Apabila pihak luar memuji Malaysia dan memberi penilaian baik terhadap negara,pembangkang langsung tidak berkongsi kebanggaan dengan seluruh rakyat.Namun,apabila terdapat kritikan atau laporan dan penilaian yang agak negatif,pembangkang
begitu teruja dan dengan pantas sekali memetik serta mewar-warkannya.Contohnya,apabila agensi penarafan Moody memberi penilaian positif kepada Malaysia,tiada apa-
apa komen langsung yang didengari dari pembangkang.Namun,apabila
saja kedudukan Malaysia jatuh dalam carta World Press Freedom 2014,riuh rendahlah
pembangkang ‘meraikannya’.Jelas,pembangkang tidak punya sifat patriotik dan sayangkan negara.Mereka lebih
suka jika masyarakat antarabangsa melihat Malaysia sebagai tempat paling teruk di
dunia.Justeru,mereka sanggup ke hulu ke hilir memburukkan negara sendiri cuba
mengakibatkan ekonomi negara merudum agar dapat menyalahkan kerajaan.
Tanpa
mereka sedari,mereka sebenarnya memburukkan diri mereka sendiri juga,apatah lagi
dengan hakikat bahawa mereka turut menjadi pemerintah di beberapa buah negeri
dalam negara ini.Ini bermakna, pembangkang turut menyumbang kepada apa jua penilaian yang
diberikan oleh pihak luar.Dalam memperkatakan mengenai kebebasan media,di mana World Press Freedom
telah meletakkan Malaysia di tangga ke 147 berbanding 145 pada tahun lalu dan 122
pada tahun 2011/2012, pembangkang tidak seharusnya mengelak dari turut memikul
tanggungjawab.Sejarah merekodkan bahawa pemimpin pembangkanglah yang paling gemar
menyaman media,memboikot,malah membakar akhbar yang membuat laporan negatif
terhadap mereka,walaupun laporan tersebut benar.Sebaliknya,tidak ada dalam sejarah pemimpin kerajaan BN menyeru penyokong
agar jangan membaca Harakah atau Roketkini atau Malaysiakini.Malah,syarikat
yang ada kaitan dengan BN juga diketahui membeli ruang iklan dalam media pro-
pembangkang.Jika ini bukan bukti keterbukaan BN,maka apakah ia ???
Jika bukan kerana sikap terbuka BN terhadap media,maka kita tidak akan berhadapan
dengan isu Kalimah Allah mahupun isu penghinaan melampau dari pihak bukan Islam
terhadap Melayu/Islam.Lebih dahsyat,mereka dari kalangan bukan Islam juga kini
begitu berani mengutuk Sultan dan Raja-raja Melayu.Namewee,Alvivi,Josephine
Mary,malah penyanyi terkenal Francisca Peter bebas mengutuk dan menghasut orang
ramai agar membenci atau prejudis terhadap kerajaan,Melayu dan Islam melalui laman
sosial mereka.Jika ini bukan kebebasan media,maka apakah ia ??? Tidak cukup dengan itu,saya juga mengesan beberapa media Kristian yang terang-
terangan mengajak kepada ‘peperangan’ terhadap Islam seperti yang dilakukan oleh
Perpaduan Anak Negeri Sabah (PAN) dan bukan kita tidak tahu bagaimana media
Kristian yang menjadi kontroversi, iaitu The Herald juga secara terbuka memainkan isu
Kalimah Allah sebelum dan selepas isu itu diputuskan oleh mahkamah.Bayangkan jika semua ini berlaku di negara lain,apakah ada harapan yang orang
seperti Namewee atau Josephine Mary lepas bebas ??? Jika berlaku di negara lain,
apakah penerbit atau pemilik akhbar The Herald boleh terus memanaskan isu di
akhbarnya ???
Tidak perlu berfikir terlalu jauh, cukup dengan membayangkan mereka ini sebagai
bangsa Melayu yang melakukan perkara yang sama di Singapura dengan sasarannya
ialah orang-orang Cina dan agama Kristian. Kita percaya nasib yang akan diterima
mereka adalah sama dengan apa yang akan diterima sekiranya mereka melakukan
perkara yang sama di Amerika Syarikat.Seluruh dunia tahu dan mereka yang di belakang World Press Freedom juga tentu
lebih tahu bahawa tiada negara di dunia yang akan melepaskan orang-orang yang
menghasut ke arah perpecahan,perkauman dan melanggar undang-undang negara.Satu-satunya sebab mengapa mereka-mereka ini masih lepas bebas, masih hidup
senang lenang dan masih terus mengutuk dan menghina Melayu,Islam,kerajaan dan
Sultan adalah kerana mereka berada di Malaysia dan bukan negara lain.Hanya Malaysia yang membenarkan akhbar berbahasa ibunda kaum minoriti
diedarkan.Hanya di Malaysia di mana akhbar-akhbar berbahasa ibunda kaum minoriti
itu boleh mencetak bahan-bahan yang berbentuk hasutan agar membenci dan meragui
kerajaan,serta memperjuangkan perpecahan total masyarakat melalui sekolah
berasingan antara kaum.
Hanya di Malaysia kaum minoriti ini dibenarkan berbuat
apa saja dan berkata apa saja di dalam apa jua bentuk media massa dan masih diberi
tempat di dalam kabinet.ironi sekali,dalam keterbukaan kerajaan Malaysia terhadap media,pemimpin
pembangkang pula mengugut untuk menyaman akhbar, hanya kerana wartawannya
bertanya.Siapa yang boleh lupa dengan fenomena “You ulang I saman” Anwar Ibrahim
di mana Anwar mengugut wartawan hanya kerana bertanya.Apa jenis kebebasan
media yang dibobrokkan pembangkang jika bertanya pun boleh kena saman ???
Kesimpulannya,Malaysia tidak perlu begitu mengambil pusing dengan penilaian yang
diberi oleh agensi-agensi asing.Kemajuan Malaysia tidak pernah bergantung kepada
penilaian pihak luar.Malah,pada suatu ketika,Malaysia pernah berada di puncak
walaupun pihak luar menghentam negara ini dari segenap arah.Penilaian yang diberikan pihak luar berkemungkinan mempunyai agenda tertentu dan
tidak semestinya tepat.Baik atau buruk prestasi Malaysia dalam apa jua bidang adalah
bergantung kepada kebijaksanaan kerajaan,bukan kepada penilaian orang asing.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
2 comments:
13 Februari 2014MALAYSIA DALAM SENARAI NEGARA KAYA?....JANGAN LUPA PUJI KERAJAAN BN*Negara Terkaya di Dunia 2014 : Negara Jiran Malaysia, (Singapura RM203,527 & Brunei RM180,171 Tersenarai)*
Negara Terkaya Di Dunia 2014 : Apabila disebut negara terkaya di dunia pasti ada yang terbayang negara-negara popular seperti Amerika, Britain, Jerman dan lain-lain lagi selain dari negara-negara Timur Tengah.
Tetapi ada juga kalangan negara yang kurang diberikan perhatian oleh “dunia” tetapi masih mampu berada dalam kalangan negara-negara terkaya di dunia :
Senarai Negara Terkaya Di Dunia 2014
#Qatar – KDNK per kapita lebih (~ $102,000 / ~ RM340,323)
#Luxembourg – KDNK per kapita lebih (~ $77,000 / ~ RM256,911)
#Singapore – KDNK per kapita hampir (~ $61,000 / ~ RM203,527)
#Norway – KDNK per kapita (~ $55,000 / ~ RM183,508)
#Brunei – KDNK per kapita sekitar (~ $54,000 / ~ RM180,171)
#United Arab Emirates
#United States
#Hong Kong
#Switzerland
#Netherlands
#Australia
#Austria
#Ireland
#Canada
#Kuwait
Faktor Kedudukan Sesebuah Negara Terkaya Di Dunia 2014 :
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita yang diselaraskan dengan kuasa beli
Kuasa beli yang disesuaikan dengan KDNK telah digunakan oleh pakar ekonomi ketika membuat perbandingan, yang mana mengambil kira faktor perbezaan kos sara hidup dan kadar inflasi
Kedua-dua negara-negara jiran kita Malaysia turut sama tersenarai iaitu, Brunei dan Singapura :
Singapura tiada balak, tiada hasil minyak, pun masih mampu tersenarai dikalangan di negara terkaya di dunia. Mereka lebih bersandarkan status Singapura itu sendiri sebagai hab teknologi, pembuatan dan kewangan.
Brunei ada simpanan minyak seperti Malaysia, tetapi terus mengukuh kedudukan sebagai antara negara terkaya di dunia.
Brunei dan Singapura tidak memerlukan istilah projek super mega tertinggi, terpanjang, tetapi masih mampu tersenarai 5 negara terkaya di dunia
Dua negara – satu pernah sama-sama membentuk Malaysia, dan satu lagi hampir-hampir mahu membentuk Malaysia, sudah tersenarai dalam kalangan negara terkaya di dunia.
Tetapi apa yang membezakan negara ini dengan negara-negara yang lain. Adalah pengurusan. Kedua-dua negara membuktikan kepada dunia, tidak relevan saiz negara menjadi penanda aras membuatkan sesebuah negara tu kaya ataupun miskin.
Bagaimana pemimpin negara tersebut menguruskan kekayaan negara mereka dan dipulangkan semula kepada rakyat untuk sama-sama “merasainya” tanpa merompak untuk kepentingan sendiri, itu yang paling penting sebenarnya.
Harapan Berita Semasa pula, jikalau tidak tersenarai dalam kalangan negara terkaya di dunia sekalipun tidak mengapa tetapi cukuplah Berita Semasa mahu melihat
Wang yang dibawa ke pasaraya contohnya untuk dibelanjakan bagi keperluan harian “sentiasa mencukupi”. Rakyat tidak perlu merungut dek kerana pendapatan yang mereka perolehi tidak setimpal dengan harga barang yang terus melambung tinggi
Seluruh rakyat Malaysia sekurang-kurangnya mendapat keperluan asas yang mencukupi tidak kira duduk di kawasan bandar mahupun di pedalaman. Mereka adaljiah rakyat Malaysia. ~BS
Singapore tu pelabuhan entreport, semua barangan yang nak masuk ke ASEAN mesti melaluinya. Minyak yang diproses pun ada di Singapore.. Indonesia yang pernah menjadi pengeluar minyak pun terpaksa beli minyak proses dari Singapore tau. Kalau dah berniaga macam tu, mana tak masuk senarai negara yang kaya. Ingat penduduk Singapore tu pun banyak duit sangat ke?? Duduk sewa bilik pun dah hampir SGD 450, penduduk Malaysia kat sini dengan RM450 pun dah boleh sewa sebuah rumah. Bukak la mata tu sikit, jangan asyik memekak dan melalak je. Memang spesis anjing DAPig betul...!!!!
Post a Comment