Ramai di kalangan penyokong dan pemimpin Umno yang dilihat begitu teruja dengan
tindakan beberapa tokoh pimpinan Pas yang menyatakan pendirian seolah-olah tidak
bersetuju dengan tindakan PKR.Ia berhubung dengan isu pilihan raya kecil DUN Kajang dan desas-desus yang
mengatakan Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim akan menggantikan Khalid Ibrahim
sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.Ada yang mengatakan Pas sudah mula ‘celik hati’ kerana berani untuk bangkit
menempelak tindakan Anwar yang seolah-olah tidak menghiraukan pandangan dan
kehadiran parti itu di dalam pakatan pembangkang.Namun ada yang merasakan tindakan tersebut hanyalah merupakan satu lagi
bentuk lakonan di dalam lakonan.Ini kerana Pas sedar,sejak parti itu memutuskan
untuk ‘bertahaluf siyasi’ dengan PKR dan DAP,sokongan terhadap mereka sudah
semakin berkurangan khususnya di kalangan masyarakat Melayu dan Islam di luar
bandar.Di tambah pula dengan beberapa isu yang melibatkan kepentingan Islam dan Melayu
terpaksa diketepikan oleh parti itu demi untuk menjaga hubungan dan hati pimpinan
rakan sekutu mereka.Malah ada ketikanya parti itu turut dilihat seperti akur dan tunduk
dengan tekanan yang diberikan oleh DAP dan PKR.
Oleh yang demikian,bagi mengelakkan perkara itu terus dijadikan isu untuk
melemahkan Pas,mereka perlu melakukan sesuatu bagi mengembalikan sokongan
dan keyakinan rakyat.Maka jalan terbaik adalah mewujudkan ‘kumpulan
kecil’ untuk membuat ‘sedikit’ tentangan terhadap mana-mana tindakan PKR dan
DAP yang dilihat agak melampau.Motifnya mudah,supaya masyarakat khususnya penyokong dan ahli parti itu dapat
melihat Pas bukanlah merupakan kuda tunggangan atau boneka di dalam pakatan
pembangkang seperti yang didakwa sebelum ini.Hanya dengan cara itu sahaja,Pas dapat membuktikan dan meyakinkan penyokong
dan ahli mereka,parti itu masih mempunyai maruah untuk bersuara lantang dan
garang.Sedangkan pada akhirnya,Pas tetap terpaksa bersetuju dan menerima segala
keputusan yang telah dibuat oleh PKR dan DAP.Contoh paling mudah,Pemuda
Pas Pusat sebelum ini begitu hebat mengkritik dan mengecam tindakan PKR yang
menjadi ‘pelacur politik’.Namun selang beberapa hari,nada dan suara mereka itu mula berubah sehingga
akhirnya bersetuju dengan pendekatan yang dicorakkan oleh Anwar Ibrahim.
Begitu
juga Pemuda Pas Selangor yang sebelum ini menyatakan akan memboikot pilihanraya
kecil sekiranya PKR gagal memberikan alasan yang munasabah secara bertulis.Percayalah,sebaik sahaja SPR mengumumkan tarikh penamaan calon,tempoh
berkempen dan pembuangan undi semua jentera parti itu akan berhempas pulas bagi
memastikan kemenangan Anwar di Kajang.Semua ancaman,ugutan dan kritikan yang
dilemparkan sebelum ini akan hilang begitu sahaja.Begitu juga dengan kenyataan tegas yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Pas Selangor
sebelum ini,kononnya Pas akan bertegas dalam soal perlantikan Menteri Besar yang
baru sekiranya PKR ingin memecat Khalid.Sama seperti drama yang dipentaskan sebelum in,akhirnya parti itu tetap akan akur
dan tunduk dengan segala kehendak serta kemahuan Anwar Ibrahim.Dalam bahasa
mudah,inilah yang dinamakan lakonan dalam lakonan.Baik PKR mahupun Pas semuanya berlakon untuk menipu penyokong dan ahli sendiri.Bak kata Awie, ini semua poyo….
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment