Di sebalik polemik perebutan kuasa dalaman yang melanda parti Keadilan Rakyat
(PKR) ketika ini,rakyat khususnya di Selangor sedang melihat mengenai ura-ura yang
mengatakan Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim bakal menggantikan Khalid Ibrahim
sebagai Menteri Besar yang baru.Isu tersebut turut dibangkitkan oleh kepimpinan Pas pusat dan Pas negeri Selangor
yang menegaskan jawatan tersebut perlu diberikan kepada parti itu sekiranya PKR
berhasrat ingin melakukan perubahan tampuk pemerintahan kerajaan negeri.Namun disebabkan penegasan itu juga,ia telah menimbulkan rasa kurang senang di
kalangan pimpinan,penyokong dan ahli PKR. Mereka mungkin merasakan kenyataan
itu telah menghina Anwar yang selama ini telah digambarkan sebagai pemimpin yang
hebat dan tiada tolok bandingnya.
Sebagai contoh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor melalui kenyataan yang
dikeluarkan sebelum ini,menyelar kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pemuda Pas,Suhaizan Kayat yang tidak bersetuju sekiranya Anwar diangkat sebagai Menteri Besar
Selangor.
“AMK Johor juga tidak nampak sekiranya DSAI (Anwar) diangkat menjadi Menteri
Besar Selangor akan memudaratkan rakyat Selangor itu sendiri. Kita tawarkan
pemimpin berpengalaman luas untuk negeri Selangor dan secara tidak langsung akan
memantapkan lagi kerjasama parti pendukung PR khususnya di Selangor,” katanya.
Suhaizan sebelum ini menegaskan Pemuda Pas menyokong Anwar sebagai calon
PKR untuk kerusi DUN Kajang,namun itu tidak bermakna,Pemuda Pas turut bersetuju
dengan cadangan untuk melantik Anwar sebagai Menteri Besar Selangor.Gusar dengan perkembangan tersebut, Ketua Penerangan Pas Pusat, Mahfuz Omar
segera meminta agar isu ini segera dihentikan.Menurutnya ia bagi menjaga air muka
Khalid yang masih menyandang jawatan tersebut.
"Kamu jangan jatuhkan maruah MB (Khalid).Hormat beliau.Beliau masih MB Selangor.Kita boleh bincang apabila tempat itu kosong. Sekarang kita bincang tentang PRK
Kajang sebab tempat itu kosong," katanya semasa sidang akhbar semalam.
Menurut Mahfuz isu mengenai siapa calon Menteri Besar Selangor yang baru hanya
akan dibincangkan sekiranya kerusi yang menjadi rebutan itu kosong.Status Khalid sebagai Menteri Besar Selangor mula dipertikai sejak bekas ADUN
Kajang Lee Chin Cheh bertindak mengosongkan kerusi itu untuk memberi laluan
kepada Anwar.Keputusan itu diambil dipercayai bagi merintis jalan kepada Anwar untuk menggantikan
Khalid.Kesimpulannya Pas dan PKR saling berbalah bagi merebut jawatan.Malah perebutan
itu juga secara tidak langsung membuktikan Pas sudah tidak lagi percaya dengan
ketokohan Anwar sebagai pemimpin seperti yang sering diwar-warkan sebelum ini.Pada mereka,Anwar bukanlah seorang tokoh pemimpin yang hebat seperti yang
disangka.Ini kerana sekiranya aura Anwar masih lagi kuat, masakan Pas selaku rakan
sekutu di dalam PR menentang cadangan untuk melantik Anwar sebagai MB.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
3 comments:
PAS nak cabar kerusi MB? Muka macam PAS ni memang aku tak pecaya. Dia suka main koner baring jak.
PAS nak dapat kerusi MB senang ajer. Formula nya: Kasi kalah Anuar Ibrahim di PRK Kajang. Bila kalah PKR dah kurang 1 kerusi jadi 13, sama dengan BN (kalau BN menang). Bila dah PKR kerusi dah kurang, Anuar dah kalah, MANA si Anuar nak TARUH MUKA yang tak malu nak kekal kerusi MB? Nah, ustaz PAS pun cakap PRK kali ini HARAM kerana tidak bermoral. Jadi tak kan PAS nak sokong perkara yang HARAM in???? Tanya Nasaruddin. So orang-orang PAS, BILA LAGI NAK CONTROL SELANGOR????? UBAH LAH!!!! KALI NI LAH!!!!
Sekarang ni pun kerusi PKR dah kurang dari kerusi PAS.
Sebelum bangkai Lee Chin Cheh umum letak jawatan, kerusi PAS di Selangor adalah 15, manakala PKR cuma 14 kerusi sahaja. Tapi oleh kerana PAs takde pemimpin yang pandai (memang diketahui mereke2 tu pun semuanya BODOH BELAKA), jadi terpaksa beri kerusi MB pada PKR selepas PRU-13 yang lalu.
Lagi satu, PAS sendiri tidak serius untuk menegakkan Islam seperti yang mereka laung-laungkan selama ini. Jika tidak, sudah pasti mereka akan menuntut kerusi MB Selangor lebih awal supaya undang2 Islam yang mereka mahukan dapat dilaksanakan di Selangor tu.
Post a Comment