran IIIT (International Institute
of Islamic Thought) iaitu sebuah organsasi yang menggunakan nama Islam secara
meragukan berdasarkan latarbelakang mereka yang menerajuinya.IIIT berpengkalan
di Herndon Virginia mempunyai hubungan yang rapat dengan CIA.Antara nama-
nama besar di dalam IIIT adalah Youseff Nada yang juga merupakan antara pencetus
Arab Spring yang menghancurkan dunia Islam.Selain itu,kematian pengasas
IIIT iaitu Ismail Faruqi,diselubungi skandal homoseksual dan pembunuhan yang
mengejutkan.IIIT juga mempunyai jaringan dengan organisasi Yahudi yang
merancang pertukaran rejim di negara-negara sasaran Amerika.Oleh itu,kehadiran Anwar ke seminar IIIT sambil mengabaikan proses keadilan ke atas
dirinya dan mangsa,iaitu Saiful Bukhari dalam kes liwat 2 amatlah tidak boleh diterima
oleh rakyat Malaysia.
Walaubagaimanapun,ada juga yang berpendapat bahawa Anwar memilih untuk tidak
hadir ke mahkamah serta lari ke Washington bukan kerana biadap,tetapi sebenarnya
kerana takut.Ini berdasarkan perkembangan terkini mengenai kenyataan Tan Sri Shafee Abdullah
untuk mendedahkan hubungan Anwar dengan Datuk Mat Zain Ibrahim dan juga Datuk
Ghani Patail,Peguam Negara.Selama ini,rakyat Malaysia cukup musykil dengan
keputusan mahkamah dan tindakan Peguam Negara dalam menangani kes-kes yang
melibatkan Anwar Ibrahim di mana hampir semuanya memihak kepada Anwar dalam
cara yang begitu ‘misteri’.Justeru,kenyataan Tan Sri Shafee mengenai pendedahan yang mungkin dibuatnya
menyebabkan seluruh rakyat teruja manakala Anwar pula resah gelisah. Apapun,yang penting untuk diberi perhatian di sini ialah fakta kes yang mana
terdapat ‘mangsa’ yang sedang mencari keadilan.Mangsa di dalam kes ini bukan
Anwar,tetapi Saiful Bukhari.
Seperti semua mangsa-mangsa kes jenayah seksual,Saiful berhak mendapat keadilan.Rayuan yang dikemukakan oleh pihaknya bukan
bermotif politik tetapi sekadar mencari keadilan semata-mata.Atas dasar ini,sekurang-kurangnya,sebagai seorang manusia yang waras,Anwar
seharusnya memahami bahawa beliau bukan berhadapan dengan seorang politikus,tetapi bekas pekerjanya sendiri.Anwar boleh menuduh semua ini hanya konspirasi,tetapi sebagai seorang yang
mengaku tidak bersalah,beliau harus berani berhadapan dengan mangsa di dalam
mahkamah sebagai seorang lelaki sejati.Cerita-cerita bahawa mahkamah tidak adil tidak lagi laku pada hari ini kerana seluruh
dunia telah menyaksikan bagaimana mahkamah yang sama telah melepaskan Anwar
berkali-kali.Justeru,kenapa Anwar harus takut, mengelak dan cuba lari ???
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
2 comments:
Nice work! Saya suka baca artikel ini. Tahniah.
Tak apa bro. Yang benar akan tertegak dengan sendirinya, dengan izin Allah swt.
Anwar Ibrahim tidak akan dapat lari dari kebenaran.
Tunggulah.... insyaaAllah, doa hambaNya yang dianiaya akan diangkat...!
Amin...
dah lama sangat kes ni berjalan. rakyat pun dah naik bosan. -blog -
Post a Comment