Perletakan jawatan Waythamoorthy sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri disambut baik oleh rakyat.Perlantikan beliau sejak dari awal menimbulkan
kontroversi dan ketidakpuasan hati banyak pihak.Kegagalan beliau menjalankan
tugas dan lebih banyak memberi masalah kepada kepimpinan membuktikan bahawa
perlantikannya adalah satu kesilapan sepertimana yang khuatiri rakyat.Sesungguhnya,Malaysia bersyukur kerana beliau telah meletakkan jawatan dan tidak
lagi ‘menyumbang’ kepada pembaziran negara.Dengan perkembangan terbaru ini,rombakan kecil kabinet pastinya perlu
dilakukan.
Untuk itu,kepimpinan juga dijangka menunggu keputusan Mesyuarat Luar
Biasa MCA yang bakal berlangsung pada 23 Februari ini,berkenaan jawatan kabinet
yang telah ditolak oleh parti itu berikutan prestasi buruk dalam PRU-13.Sekiranya MCA membuat keputusan untuk menerima semula jawatan kabinet,maka
Datuk Seri Liow Tiong Lai dilihat sebagai personaliti paling layak untuk jawatan
Menteri Pengangkutan yang kini dipangku oleh Menteri Pertahanan,Datuk Seri
Hishamuddin.Liow Tiong Lai telah memenangi PRU-13 dengan ‘bergaya’ di kala
hampir keseluruhan jentera partinya ‘kaku’.
Jawatan Waythamoorty pula dijangka akan dibuka kepada personaliti dari MIC demi
kesinambungan perjuangan membela kaum India.Selain dua jawatan ini,tidak ada sebarang perubahan besar serta tiada sebarang
penambahan jumlah anggota kabinet dijangka berlaku.Rombakan kabinet adalah perkara biasa apabila berlaku perubahan dalam
pentadbiran.Justeru,tiada apa-apa yang pelik mahupun petanda buruk mengenai
rombakan ini,seperti yang cuba digambarkan oleh sesetengah pihak seperti pembangkang.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment