pasti pemabaca Badut Rakyat akan tersenyum sinis apabila membaca tulisan Penasihat DAP,Lim Kit
Siang beberapa hari lepas yang ‘panas hati’ dengan tindakan beberapa kumpulan
yang melakukan protes di depan gereja beberapa hari lalu.Ia dilakukan bagi membantah tindakan paderi Lawrence Andrew,Pengarang The
Herald yang membuat kenyataan pada 27 Disember lalu agar supaya semua gereja
Katholik di Selangor terus menggunakan kalimah'Allah' dalam perhimpunan
mingguan mereka.Selain membantah kenyataan paderi tersebut,protes itu juga bertujuan untuk
mendesak agar paderi itu menarik balik kenyataannya dan meminta maaf secara
terbuka kepada umat Islam setelah ia turut disifatkan biadab dan berunsur
penderhakaan kepada Sultan Selangor.Tambah menarik,apabila Kit Siang cuba menyalahkan Timbalan Perdana Menteri,Tan
Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor,Datuk Seri
Noh Omar,kononnya menyokong tindakan protes tersebut yang disifatkan sebagai
haram dan tidak mengikut perlembagaan.
Tidak cukup dengan itu,Kit Siang turut mempertikai tindakan Jabatan Agama Islam
Selangor (JAIS) yang melakukan serbuan dan merampas sebanyak 300 naskhah Bible
versi bahasa Melayu dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah di serbuan di
premis Persatuan Bible Malaysia di Jalan Gasing.Sedangkan pada 14 Oktober lalu,Mahkamah Rayuan secara jelas telah memutuskan
tidak membenarkan majalah mingguan,The Herald menggunakan kalimah Allah
dalam seksyen bahasa Melayu penerbitan itu.Malah selaku ketua agama Islam negeri Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris
Shah juga telah menitahkan bahawa penggunaan kalimah Allah hanya tertakluk kepada
umat Islam sahaja mengikut peruntukan di dalam Jadual kepada Seksyen 9 Bahagian
1 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam)
1988 yang diwartakan pada 1988.
Persoalannya,apakah pelbagai siri himpunan jalanan yang dianjurkan pembangkang
sebelum ini tidak haram dan mengikut perlembagaan ??? Di manakah suara Kit Siang
ketika himpunan yang diadakan untuk menggulingkan kerajaan tempoh hari ??? Tidak pula
kedengaran suaranya menyalak selantang ini.Menarik bukan ???? Inilah yang dikatakan ibarat meludah ke langit akhirnya terpercik ke
muka sendiri.Yang menghairankan apabila Kit Siang dilabelkan sebagai pemimpin yang ‘ultra
kiasu’ dan bersikap perkauman,dia dengan segera akan mempertikaikan tindakan
itu.Sedangkan semua kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini jelas membuktikan
bahawa dia memang bersikap perkauman.Benarlah kata DS Noh Omar sebelum ini yang menyifatkan Kit Siang sebagai ‘Keldai
Tua’ yang tidak memahami undang-undang berkaitan penggunaan kalimah Allah di
Selangor.
Kesimpulannya, sebagai orang Islam,kita seharusnya sedar dan dapat melihat
pelbagai cubaan demi cubaan dari pihak gereja yang cuba mencabar umat Islam.Terutamanya di Selangor,sejak kerajaan pakatan pembangkang memerintah negeri itu.Gerejanya pula semakin berani ditambah dengan tindakan para paderi mereka yang
semakin biadab dengan pelbagai kenyataan yang berunsur provokasi.Sedangkan dulu perkara-perkara mengarut seperti ini tidak pernah kedengaran.
Walaupun ada, namun bukan secara terbuka seperti ini.Kini gerakan pendakwahan
Kristian ini sudah berani. Mengapa mereka terlalu berani ??? Malah pengedaran Bible versi bahasa Melayu juga semakin berani dilakukan dengan
secara terbuka khususnya di Shah Alam dan tempat-tempat lain di Selangor.Adakah
Selangor memberi perlindungan kepada mereka ??? Atau apakah ada orang-orang
tertentu dalam politik mereka juga menjadi penggerak kepada pendakwahan ini ???
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment