BUDAK-BUDAK pembangkang sekarang cuba mewar-warkan bahawa kos kehidupan di Malaysia ini terlalu tinggi sebab nak cari orang untuk kumpul ramai-ramai di Dataran Merdeka malam 31 Disember nanti.Itu saja,bukan sebab memang realitinya kehidupan di Malaysia ini terlalu susah.Kenapa penulis cakap macam itu? Suka tak suka,harga minyak kita masih RM 0.68 sen lebih murah dari harga pasaran sebenar,Tak mention subsidi-subsidi lain.Penulis tidak ingin nak pergi satu persatu tentang fantasi pembangkang mengenai kos sara hidup ini,umpamanya RM 1,500 tidak cukup macam yang sedang hebat dihebohkan sekarang,sebab penulis percaya majoriti kita sendiri tahulah nak urus macam mana hidup dengan pendapatan yang ada.Kira-kra mudah,kalau dengan gaji sekarang rasa-rasa tak mampu pakai kereta,jangan pakai kereta,beli motor dan sebagainya.
Jangan silap,ini bukan ada kena mengena dengan apa menteri cakap,logiknya,bank pun tak akan lepas pinjaman kenderaan kalau dia tahu bakal peminjam tersebut tidak mampu nak bayar ansuran bulanan dengan pendapatan sedia ada,begitu juga rumah dan sebagainya.Maka persoalan kena bayar ansuran kereta berapa berbanding pendapatan berapa,tidak akan menjadi isu pun.Ini semua orang tahu,yang tak tahu ni budak-budak yang baru belajar menatih nak hidup,tak faham apa lagi dan hanya nak faham apa yang dia mahu faham saja.Jenis macam ini,pedulikanlah,sampai masa nanti dia faham sendiri.Masa itu kenang-kenang, baru tahu “betapa bodohnya aku dulu”.
Cakap pasal benda sama,budak yang dipertanggungjawabkan pembangkang untuk mengatur demonstrasi TURUN ini baru berusia 21 tahun,dia tahu apa pasal kos hidup?
Hidup pun mak bapak tanggung.Penulis dah sebut dulu dan penulis akan sebut lagi.Simulasi pembangkang pasal apa-apa kenaikan di Malaysia ini memang nampak sangat sengaja diperbesarkan.Masa minyak naik contohnya,seolah-olahnya akan ada rakyat papa kedana dan berjalan kaki pergi kerja kerana tak mampu nak isi minyak,tapi realitinya,tak berlaku pun.Selain itu,cuba tanya diri sendiri,berapa kali gaji meningkat dalam tempoh 5 tahun dan berapa banyak kali pula minyak,tarif elektrik dan tol naik sepanjang tempoh itu? Sekali atau dua saja,tak percaya tengoklah rekod.Ini persoalan mudah,tapi ramai sangat orang terlepas pandang sebab terlalu nak ikut rentak pembangkang.Keseluruhannya dalam soal kos sara hidup ini, ia adalah tentang cara macam mana kita mengadaptasi semua pilihan yang ada sebab tak semua benda dalam dunia ini boleh di kawal.Tanpa sedar,kita semua buat itu (adaptasi) hari-hari pun. Contoh adaptasi mudah, kenapa bila hujan, jalan sesak?
Percaya atau tidak,40% darinya adalah disebabkan orang yang biasa naik motor,bawak kereta hari itu untuk pergi kerja.Bawak motor sebab nak jimat minyak,guna kereta sekali sekala sahaja.Itu baru satu cara menyesuaikan kos kehidupan dengan pendapatan.Banyak lagi kalau nak diikutkan,tapi penulis tak merancang nak bagi syarahan pasal bab itu hari ini.Nak diikutkan duit ni,berapa banyak duit yang cukup? Dari pengalaman penulis,duit memang tak pernah cukup,kalau tak sebab cara mengurus kewangan tak betul,ada faktor-faktor luar jangka yang lain.Semua orang tahu ini,tak payah berarak atas jalan pun boleh nampak.Yang penting,pemimpin BN sedia ada tidak mengambil kesempatan atas peningkatan kos hidup ini dengan menaikkan gaji sendiri beratus persen macam pembangkang.Ini mulut cakap banyak sana naik sini naik,yang dia naik gaji sendiri berkali ganda guna duit rakyat tak nampak salah pulak? - MYKMU
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
3 comments:
Sorry to say la lu punya agenda tak mampu menarik perhatian rakyat majoriti.. Wa baca takda WOW FAKTOR ia lebih kepada ur own point of view.. in other words HUJAH LEMAH..
Ntah apa2 je..pasal apa plak nk naikkan harge smue barang??pasal ap defisit negara tinggi??pandai ngajar rakyat kalau x mampu x yah bli..hbis kerajaan yg x mampu tp still nk blnje mewah2 buat ap..lpas bhutang nyusahkan rakyat
sebenarnya aku perhatikan orang sekarang banyak buat perbelanjaan yang mengarut... banyak duit habis beli gajet mahal-mahal... koya lebih nak pakai kereta jenama terkenal kononnya nak tunjuk kemewahan..
orang sekarang tak tahu nak bezakan apakah perbelanjaan yang lebih penting. Aku perhatikan setiap kali dapat gaji kedai-kedai makan penuh dengan pelanggan yang bebrbelanja sakan padahal kalau hari biasa boleh pula makan dan masak kat rumah. Sekali keluar makan anak beranak mahu dua tiga hari badjet habis.
Sebenarnya orang sekarang lebih hendak menunju-nunjuk kemampuan kononnya mereka mampu hidup sebagaimana golongan berpendapatan berpuluh ribu sebulan.
Pada akulah, kalau gaya hidup tak berubah, gaji berpuluh ribu pun tak cukup....
Post a Comment