Social Icons

Pages

Saturday, January 11, 2014

KANTOI !!! UGUT BUNUH #HANNAHYEOH !!! PENIPUAN #DAP DIDEDAHKAN !!!


Hanya kerana kenyataan tidak prihatin terhadap wanita hamil,Hannah Yeoh membuat aduan kepada rakyat bahawa beliau telah diugut bunuh.Begitulah terdesak dan murahnya politik Speaker DAP yang bergaji lebih tinggi dari Perdana Menteri ini.Taktik mewar-warkan berita menerima ugutan bunuh apabila kehabisan modal membela diri merupakan strategi yang telah terlalu sering digunakan oleh DAP.Contohnya,Karpal Singh melaporkan menerima peluru hidup pada Mei 2008 dan kemudiannya sekali lagi pada Februari 2009.Lim Guan Eng juga pernah membuat laporan menerima ugutan bunuh pada September 2013.Skrip ugut bunuh yang paling dramatik pula tentunya dimenangi oleh Anwar Ibrahim di mana beliau terpaksa mengangkut berbelas pengawal peribadi untuk ke beberapa majlis pada ketika tertentu.Bagaimanapun,di ketika lain,Anwar begitu bebas ‘meninjau’ LRT dan juga ke seluruh pelusuk negeri dan negara tanpa perlu bimbang terhadap keselamatan dirinya. 

Mungkin ugutan bunuh terhadap Anwar hanya sah pada dan ketika tertentu sahaja.Kononnya lagi,ugutan bunuh itu pernah diperpanjangkan kepada anak dan isteri Anwar juga.Namun,sehingga hari ini tiada siapapun di antara mereka ini yang dibunuh.Dalam kes Hannah,kurang jelas bagaimana ugutan bunuh dilakukan kerana Hannah tidak membuat laporan polis dan sekadar membuat laporan akhbar.Dalam laporan itu pula,Hannah lebih banyak merengek menceritakan bagaimana beliau dimarahi rakyat kerana tidak prihatin terhadap wanita hamil berbanding menceritakan secara terperinci tentang ugutan tersebut.Nampaknya Hannah juga telah ketandusan idea dan terpaksa meraih simpati dengan mencari publisiti murah, sama seperti tindakan ‘bos-bosnya’.Jelas,Hannah tidak cukup bijak untuk memahami bahawa taktik ini sudah basi.Rakyat sudah mual mendengarnya.Apa ke jadahnya Hannah diugut bunuh hanya kerana satu kenyataan bodoh ??? Bukankah lebih baik membiarkan Hannah hidup untuk dijadikan bahan ketawa ??? 

Dan tindakan Hannah mengadu konon diugut bunuh membuatkan kita ketawa lebih besar lagi.Apa yang kita tahu, kerja-kerja mengugut ala samseng ini adalah kerja DAP.DAP yang paling galak membela samseng dan penjenayah. DAP yang paling giat menjana perniagaan gelap yang berkaitan samseng dan penjenayah.Jika benar ada ugutan,maka ia pastinya kerja dari dalam DAP sendiri.saya tidak pernah lupa bagaimana Teoh Beng Hock ‘terpaksa’ mati bagi menyelamatkan pemimpin DAP.kita semua faham bahawa Hannah sebenarnya buntu apabila semakin ramai yang memandang serong terhadap Ratu Kristian Evangelis ini.Bermula dari kenaikan gajinya yang begitu drastik dan sikapnya mempertahankan kenaikan itu,rakyat mula meraguinya.Justeru,ramai yang tidak terkejut apabila Hannah langsung tidak prihatin terhadap wanita hamil apatah lagi apabila yang terlibat itu adalah Melayu. Selama ini, seperti juga pemimpin pembangkang yang lain,Hannah begitu lantang mengkritik kerajaan persekutuan terutama isteri Perdana Menteri atas tuduhan ‘boros’.

Laman sosial Hannah juga tidak pernah kering dengan sindirian dan kecaman terhadap kerajaan terutama mengenai ekonomi.Kononnya kerajaan perlu berjimat cermat dan lebih prihatin terhadap peningkatan kos sara hidup rakyat.Namun,dalam keprihatinan Hannah terhadap rakyat, dengan tidak semena-mena, gajinya pula yang meningkat.Peningkatan itu pula bukan sebanyak 10%-20% tetapi 268%! iaitu dari RM6109.29 kepada RM22,500.Justeru,tidak hairanlah Hannah terpaksa menggunakan taktik paling bodoh untuk meraih simpati dan publisiti tahap lelong dengan mewar-warkan bahawa beliau telah menerima ugutan bunuh.Logiknya,tiada siapa yang perlu mengugut Hannah kerana beliau langsung tidak signifikan dalam hidup rakyat Malaysia.Nasihat saya pada Hannah carilah cara lain untuk mencari publisiti kerana cara ini sudah basi.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates