Cerita mengenai Holy Water diedarkan secara percuma oleh mubaligh Kristian di
beberapa kawasan di Malaysia bukan cerita baru.saya sendiri pernah mendengar
mengenainya sejak tahun 90an lagi.Memang sukar untuk kita percaya bahawa ada
ajaran agama yang membenarkan pendakwahnya menambahkan pengikut secara
muslihat.Namun,itulah yang kita dengar dan masih kedengaran sehingga ke hari ini.Akhir-akhir kisah ini semakin hebat lagi diperkatakan.kelmarin,ada
remaja yang menerima air itu secara percuma di sekitar Gombak dan kemudiannya
tidak mampu mengucap kalimah syahadah atau beristighfar sekali pun.Katanya,orang
yang meminumnya seakan terpukau dan menurut saja apa yang diperkatakan oleh
pendakwah Kristian tadi.saya bukan jenis yang mudah percaya kepada sihir,namun saya pernah
mendengarnya dari mulut seorang arwah Mufti sendiri yang turut terlibat memulihkan
mangsa Holy Water ini.Justeru,saya sentiasa berfikiran terbuka ke atas apa saja
kemungkinan.
Apa yang saya musykil ialah jika semua ini benar,kenapakah pendakwah
agama Kristian perlu melakukan penipuan sebegini untuk menambah bilangan
penganutnya ??? Apakah agama itu membolehkan mereka untuk menipu
atau ‘mengenakan’ orang lain agar memeluk Kristian ??? Apakah dengan memastikan seorang Muslim itu tidak lagi dapat mengucap secara lisan
maka mereka bukan lagi Muslim dan menjadi Kristian ??? ‘Iman’ menurut Islam terletak pada hati,roh,fikiran,akal dan perasaan iaitu bukan
berbentuk fizikal yang mampu dinilai atau dihukum oleh sesiapa selain Allah
SWWT. ‘Iman’ tidak boleh dimasukkan atau dibuang sewenang-wenangnya dari dalam
diri seorang Muslim tanpa sedar dan tanpa kerelaannya.Nampaknya agama Kristian tidak berpegang kepada konsep yang sama. Agama itu
jelas hanya berupa fizikal semata-mata kerana boleh ‘dimasukkan’ ke dalam diri orang
lain dengan hanya meminum air yang telah ‘dijampi’ dan dibubuh garam.Agama Kristian itu juga boleh ‘dikeluarkan’ dari diri orang itu dengan menyedarkannya
dari ‘pukau’.Namun,hampir semua mangsa yang ditemui, katanya, tidaklah terpukau
sepenuhnya.Sebaliknya cukup sedar dan ingin mengungkap syahadah, cuma tidak
dapat dikeluarkan secara lisan.Ini bermakna,roh dan minda mereka masih beriman
kepada Allah SWT dan para RasulNya.
Ini bermakna ‘dakwah’ atau ‘penipuan’ Kristian itu adalah tidak berjaya tetapi
hanya mencetuskan gangguan sementara dalam sistem kerohanian seseorang Muslim
yang menjadi mangsa,serta tidak lebih dari itu.Bagaimanapun,kita tidak boleh mengambil ringan akan kemungkinan terdapat
umat Islam yang hanyut terus akibat longgarnya pegangan akidah dan kefahaman
Islam.Justeru,kita wajib berusaha untuk saling ingat mengingati dan memerangi
strategi dakwah yang licik lagi jahat ini, sekiranya ia benar-benar berlaku.Memandangkan penganut Kristian pada hari ini berhujah bahawa Tuhan bagi semua
agama adalah sama, maka kita ingin mengingatkan mereka bahawa Allah SWT tidak
sekali-kali menyuruh manusia menipu dalam berdakwah sepertimana yang mereka
lakukan dan lagi,jika benar mereka percaya bahawa semua Tuhan adalah sama,kenapa
Kristian perlu bersusah payah memurtadkan umat Islam ???
Tindakan pendakwah Kristian ‘memerangkap’ umat Islam dengan Holy Water bukan
sahaja jahat,tetapi yang paling dibimbangkan ialah ia mampu mencetuskan huru-hara
dalam masyarakat.Tidak mustahil ia juga mampu membawa kepada pertumpahan
darah dan kemusnahan besar-besaran sekiranya berterusan.Lebih dari itu,jika benar pendakwah Kristian gemar berdakwah secara muslihat,pukau
atau sihir,maka para penganut Kristian wajar ‘memeriksa’ diri mereka sendiri.Apakah
mereka menerima Kristian kerana tertipu, terpukau atau terkena sihir ??? Apakah mereka
yakin yang mereka menganut agama Kristian kerana mereka yakin ia adalah agama
yang benar ??? Mungkinkah jika mereka dapat menyembuhkan diri mereka dari sihir itu dan berhenti
meminum Holy Water maka hati dan minda mereka akan kembali terang dan tidak lagi
ingin sengaja mencetuskan persengketaan dengan agama Islam ??? Tidak mustahil juga
jika mereka berhenti meminum Holy Water maka mereka akan turut melihat bahawa
Islam itu benar.Kitab Injil juga ada menyebut mengenai syaitan dan iblis yang gemar memanipulasi
manusia agar menjadi sesat.Justeru,tidakkah para penganut Kristian terfikir adakah
pendakwah mereka benar-benar berdakwah mengikut ajaran ‘Jesus’ atau sebenarnya
hanya memanipulasi manusia agar mengikut jalan ‘iblis’ ??? Apapun,tindakan menyihir dan menipu orang lain mungkin merupakan ajaran Tuhan
Trinity tetapi ia pastinya bukan sekali-kali ajaran Allah SWT.Maka jelaslah bahawa
agama Kristian tidak menyembah Tuhan yang sama dengan agama Islam
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment