Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim sebelum ini sering mengatakan dia yakin akan
mampu mengekalkan penguasaan PKR di Kajang sekali gus memperoleh mandat yang
besar dari pengundi.Namun di sebalik keyakinan tersebut ternyata Anwar sebenarnya
gusar dan takut sekiranya pengundi Kajang mengambil keputusan untuk menolaknya.Ini kerana Anwar sedar tindakannya parti itu yang meletakkan jawatan dengan sengaja
telah mengundang kemarahan rakyat khususnya mereka yang mengundi parti itu.Tindakan itu bukan sahaja dilihat membazirkan wang pembayar cukai, tetapi yang
paling penting parti itu dilihat telah mengkhianati amanah dan kepercayaan yang
diberikan.Maka atas sebab itu,Anwar terpaksa berkempen awal bagi memujuk semula hati
pengundi yang seakan-akan telah mula bosan dengan drama dan sandiwara yang
dipentaskan selama ini.Menariknya,tindakan kempen awal yang dijalankan itu telah menyebabkan rakyat
semakin marah dan meluat. Ia bukan sahaja ia meletihkan,kehadiran para jentera
pakatan rakyat yang semakin memenuhi Kajang telah menjadikan pekan kecil itu
semakin sesak dan merimaskan.Mungkin disebabkan itu,program-program anjuran mereka semakin kurang mendapat
sambutan masyarakat.
Contohnya program ceramah perdana yang dianjurkan
semalam hanya mampu menghimpun sekitar 200 orang sahaja.Tambah menarik,apabila Anwar hanya bercakap sekitar 25 minit sahaja semalam.Pelik bukan ??? Mana hilangnya mereka yang menyokong PR sebelum ini ?? Sedangkan sebelum ini,ceramah Anwar kebiasaannya dihadiri oleh ribuan penonton.Lihat sahaja kempen ceramah yang dilakukan sebelum pilihan raya umum ke-13
(PRU13) yang lalu.Hampir di setiap tempat yang dihadiri Anwar,akan menyaksikan
kehadiran yang ramai sehingga ‘pecah panggung’.Anwar yang berucap di Kompleks Penghulu Batu 10 Cheras,di Kajang semalam,mengatakan akan membawa masuk Tan Sri Muhammad Muhammad Taib ke dalam
pentadbiran Selangor sekiranya dia menang di Kajang.Menurutnya bekas Menteri
Besar Selangor itu mempunyai kepakaran dalam program desa yang amat diperlukan
dalam pentadbiran Selangor.
Apa yang menghairankan ialah,semua pemimpin Umno sebelum ini dikecam hebat
oleh PR.Namun apabila mereka menyokong pembangkang,semua
kecaman tersebut akan bertukar menjadi kepakaran.Kesimpulannya,Anwar semakin terdesak,kegagalannya untuk menang di Dun Kajang
atau sekurang-kurangnya menambah bilangan majoriti undi akan menyebabkan dia
mendapat malu yang besar.Ia sekali gus membuktikan rakyat semakin muak dan sedar
akan penipuan demi penipuan yang sengaja dicipta untuk memburukkan kerajaan demi
memenuhi nafsu politiknya.Dalam PRU13,calon PKR mendapat 19,571 undi,berbanding calon BN,Lee Ban Seng
yang mendapat 12,747 undi.Komposisi pengundi di Kajang membentuk 49% Melayu,40% Cina,10% India dan 0.91% lain-lain.Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh PRK DUN Kajang pada 23 Mac dan hari
penamaan calon jatuh pada 11 Mac.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
7 comments:
penyokong pr dah semakin cerdik.apa guna buang masa pergi dengar ceramah.boleh baca dari malaysiakini dan harakahonline.apa yang penting keluar waktu prk nanti undi pasti pada pr.
cerdiok ke bodoh sbb kena kencing ngan anwar.dahla kencing rakyat hari2 lepas tu buat kempen sebelum PRK.apa jadah ni??
http://www.theweeklypay.com/index.php?share=408664
We dont bother about Anwar.
We just want to kick UMNO out for good.
Anonymous 12:12 feb 14. Yes u are right. Anwar just want to be prime minister and DAP just want to replace UMNO as the dominant political power in Malaysia. With Anwar and PAS DAP will succeed in becoming the governing political party in Malaysia. The jealousy of malays in PAS and PKR over the malays in UMNO is so much that they will obey what DAP say to get rid of UMNO. The Malays in PAS and DAP prefers non-muslim leaders like khalifah lim guab eng a.k.a umar abdul aziz then najib tun razak. So no matter we dont turn out to attend anwar's speech our vote is for him and him only.
This is the millennium of the blind, there's nothing good in kicking out UMNO, there's always a better conducive way to get things right, but you see the holier than thou kind of attitude in the opposition house has taken its root so deep that it's certainly almost impossible to unroot. with the all out effort of the chinese in the last PRU 13 I'd like to see how DAP's minions are going to struggle to keep their Malay subjects in control. Should be interesting huh!
hati2 dgn baruah pr. mereka nak org melayu merana di'bumi sendiri. org cînabeng jgn angan2. KITA MELAYU NUSANTARA ADA INDONESIA,SELATAN THAI DAN MINDANAO.
Post a Comment