Social Icons

Pages

Thursday, February 06, 2014

KANTOI !!! 32 STAFF #PKNS KORBAN PERTAMA BAKAL #MENTERIBESAR SELANGOR ???


Tindakan PKNS memecat 23 orang kakitangannya secara tiba-tiba mengejutkan banyak pihak.Ia difahamkan sebagai ‘kesinambungan’ dari pemecatan Azmin Ali akibat perbalahanan beliau dengan kepimpinan negeri,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.Pemecatan besar-besaran ke atas kakitangan awam,walaupun bertaraf kontrak belum pernah lagi berlaku apatah lagi tanpa sebarang penjelasan.Pihak PKNS mahupun kerajaan negeri menafikan sebarang kaitan pemecatan itu dengan politik dalaman parti PKR.Bagaimanapun,rakyat Malaysia jauh lebih bermaklumat dan mampu membaca di sebalik kenyataan-kenyataan rasmi para pemimpin politik.Rakyat sedia maklum bahawa apa yang berlaku adalah ‘pertunjukan’ gila kuasa di dalam PKR dalam menangani kerakusan dan ketamakan DAP.Menurut sumber dari pihak pembangkang sendiri,perbalahan antara Azmin dan Khalid turut melibatkan soal perkauman di mana projek-projek perumahan PKNS hampir semuanya dibuat dan dijual secara usahasama dengan kontraktor atau pemaju luar dan bukan lagi dengan PKNS Engineering and Construction atau PKNS Holdings.    

Akibat dari pendekatan ini,yang mendapat keuntungan hanyalah pemaju dan kontraktor berbangsa Cina dan harga hartanah pula melambung tinggi.Tindakan ini juga dilihat sebagai pemangkin kepada usaha DAP untuk mengusir orang-orang Melayu di kawasan bandar.Khalid Ibrahim sudah terkenal sebagai boneka DAP dan pastinya,segala tindak tanduk beliau perlu mendapat ‘kelulusan’ atau pun arahan dari DAP.Oleh itu,saya tidak hairan apabila beliau mengambil tindakan drastik memecat sekali gus 23 orang kakitangan yang dikhabarkan sebagai barisan yang berusaha mengekang kerakusan DAP di PKNS.Tidak tahu sejauh mana spekulasi ini benar,tetapi bagi mereka yang mengikuti perkembangan politik semasa, adalah sukar untuk kita tidak mempercayainya.      Kedudukan Azmin di dalam kemelut ini,bagaimanapun,agak samar.Ada yang berkata bahawa DAP lebih mudah untuk berurusan dengan Anwar dari Azmin dan ini mungkin menjadi punca kenapa Azmin dipecat dan Anwar cuba diangkat sebagai Menteri Besar.Tindakan ini akan menyelesaikan masalah perbalahan dalaman PKR dan juga mengukuhkan penguasaan DAP sekali gus.    

Jika benar,nampaknya DAP telah berjaya menjaringkan 2 atau 3 gol dengan satu tendangan sahaja.Pertamanya,mereka berjaya memastikan yang kroni mereka di kalangan pemaju dan kontraktor terus beroleh keuntungan,keduanya,usaha untuk menyingkirkan orang Melayu dari bandar terus berjalan lancar serta ketiganya,matlamat mereka untuk mengurangkan kakitangan awam tercapai walaupun belum menjadi kerajaan pusat.Janji untuk mengurangkan kakitangan awam dibuat oleh Tony Pua pada 31hb Oktober 2011 di Johor Bharu,iaitu 

“jika Pakatan Rakyat dapat memerintah kerajaan pusat sahaja,maka kita akan kemukakan satu projek yang dinamakan ‘Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam’ untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam berperingkat-peringkat setiap tahun.”  

DAP nampaknya tidak main-main untuk memecat kakitangan awam dan dalam kes di Selangor ini,mereka melakukannya melalui ‘proxy’ yang bersifat boneka iaitu pemimpin Melayu dari PKR.Khalid Ibrahim telah membuktikan beliau adalah sebuah boneka yang setia kerana sentiasa membela dan menyebelahi DAP dalam apa jua isu termasuk dalam soal akidah Islam.Namun,hayat politik boneka ini mungkin tidak lama kerana dilihat semakin hari semakin menjadi beban kepada negeri mahupun politik PKR dan DAP.Justeru,siapa lagi yang lebih sesuai untuk menggantikannya melainkan seorang yang mempunyai berbagai rahsia hitam di dalam genggaman DAP,iaitu Anwar Ibrahim.Anwar walaupun membawa imej liberal dan menerima pluralisme,beliau masih diterima oleh beberapa kelompok Melayu,terutamanya di bandar.

Justeru,Anwar sebagai Ketua Pembangkang,merupakan personaliti yang paling layak untuk menjalankan segala arahan DAP di Selangor tanpa dipersoal oleh orang-orang Melayu.Orang Melayu tidak akan menuduh bahawa Anwar menurut cakap DAP dan percaya bahawa segala tindakan Anwar adalah atas keputusan beliau sendiri.Dalam fikiran Anwar,mungkin beliau menyangka yang beliau sedang mempergunakan DAP untuk mencapai matlamatnya.Di dalam fikiran DAP pula,Anwar lah yang sedang dipergunakan mereka.Hakikatnya,kedua-dua pihak saling guna-memperguna.Sementara PAS duduk memerhati,setia menunggu arahan dari kedua-dua mereka.Berdasarkan hakikat ini,nasihat kita kepada orang-orang Melayu Kajang agar menolak Anwar.  Bayangkan, dengan dana Selangor yang sebegitu banyak dan projek yang sebegitu besar yang di dalam perancangan di Kajang,siapakah yang akan mendapat keuntungannya ??? Apakah ada sedikit harapan untuk kemajuan dan penambahan pemilikan hartanah untuk orang-orang Melayu di situ sekiranya Anwar menang ??? Atau apakah semakin ramai kakitangan awam akan dibuang ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

15 comments:

Anonymous said...

Umngok dan fitnah berpisah tiada sama juga penfitnah dan api neraka berpisah tiada...

Anonymous said...

MB S'gor: Bukan pecat tapi tak lanjut kontrak

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan penglibatan beliau dalam pemecatan hampir 30 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB).
Beliau ketika ditemui berkata keputusan itu dilakukan sendiri pihak pengurusan PHSB dan menganggap tiada sebarang pemecatan pekerja berlaku melainkan pemberhentian disebabkan mereka tidak melanjutkan kontrak kakitangan terbabit.
Abdul Khalid berkata menerusi nota yang diberikan kepadanya, pihak pengurusan PHSB memaklumkan tindakan itu adalah sebagai langkah untuk menentukan jumlah pekerja yang sesuai dalam organisasi berkenaan memandangkan pekerja yang diberhentikan itu adalah pekerja kontrak.
"Itu adalah keputusan pengurusan PHSB dan saya percaya pasti ada sebabnya malah pada saya konsep dipecat boleh jadi tiada tetapi konsep tidak diteruskan pelantikan boleh jadi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat negeri Selangor anjuran Jabatan Agama Islam Selangor di Shah ALam malam tadi.
PHSB memecat 30 kakitangannya semalam, tanpa sebarang sebab munasabah, dengan notis 24 jam berkuat kuasa semalam.
Kesemua kakitangan PHSB, yang juga anak syarikat PKNS, menerima surat pemecatan itu dalam satu pertemuan dengan pihak pengurusan pagi tadi selepas hadir bekerja seperti biasa. Surat itu ditandatangani Pengerusi PHSB, Datin Paduka Norazlina Zakaria.
Ketika diminta mengulas sama ada pemberhentian itu ada kaitan dengan isu dalaman yang dihadapi PKNS kini, Abdul Khalid turut menafikan ia disebabkan perkara berkenaan malah kes itu masih lagi dalam proses pendengaran yang dikendalikan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
- Bernama

Anonymous said...

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyelar tindakan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menerusi anak syarikatnya, PKNS Holdings Sdn. Bhd. (PHSB) yang memecat 23 kakitangan kontraknya tanpa sebarang alasan munasabah.

Timbalan Presidennya, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, tindakan anak syarikat kerajaan negeri itu dilihat berbentuk penganiayaan terhadap kakitangan terlibat selain bercanggah daripada aspek perundangan.

Ini kerana katanya, kesemua kakitangan itu dikatakan masih mempunyai kontrak dengan PHSB selaras dengan peruntukan Seksyen 10, Akta Pekerja 1955.

"Begitu juga dengan penamatan kontrak kakitangan berkenaan yang mana mereka harus diberikan notis awal sebelum tindakan itu dilakukan selaras dengan Seksyen 12 (Akta Pekerja 1955).

"Bagaimanapun, saya dimaklumkan kakitangan ini diberhentikan kerja serta-merta. Undang-undang mana yang mereka (PHSB) pakai, malah kesemua kakitangan terlibat tidak dimaklumkan kerangka dasar (sebab) tindakan itu dilakukan oleh pihak syarikat," katanya selepas membuat laporan di Pejabat Perhubungan Perusahaan Selangor di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan hampir 30 kakitangan kontrak PHSB dipecat serta-merta tanpa sebarang alasan daripada pihak pengurusan.

Difahamkan, kesemua kakitangan terbabit menerima surat arahan pemecatan itu selepas menghadiri satu perjumpaan dengan pihak pengurusan syarikat berkenaan pada kira-kira pukul 9 pagi semalam.

Surat arahan pemecatan bertarikh 3 Februari 2014 tersebut ditandatangani Pengerusi PHSB , Datin Norazlina Zakaria.

Pada masa sama, Abdullah Sani turut menyifatkan PKNS dan PHSB yang diterajui oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersikap seperti 'kunta-kinte' yang memperlakukan kakitangan yang terlibat sebagai hamba.

"Mereka (PKNS dan PHSB) mengambil kakitangan terbabit, kemudiannya mereka khianati. Bila ditanya, mereka jawab tidak tahu.

"Mana mungkin tidak tahu sedangkan merekalah yang merangka dasar (pengambilan kakitangan dan mewujudkan PHSB)," jelasnya sambil menyatakan kesediaan MTUC untuk membela nasib kakitangan yang terlibat.

Sementara itu, wakil bekas kakitangan kontrak PHSB yang dipecat, Dr. Alif Aiman ketika ditemui menjelaskan, pihaknya telah mengadakan pertemuan serta mengemukakan laporan kepada Jabatan Perhubungan Selangor pada pukul 11 pagi hari ini.

Menurutnya, tindakan PHSB memecat itu dibuat tanpa sebarang prosedur serta sebab yang munasabah tanpa memikirkan peranan yang telah mereka sumbang kepada perkembangan PKNS selama ini.

"Penamatan perkhidmatan kami tiada dibuat sebarang perbincangan terlebih dahulu. Kalau PKNS merasakan perkhidmatan kami tidak diperlukan, sepatutnya mereka menghantar kami balik semula ke PHSB sehinggalah kontrak tamat.

"Tiada seorang pun daripada kami tamat kontrak. Ada di antara kami mempunyai baki kontrak perkhidmatan dalam tempoh tiga bulan, 16 bulan, malah ada juga kakitangan disambung semula kontraknya untuk tempoh dua tahun," ujarnya.

Anonymous said...

X yah cute la..klu bodoh.. Nama pun kontrak.. Anytime boleh ditamatkan perkhidmatan.. Cer cuba la buka kamus dan cari maksud kontrak tu.. Apa bebal la punya manusia.. Klu rs diri tu betul... Bwk la g mahkamah... Mintak saman byk2 .. Supaya boleh kembong perut tujuh keturunan goyang pelir x yh keja.... Uhhuhuhuhuuu..

Anonymous said...

mmg betul anytime kontrak boleh ditamatkan..tp perlu ikut terms labour act malaysia..bukan tetiba tamat...

tgk terms dlm kontrak terbabit...tp adalah 1 penganiayaan jika tak sambung kontrak..tp tak dimaklumkan lebih awal...sbb akan menyusahkan pd para pekerja kontrak utk bersedia mencari kerja lain..

kalau pernah kerja berstatus kontrak..sure paham..

-smh-

Anonymous said...

Anoy 1.56pm yg bodoh. Semua kontrak ada term and condition. Janganlah bangang sangat. Cakap org bodoh. Engkau tu dah tahap bahalol

aku said...

terbaik la Selangor...tahniah kepada yang Melayu/Islam penyokong PR..padan la muka...ada tak nama2 Cina yang kena berhenti kerja? ha..ha..padan muka...

Anonymous said...

pkr baik tak fitnah juga terpasak tiada, hang nak tahu pkr lah pemfitnah dan pembohong yang paling besar dan parti yang paling celaka di dlm mana mana parti politik yang ada sekarang.

Anonymous said...

Bila kena buang kerja, tunjuk sedih kat kerajaan, padan hal semua kaki dan tangan yang bekerja dgn pkns adalah org pkr belaka. yang ni soheh belakun jee nak alih perhatian biar org umno merasa selesa dgn lakonan porak peranda pkr. Ingat org melayu Umno jgn jadi bodoh macan dulu dulu s cepat sangat bersimpati dan yakin dgn keselesaan yang ada.

Anonymous said...

Kau tu la anjing kurap yg bodoh.. Sbb tu aku ckp wahai machai anjng kurap yg bodoh.. Klu dorang rs btul sgt.. pg la saman.. Dan kau ingat pengurusan pkns tu bodoh tujuh keturunan mcm kau ke.. Nk buang atau tamat kontrak org suka2... Apa la dasar machai anjing kurap makan taik..phuiiii

Anonymous said...

PENAMATAN KONTRAK KAKITANGAN PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR HOLDINGS SDN BHD (PHSB) MENJIMATKAN KOS OPERASI RM7JUTA SETAHUN.


*SHAH ALAM: Penamatan kontrak 22 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)Holdings Sdn Bhd akan menjimatkan kos operasi PKNS sebanyak RM7 juta setahun.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ia menunjukkan PKNS berbelanja berlebihan hanya untuk membayar gaji 22 kakitangan kontrak.

Beliau menjelaskan, prosedur penamatan kontrak mematuhi terma dan syarat mengikut perjanjian yang dibuat sebelum ini.

"Penamatan kontrak 22 kakitangan PKNS Holdings Sdn Bhd adalah hasil polisi Integrity Pact yang telah dilaksanakan dalam PKNS bagi mematuhi urus tadbir korporat yang baik.

"Melalui saluran Integrity Pact, terdapat kakitangan PKNS memberi maklumat bahawa peluang kenaikan pangkat kakitangan tetap dalam PKNS terbantut apabila organisasi dan jabatan baharu diwujudkan yang diketuai orang luar dengan tangga gaji yang tinggi.

"Ini dibuat tanpa mengambil kira kepakaran dan pengalaman kakitangan yang sedia ada," kata beliau pada sidang media di Bangunan SUK, dekat sini hari ini.

Khalid berkata, penamatan kontrak 22 kakitangan itu dilakukan kerana berlaku pertindihan tanggungjawab dan tugas dengan kakitangan yang sedia ada dalam PKNS.

"Selaras dengan polisi Integrity Pact, Kerajaan Selangor memberi kepercayaan penuh kepada pengurus besar yang baharu untuk membuat perubahan yang berkaitan demi kebaikan PKNS dan anak-anak syarikat.

"Ini termasuk kajian semula usahasama dan projek-projek, menyusun semula akaun PKNS dan melaksanakan straegi untuk meningkatkan keuntungan," katanya yang juga Pengerusi PKNS.

Sebelum ini, beliau mengarahkan Pengurus Besar PKNS yang baharu, Azlan Alfiah untuk membuat kajian terperinci organisasi termasuk isu melibatkan sumber manusia.*

Anonymous said...

kah kah kah kah... nak jimat RM7 juta setahun la konon. Bila dah bawak ke mahkamah dan didapati pihak pengurusan PKNS bersalah kerana menamatkan kontrak tanpa sebab musabab yang munasabah nanti PKNS kene bayar pampasan berpuluh2 juta pulak....

Macam isu Lebihraya rakyat kat Kelantan tu, bila pemimpin BODOH memerintah begitu la jadinya. Kononnya tak sentuh duit rakyat untuk bina lebuhraya, akhirnya kene saman RM225 juta oleh pihak kontraktor. Masa nak bayar saman nanti guna duit mana??? Takkan guna duit kepala bapak pencacai PR pulak kot...!!!!

Kah kah kah kah kah... pemimpin BODOH banyak yang berada dalam PR tau tak??

Kah kah kah kah.. contohnya Pork Nicky Ajih...

Anonymous said...

Pekerja kontrak pun mana boleh buang tanpa alasan. Undang undang rimba mana ko pakai ni?

Anonymous said...

Isu PKNS pecat pekerja: Ini penjelasan dari PKNS.. bacalah!

Penamatan kontrak 30 Kakitangan PKNS baru-baru ini telah digunakan sebaiknya oleh media-media tunggangan UMNO untuk menyerang pentadbiran Kerajaan Rakyat Selangor.  

Ianya telah dipolitikkan mereka dengan bergai cara yang mana akhirnya menyerlahkan buruknya cara TS Khalid mentadbir Selangor.  

Benarkah apa yang dilaporkan oleh kebanyakkan media tunggang UMNO itu?

Berikut adalah Kenyataan Media dari Pengurus Perhubungan Awam PKNS sendiri mengenai perkara ini..

*Kenyataan Media *PENYUSUNAN SEMULA ORGANISASI SUMBER MANUSIA PKNS UTAMAKAN PERKHIDMATAN CEKAP DAN "VALUE FOR MONEY" 5 FEB 2014  Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah memulangkan semula sejumlah 20 anggota PKNS Holdings kembali kepada anak syarikat perbadanan itu. Keputusan tersebut dibuat dalam satu operasi penyusunan semula organisasi sumber manusia bagi mengelakkan pertindihan tugas selaras dengan polisi tadbir urus PKNS yang mengutamakan perkhidmatan cekap dan "value for money". Perkhidmatan 20 anggota berkenaan di PKNS telah dibuat berperingkat secara kontrak seawal 2010 bertujuan untuk mengisi jawatan dan memperkukuhkan beberapa Bahagian baharu di PKNS antaranya Pemasaran, Pembangunan Bisnes, Strategi & Media, Pelaburan; dan Pengurusan Organisasi & Integriti. Walaubagaimanapun, setelah mengkaji keputusan tersebut, PKNS berpandangan tiada keperluan untuk meneruskan perkhidmatan 20 pegawai tersebut memandangkan kepakaran dan pengalaman yang sama sudahpun sedia ada di kalangan pegawai tetap di PKNS. Sehubungan itu, anak syarikat PKNS; PKNS Holdings telah membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatan mereka menurut terma yang terdapat dalam kontrak perkhidmatan masing-masing. ISHAK HASHIM
PENGURUS PERHUBUNGAN AWAM
BAGI PIHAK PENGURUSAN PKNS 
 ------------------------ 

Apa yang kebanyakkan media tidak laporkan menurut Koordinator Jingga 13, Saudara Fariz Musa mengenai isi ini ialah..

1. Mereka adalah pekerja kontrak. Tamat september 2014. Mereka bukan pekerja tetap pkns. Gaji mereka tiga kali ganda dari gaji staf biasa pkns. Untuk yang dua tahun bekerja, gaji mereka mencecah RM15, 000 sebulan.

2. Kontrak mereka ditamatkan awal dan mereka diberi compensation sebulan/dua bulan gaji mengikut perjanjian masing2.

3. Ia proses biasa dan tiada unsur2 salah laku. Mereka boleh ambil tindakan undang2 jika tidak berpuashati dengan prosidur berkenaan.

Anonymous said...

Klu naik mahkamah kena pkns kena byr pn bjn duit KEPALA MAK BAPAK KAU ANJING KURAP UMNGOK.. Yg kt Kelantan tu confirm je kena saman.. sedangkan x de perjanjian tandatangan pn dilakukan.. Baca kitab syaitan utusex aka utusan meloya tu la bodoh bertingkat2... Lain kali jgn nk buat cite klu fakta pn tak tau.. Apa la punya anak gampang aka anak haram jadah ... kau ni dasar manusia sial seumur hidup. Phuiii

 
 
Blogger Templates