Portal dan para penyokong pembangkang begitu ghairah memainkan isu
mengenai permohonan maaf yang dibuat oleh Yayasan Keamanan Sasakawa (SPF)
bagi membersihkan imej Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim yang tercalar sebelum
ini.Pengerusinya,Jiro Hanyu,berkata tujuan utama lawatannya semalam adalah untuk
memohon maaf kepada Anwar dan akan berusaha sedaya upaya untuk memastikannya
dapat memasuki Jepun pada lawatan yang akan datang.
“Sebab utama lawatan ini ialah untuk meminta maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim
atas pengalaman buruknya di lapangan terbang.Saya juga sudah menghantar surat kepada pihak kehakiman dan kementerian hal
ehwal luar untuk mendapatkan penjelasan,” katanya.
Persoalannya ialah,mengapa SPF yang membuat permohonan maaf ??? Sedangkan
Anwar sebelum ini cuba menyalahkan kerajaan Malaysia dan Wisma Putra berhubung
insiden yang memalukan itu.Tidak cukup dengan itu,Anwar turut melepaskan
kemarahannya dengan menyalahkan kerajaan Jepun yang disifatkan menafikan hak
dan menghalangnya dari memasuki negara itu.Maka,sekiranya dakwaan Anwar itu benar sepatutnya kerajaan Malaysia dan Jepun lah
yang membuat permohonan maaf tersebut dan bukannya pihak SPF.Mengikut laporan yang dikeluarkan,pegawai imigresen yang bertugas di Lapangan
Terbang Narita sebelum ini telah meminta Anwar agar membatalkan hasrat untuk
memasuki negara Jepun.
Sekali gus mengarahkannya untuk segera meninggalkan
negara itu dengan mengambil penerbangan pertama atau ‘dipaksa’ untuk dihantar
balik.Namun semua tuduhan yang tidak berasas itu,kembali menimpa dirinya,apabila
jurucakap kedutaan Jepun di negara ini menjelaskan masalah itu berpunca dari Anwar
sendiri,yang gagal untuk memohon dan mengemukakan visa perjalanan.Malah pihak media Jepun juga turut melaporkan perkara yang sama.Dalam erti kata
lain,ia disebabkan oleh salah Anwar kerana enggan untuk mematuhi arahan dan
undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa negara itu.Rentetan daripada itu,masyarakat Malaysia mula mentertawakan Anwar yang jelas
telah memperbodohkan dirinya sendiri.Di laman media-media sosial pula,penuh
dengan watak-watak animasi Jepun seperti Doraemon,Ultraman,Kesatria Baja Hitam
dan banyak lagi yang dijadikan bahan lawak jenaka ekoran insiden yang memalukan
itu.
Kesimpulannya,lawatan dan permohonan maaf SPF itu hanyalah ‘sandiwara’
terbaru untuk membersihkan imej Anwar.Nampaknya Anwar terpaksa meminta
bantuan ‘raksasa’ untuk membolehkannya memasuki Jepun.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
6 comments:
Madey Kutti adalah pemimpin 4 dalm 1, iaitu syaitan ini mempunyai 4 ciri2 iaitu membunuh, menyamun , menipu, menghasut. Dia telah pun menunjukkan kebolehan nya dalam keempat empat bidang tersebut semasa insiden Mei 13, Memali, Al Maunah, Kampung Medan, dan juga telah bersubahat menutup kes bunuh Mustakizah , Norida Shamsuddin yg dilakukan oleh Menteri2 nya yang tak kurang jahat dan bengis . Dia mengalahkan Kuli dlm pemilihan UMNO dengan menipu dan banyak lagi yg orang dah tahu. Dia membawa Anwar untuk memberi suntikan ciri2 Islam bukan sebab Kuti ini berminat dlm agama tapi untuk orang ramai tidak mengesyakinya dia, bila songlapan dijalankan secara besar besaran, semuanya atas nama Islam dan Melayu. Tapi apa yg kita Nampak semua golongan tak kira kaum mana dah jatuh jadi kaum penerima subsidi, rata2 rakyat telah jadi miskin kecuali anak2 emas yg dijaga dan dimanja saban hari oleh regim korup Mahakuti ini. Juga Mahakuti ini telah mendirikan institusi2 untuk 'para cendiakan' menabur segala pujian pujian yang hanya bersesuaian dengan khalifah2 pada zaman dahulu. Akibat nya otak Melayu yg hanya tahu berbahasa Melayu dah telan mentah2 bahwa Mahakuti adalah keturunan MahFiraun. Sebenarnya MadirKuti adalah keturunan Syaitan yg Maha Kuasa yg menghilangkan diri sekian lama , dan yang telah kembali ke dunia ini untuk menyaksikan pesta kehancurkan umat manusia dgn menabur semangat benci membenci antara satu sama lain , dengan mengunakan duit sebagai hadiah melakukan kerja2 kotor. Pada akhirnya duit Syaitan ini tidak akan berguna langsung , lebih teruk dari kertas Jamban tidak lama lagi.
Jembalang tanah yg berkata kata
ler... x selesai lag masalah ko. ko ni macam pengikut firaun lah. bukan main bermegah dengan pemimpin yg macam tuhan. apa dia cakap sume nye betul.
Anon 5.05 dah dirasuk setan iblis...
Anom 5.05 ada shaitan laknatullah..
Anon 5:05 ni jenis bapok kafir yang tak tahu bezakan di antara dosa dan pahala, main hentam saja depan belakang janji dapat berbohong.
Post a Comment