Keputusan Anwar untuk bertanding di PRK Kajang menimbulkan kemarahan
rakyat termasuk dari pihak penyokong dan NGO rangkaian PR sendiri.Rata-rata
rakyat melihat ia sebagai langkah politik paling terdesak dan kotor kerana sanggup
membazirkan wang rakyat sekali gus.Keputusan ini membuktikan yang parti
pembangkang tidak mengambil peranan wakil rakyat sebagai sesuatu yang serius.Semua orang boleh mengagak keputusan tersebut adalah bagi membolehkan Anwar
menjadi Menteri Besar Selangor.Pada awalnya,Anwar telah menafikan hal tersebut
dan menepisnya sebagai spekulasi/Namun,ternyata kini bahawa ‘menafikan’ sesuatu yang telah atau akan dilakukannya
merupakan sikap semulajadi Anwar.Dalam kata lain,Anwar adalah sejenis manusia
yang tidak boleh berkata benar.
Dalam wawancaranya dengan Australia Network’s Newsline,Anwar
mendedahkan strateginya untuk menjadi Menteri Besar Selangor bagi membolehkan
beliau menjadikan negeri itu sebagai model kepimpinannya.Menurut Anwar,Selangor
adalah negeri paling kaya,paling berkesan dan paling popular dan beliau akan
menggunakannya untuk menunjukkan bagaimana cara memerintah yang baik dan
telus.Jelas,Anwar memang berniat dan merancang untuk menjadi Menteri Besar sejak
dari awal.Sikap lidah bercabang Anwar membuatkan kenyataannya dipandang sinis oleh rakyat
yang peka dengan permainan politik manusia Anugerah Tuhan ini.Selama perjuangan Anwar,kita lihat beliau sering memilih jalan belakang,gemar
menafi tetapi kemudian membuat U-turn,sentiasa bercakap lain di hadapan satu pihak
dan perkara yang bertentangan pula di hadapan pihak lain.Anwar boleh menjadi pro-Zionis dan pro-Islam sekali gus,Anwar boleh menjadi pejuang
Islam dan pejuang hak LGBT dalam masa yang sama, atau pejuang Melayu dan
pejuang penghapusan hak bumiputera mengikut masa dan tempat di mana beliau
berada.
Anwar boleh berkata yang beliau tidak ingin menjadi Menteri Besar pada satu ketika dan kemudiannya berkata yang beliau akan menjadi Menteri Besar dua tiga hari
selepas itu.Justeru,apa jaminan yang beliau mampu menunaikan janji untuk menjadikan Selangor
sebagai model pemerintahan yang baik dan telus sekiranya beliau berjaya menjadi
MB ??? Apakah jaminan yang beliau tidak akan melakukan sebaliknya,iaitu menjadi
pemerintah yang kejam dan korup ???
Sifat menipu dan korupsi tidak mungkin dapat dipisahkan.Orang yang tidak
telus dalam urusannya akan terpaksa hidup dalam penipuan bagi menutup
kegiatannya.Memandangkan menipu dan Anwar juga tidak dapat dipisahkan,maka
tidak salah rasanya jika kita mempersetankan saja janji Anwar untuk memerintah
dengan baik dan telus itu.Anwar punya peluang untuk membuktikan beliau seorang pemerintah yang baik
dan telus pada suatu ketika dahulu.Namun, peluang itu telah digunakannya untuk
menjadikan dirinya dan sanak-saudaranya kaya dalam sekelip mata.
Beliau juga
hampir membankrapkan negara kerana terlalu taksub kepada dasar-dasar IMF dan
tunduk kepada Amerika.Hari ini Anwar ingin meminta peluang lagi untuk menjadi Menteri Besar dan peluang itu
pula direbut dengan cara yang kotor.Jika niatnya kotor,caranya juga kotor,maka bagaimana kita boleh percaya yang Anwar
mampu menjadi pemerintah yang bersih ???
Persoalan kini ialah,apakah rakyat Selangor benar-benar sanggup mengangkat si
munafik ini sebagai Menteri Besar ??? Sudahlah munafik,peliwat pula.Sudahlah peliwat,perasuah pula.Sudahlah perasuah,tidak bijak ekonomi pula.Pendek kata,Anwar
mungkin mempunyai kualiti sebagai seorang pemimpin tetapi malangnya,beliau tidak
mampu menjadi pemimpin yang berkualiti.Tanpa apa-apa jawatan,Anwar hanyalah seorang manusia munafik yang gagal dalam
hidupnya.Inilah yang membuatkan Anwar takut sekali menjelang rayuan kes liwatnya
untuk kesekian kali.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
5 comments:
mungkin kita tidak mampu merobah dengan senjata dengan berkempen besar besaran, tapi kita di anugerah untuk berkempen sebagai kifayah melalui penulisan, kita jauhi pemimpin yang munafik, kita khuatiri pemimpin yang gelojoh dan munafik ini akan merosakkan Negara... banyak bukti bukti menunjukkan dia ini tidak jujur dan ikhlas, putar belit... pendek kata penipu...
Komen terbaik dari blogger ini...tahniah ayat power tuan ..."dah la bodoh bangang bangang pulak mengurus ekonomi".."nak bersih dan telus tapi menipu dan pengotor politik"....aaawwuuu....nangiss
usah duk layan la anuar ni. dia ni mcm papan iklan je. lagi banyak citer pasal dia lagi bnyaklah duit penaja dapat kat dia. penaja2 yg nak bumi malaysia ni hancur. abaikan je munafikun ni. percayalah, kalau dia ni dilupakan di arus perdana maka lagi cepat dia masuk kubur.
*Pengerusi Yayasan Keamanan Sasakawa (Sasakawa Peace Foundation), Jiro Hanyu bertemu secara empat mata dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bagi meminta maaf selepas insiden larangan masuk ke Jepun Januari lalu. *
*
Jiro mengakui bertanggungjawab di atas insiden tersebut kerana selaku penganjur, mereka harus memastikan semua berjalan lancar.*
***
"Tapi saya adalah penganjur, saya harus bertanggungjawab atas kemelut yang berlaku.*
***
"Saya bertanggungjawab ke atas insiden memalukan yang menimpa Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Jiro dalam sidang media selepas bertemu Anwar secara tertutup di Hotel One World di Petaling Jaya pagi ini.*
Akhbar yg diedarkan pada jumaat lepas di masjid-masjid di selangor jelas menyatakan khalid tetap mb selangor sekiranya anwar anwar menang prk kajang, akhbar yg diedarkan secara percuma setiap jumaat tu, lepas tak payah edar kat masjid, edar kat kedai kopi jer, fikirlah
Post a Comment