Social Icons

Pages

Sunday, February 09, 2014

ISU #PKNS !!! PENIPUAN DAN PEMBOHONGAN #KHALIDIBRAHIM DIDEDAHKAN !!! VIDEO INSIDE !!!


Bekas pengurus kanan pemasaran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB),Dr Aliff Aiman menyifatkan Menteri Besar Selangor,Abdul Khalid Ibrahim sebagai pembohong dan penipu kerana cuba memutar-belitkan fakta sebenar berhubung isu pemecatan lebih 20 pekerja PKNS Holding.Menurut Aliff sekiranya benar wujud pertindihan jawatan seperti yang di dakwa sebelum ini, mengapa kontrak beliau dan kakitangan yang lain dilanjutkan sebelum ini oleh PKNS.

“Contohnya,saya diberikan kontrak selama setahun sebelum ini.Pada penghujung kontrak saya,ia bukan sekadar diperbaharui namun dia (PKNS) turut menambah tempoh kontrak saya selama 2 tahun lagi.(Oleh itu) apakah yang dimaksudkan sebagai ‘pertindihan jawatan’ sekiranya (PKNS) sebelum ini memutuskan untuk melanjutkan kontrak saya? Ini semua bohong,ini semua bohong,ini semua tipu,” luahnya kesal ketika ditemui kelmarin.


Khalid sebelum ini menjelaskan tindakan PHSB Holding,anak syarikat PKNS  untuk menamatkan kontrak lebih 20 pekerja mereka dengan notis 24 jam adalah disebabkan wujud 'pertindihan' jawatan antara pekerja tetap dan kontrak. Selain daripada itu,Khalid turut mengatakan pemecatan itu akan menjimatkan kos operasi PKNS sebanyak RM7 juta setahun.Menurut Aliff lagi, sekiranya Khalid mendakwa ia adalah merupakan satu bentuk pembaziran, mengapa PKNS memutuskan untuk mewujudkan syarikat ini dahulu? Sedangkan sebelum ini mereka mengatakan tujuan dan misi utama penubuhan PHSB adalah untuk memperkasakan dan membantu PKNS.Tambahan pula keputusan untuk mengambil kakitangan ini adalah merupakan keputusan yang dibuat oleh semua pengurusan kanan PKNS.

“Bukan kami yang melantik diri sendiri,mereka yang memutuskan untuk melantik kami. Malah gaji kami pun ditetapkan oleh mereka.Sekiranya mereka merasakan gaji kami terlalu mahal atau tinggi, berilah gaji yang difikirkan sesuai dan bukannya melakukan kami seperti binatang.Sekiranya mereka rasa orang tua ini bernilai RM 50 hengget, bayarlah RM 50 hengget” jelasnya sinis.Beliau turut menjelaskan,sekiranya ia satu bentuk pembaziran mengapa ada di kalangan mereka sebelum ini, yang mempunyai kuasa dan pangkat telah meluluskan kenaikan gaji hampir 300 peratus? “Malah sekiranya diteliti, kami dimaklumkan jumlah ‘elaun perjalanan’ pihak tertentu ada yang mencecah hampir RM 8 juta” ujar beliau lagi.

Beliau turut menyatakan,ada di kalangan mereka turut mengamalkan ‘kronisme’ dengan mengambil kakitangan yang terdiri daripada kaum keluarga sendiri dan perkara ini turut diketahui oleh semua pihak yang terbabit. 

“Mungkin ini sebahagian dari SOP yang ditetapkan oleh PKNS.Dengan mengambil mereka yang mempunyai talian seperti anak lelaki, anak perempuan. Itu kami tidak tahu” katanya lagi.Menurut Aliff lagi hanya disebabkan ada di kalangan individu yang mempunyai kepentingan ‘cucuk sana sini’,akhirnya hampir 20 kakitangan PHSB diberhentikan secara tiba-tiba. Aliff juga mengharapkan agar PKNS menimbang semula isu ini sebelum tindakan undang-undang di ambil. Kami masih tidak mahu mengambil tindakan undang-undang (pada ketika ini) kerana kami masih setia dengan PKNS kerana kami percaya perkara ini telah dilakukan oleh sesetengah individu (menjadi dalang) untuk memalukan orang-orang tertentu.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...

Masa kau dapat kerja kat PKNS, kau tak bising pun. Tak bagitau aku pun. Ini bila dah kena pecat, Satu Malaysia kau orang bising..!

Masa PKNS ambik kau orang kerja, PKNS ada alasan dia, sama ada alasan valid atau tidak. Masa PKNS nak pecat kau orang, tentu ada alasan jugak, sama ada valid atau tidak.

Piiraahh..!!

Anonymous said...

bodoh nya ko ni dpt keje nak kecoh2 buat apa syukur dh ka..skrg ni dia kene pecat dia bising pasal pk maruah n masa depan family dia..nk pecat on the spot mesti ada reason kukuh..bodo makan taik ko ni...ko keje kilang buat tauhu ye x tau procedur..

 
 
Blogger Templates