Tahniah kepada media Berita Harian (BH) kerana telah membuat keputusan bagi pihak Ketua Menteri Sarawak dalam menentukan siapa pengganti seterusnya.Kami agak hairan media sebegini sewenang-wenangnya tampil dengan tajuk 'Adenan Ketua Menteri Sarawak'.Tindakan ini seolah-olah BH menghina keputusan seluruh Majlis Tertinggi PBB serta barisan pimpinan MP dan ADUN Sarawak yang telah sebulat suara menyerahkan kuasa penuh kepada Pehin Sri untuk menentukan penggantinya.
Pehin Sri juga menyatakan beliau akan mengumumkannya sendiri pada waktu yang sesuai tetapi media BH tidak menghormati keputusan KM Sarawak seolah-olah tidak sabar menunggu pengunduran KM Sarawak dan melihat 'idola' yang 'dicalon' oleh BH untuk bertakhta di Sarawak.Kami tidak ada masalah dengan siapa bakal pengganti,tetapi tindakan pihak media yang dari awal telah membuat spekulasi rambang mengenai pengunduran KM Sarawak dan seterusnya dengan 'mutlak'nya media BH mengumumkan nama Ketua Menteri baru menunjukkan ada pihak yang tidak sabar dengan tempoh peralihan ini.Siapakah 'membayar' BH untuk 'mendesak' Ketua Menteri Sarawak berundur dan inikah masanya pihak tertentu yang berkepentingan cuba memainkan peranan setelah gagal pada tahun 2006?
Sebelum ini,portal Sarawak Report yang sering 'menyalak' mendesak KM Sarawak mengundur diri tiba-tiba senyap; adakah 'tugas' ini telah diambil alih oleh BH? Atau adakah sandiwara ini dibiayai oleh pihak yang sama? - Semantan Ke Lawas
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
Sebelum ini,portal Sarawak Report yang sering 'menyalak' mendesak KM Sarawak mengundur diri tiba-tiba senyap; adakah 'tugas' ini telah diambil alih oleh BH? Atau adakah sandiwara ini dibiayai oleh pihak yang sama? - Semantan Ke Lawas
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
laporan siapa baru kau percaya?salfian?kau tanya rakan-rakan media di kuching, semua orang kenal siapa salfian, peminta berita orang tanpa rasa malu, berlagak pandai dia ingat dia rapat dengan wan junaidi dia hebat?gaya macam penagih, setiap hari pakai baju busuk.
Post a Comment