Kenyataan Ahli Parlimen PKR dari Kuala Langat,Abdullah Sani yang mengakui
bahawa isu untuk melucutkan jawatan Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar ada
dibincangkan dalam mesyuarat majlis jelas membuktikan bahawa Setiausaha Agung
PKR,Saifuddin Nasution menipu.Menurutnya perkara tersebut sememangnya dibincangkan dalam satu mesyuarat Majlis
Pimpinan PKR Selangor yang dipengerusikan oleh Pengerusi PKR negeri,Azmin Ali
baru-baru ini.
"Memang dalam mesyuarat tersebut kita ada membangkitkan kedudukan Khalid
sebagai Menteri Besar dan kita telah membuat keputusan supaya beliau digantikan,"
katanya ketika dihubungi semalam.
Menurut Abdullah Sani,desakan itu ekoran rasa tidak puas hati dalam kalangan
kepemimpinan PKR Selangor terhadap corak pentadbiran Khalid."Keputusan itu dibuat atas sebab cara Abdul Khalid mentadbir negeri ini membabitkan
isu-isu tertentu antaranya industri air, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS),
kenaikan elaun Menteri Besar dan anggota pentadbiran negeri," ujarnya.
Walau bagaimanapun,beliau memberitahu,keputusan sebulat suara itu belum dibawa
ke pihak PKR Pusat untuk dibincangkan dan diputuskan bersama pimpinan tertinggi
pakatan pembangkang yang lain dari DAP dan Pas.Akhbar Sin Chew sebelum ini melaporkan pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Selangor telah sebulat suara bersetuju tanpa sebarang bantahan supaya Khalid
meletak jawatan dan digantikan dengan individu lain.Saifuddin ketika mengulas laporan yang dikeluarkan sebelum ini mengatakan terdapat
desakan 'keras' agar Khalid dipecat.Namun katanya desakan 'keras' itu bukanlah
usul dan mesyuarat MPP tidak membuat sebarang keputusan untuk memecat Abdul
Khalid.
"Mesyuarat MPP tidak buat keputusan untuk pecat Khalid seperti yang didakwa dalam
laporan akhbar Sin Chew petang semalam (Rabu).Daripada 50 hingga 55 ahli MPP yang hadir, hanya ada tiga atau empat ahli yang
menyatakan pandangan keras seumpama itu (pecat Abdul Khalid).Tapi kita tidak
membuat keputusan menyatakan persetujuan terhadap pandangan itu," katanya pada
sidang media khas di ibu pejabat PKR baru-baru ini.
Persoalannya apakah kenyataan Saifuddin itu bertujuan untuk menyembunyikan
kemelut yang sedang melanda parti itu.Sedangkan umum memang mengetahui
perbalahan antara Khalid dan Azmin.Sebelum ini Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR dilaporkan sering mengkritik
pentadbiran Abdul Khalid melibatkan beberapa isu antaranya menyelar keputusan
kerajaan negeri menaikkan gaji dan elaun anggota pentadbiran Selangor di antara 80
hingga 373 peratus berkuat kuasa Januari 2014.Selain itu,Azmin juga dilaporkan pernah bertindak melalui Kelab Penyokong Kerajaan
(BBC) Negeri Selangor mengemukakan memorandum kepada Abdul Khalid ekoran
tidak berpuas hati dengan pengurangan peruntukan pembangunan oleh kerajaan
negeri.
Berikut adalah rakaman perbualan Abdullah Sani berhubung isu pemecatan Khalid.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
3 comments:
rakyat tak sedar lagi ke apa corak PR memerintah...untuk kenyangkan perut mereka.. naik elaun...kerja tak buat... banyak kawasan di Selangor kotor, kajang, rawang, rumput jalan terbiar, sampah sarap bersepah, longkang sumbat banjir kilat...air bersih pun selalu terganggu.. projek kerajaan tak siap siap... contoh di bangi.. projek jalan tu ha...malangnya dengan kerajaan macam ni
Ndak egh sokong lagi pakatan bodooooooooooo, dia orang ingat senang mentalbe negeri apatah lagi negare. tengok duit banyak terbeliat biji mata oiii. rakyat hak bodoh sombong melalok tak juru harah, pemimpin pilihan wak gdee je kenyang makan kedaroh duit mudah. pikioo pakai akal kpd pengikut pakatan bahang rambang.
diorang ingat beratur masa mengundi tu seronok ker? dah menang pas tu resign, la ni nak kena beratur lagi....
Post a Comment