Social Icons

Pages

Thursday, February 06, 2014

KANTOI !!! PEMBOHONGAN #PKR BERKENAAN ADUN PERAK KELUAR PARTI DIDEDAHKAN !!!


Masyarakat khususnya mereka yang melayari laman-laman sosial gempar seketika apabila dikatakan kononnya ADUN Hutan Melintang dari PKR,S Kesavan telah mengumumkan untuk keluar parti.Kesavan dikatakan telah menghantar sepucuk surat bertarikh 2 Januari lalu kepada pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri Perak (DUN),Datuk Seri S.K. Devamany bagi memaklumkan kononnya dia telah menjadi Adun Bebas kerana telah "hilang kepercayaan dengan pimpinan parti."Namun begitu apabila dihubungi oleh pihak media,Kesavan menafikan mengenai perkara itu dan mengatakan surat tersebut adalah palsu. 

"Saya dapat tahu mengenai surat berkenaan kira-kira pukul 2 petang.Setelah diteliti menerusi aplikasi WhatsApp, saya dapati tandatangan di dalam surat berkenaan tidak sama dengan tandatangan saya.Kepala suratnya juga tidak sama dengan kepala surat rasmi yang biasa saya gunakan walaupun nama, alamat dan nombor kad pengenalan saya adalah betul.Saya terkejut dengan dakwaan ini kerana saya tidak pernah berhasrat untuk keluar parti," katanya ketika dihubungi. 

Dalam pada itu,Devamany yang dihubungi mengesahkan menerima surat berkenaan pada pukul 2.40 petang daripada keraninya.Beliau difahamkan,penghantar surat berkenaan seorang lelaki.Kesavan sebelum ini mengesahkan dia menerima makluman mengenai perkara ini pada pukul 2.00 petang,manakala Speaker memaklumkan beliau menerima surat tersebut pada jam 2.40 petang.Persoalannya ialah,bagaimanakah Kesavan boleh menerima makluman awal mengenainya surat tersebut ??? 

Jawapannya mudah,isu surat peletakan jawatan itu bertujuan untuk mengalihkan perhatian masyarakat yang ketika ini sedang marah dengan tindakan PKR di Dun Kajang.Umum mengetahui tindakan parti itu yang sengaja meletakan jawatan bagi membolehkan Anwar bertanding adalah merupakan satu bentuk pembaziran dan mengkhianati amanah yang telah diberikan oleh pengundi.Malah maklum balas dan komen-komen yang diterima melalui laman-laman sosial jelas membuktikan rakyat tidak bersetuju dengan tindakan tersebut.Peletakan jawatan bagi membolehkan Anwar bertanding sebagai calon hanya bertujuan untuk mengelakkan perebutan kuasa dan meredakan masalah dalaman yang sedang melanda parti itu.Di dalam ceramah penerangan yang diadakan sebelum ini,Anwar turut mengakui keputusan itu merupakan strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berdepan pelbagai tekanan dalam politik semasa.

Dalam masa sama,Anwar mengakui strategi mengosongkan kerusi DUN Kajang bagi memberi laluan kepadanya untuk bertanding memang sudah dirancang. "Peletakan jawatan Chin Cheh pada 27 Januari lalu dilakukan menerusi rundingan terlebih dahulu dan bukan secara mengejut. Dia letak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri kerana hendak beri ruang kepada saya untuk bertanding. Kerajaan Negeri Selangor juga mengetahui tentang perkara itu," katanya. 

Bagaimanapun,sepanjang kira-kira 45 minit berucap,Anwar dilihat gagal memberi penjelasan meyakinkan kepada lebih 200 orang penyokongnya yang hadir sehingga ada yang bertindak keluar dewan.Dalam erti kata lain,Anwar gagal meyakinkan penyokong sendirindan cabaran lebih besar bakal menantinya.Iaitu mengembalikan sokongan pengundi Kajang yang marah kerana telah ditipu dan diheret dengan permainan politik PKR.Oleh itu,sekiranya kemarahan rakyat di Kajang gagal ditangani,Anwar bakal dimalukan sekali gus memadamkan impian dan harapannya untuk menjadi Menteri Besar.Jalan terbaik dengan mementaskan sandiwara baru,bagi mengalihkan tumpuan masyarakat.Dengan cara itu,rakyat akan menyalahkan Umno dan kembali menyokong PKR.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

2/06/2014*Surat palsu: Speaker Perak teliti imej CCTV*SHAHRIZAL AHMAD ZAINI6 Februari 2014

* Surat palsu: Speaker Perak teliti imej CCTVKesavan (tiga, kiri) bersama rakan-rakan pimpinan PKR Perak ketika membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, semalam.<
 1 / 1 >
*IPOH – Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, Datuk Seri SK Devamany memberi jaminan akan menjalankan siasatan berhubung penyerahan surat palsu peletakan jawatan Adun Hutan Melintang, S Kesavan.

Menurutnya, berdasarkan keterangan kerani pejabat, pihaknya dimaklumkan ‘surat peletakan jawatan’ Kesavan itu diserahkan individu tidak dikenali sekitar 2.30 petang kelmarin.

“Apa pun kita harap perkara ini tidak menjadi isu. Kita pun tak tahu apa niat dia (pemberi surat) itu.

“Kita akan teliti kamera litar tertutup (CCTV) seluruh bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Kemudian, biar polis siasat.

“Saya tidak dapat nak ulas lanjut, apa-apa pun biar polis mengenal pasti pihak bertanggung jawab dalam isu berkenaan,” katanya pada sidang media, semalam.

Beliau berharap ia tidak diperbesar kerana dikhuatiri memberi kesan kepada amalan demokrasi di negeri ini.

“Isu seperti ini boleh  rosakkan hubungan kerjasama baik antara kerajaan negeri dengan PR ketika ini,” katanya.

Kesavan ketika ditemui mengakui terkejut, apabila dimaklumkan ada individu cuba menyamar sebagai dirinya dengan menghantar surat palsu.

Menurutnya, tindakan individu berkenaan jelas, cuba mencabar kemuliaan Dewan Negeri.

 “Ya, saya memang tak sangka mengenai perkara ini, tambah terkejut apabila mendapati ternyata ada individu cuba menyamar menjadi saya dan menghantar surat palsu ke SUK,” katanya.

Beliau mengakui, insiden itu mengganggunya apatah lagi, kini dalam persediaan melangsungkan perkahwinannya, Isnin ini.

Kesavan selepas itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyokong laporan polis berkenaan.

Menurutnya, pihaknya sudah meminta Speaker membuat laporan polis.

“Saya yakin apabila polis membuat siasatan, mereka akan mendapatkan rakaman CCTV dan rekod masuk ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Jika benar seperti  dilaporkan, kita simpati dengan Kesavan yang perlu hadapi isu ini di saat menempuh alam perkahwinan tidak lama lagi,” katanya.*

 
 
Blogger Templates