Ramai yang panik seketika apabila dimaklumkan mengenai berita kononnya sebuah
pesawat Air Asia AK5110 dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur telah terhempas
berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA.Ada di kalangan masyarakat yang segera membuka televisyen untuk melihat laporan
berita mengenainya dan ada yang menghubungi rakan-rakan untuk kepastian.Malah
ada juga yang mula sedih dan risau,kerana khuatir sekiranya ia melibatkan keluarga
atau saudara terdekat yang secara kebetulan mungkin menggunakan pesawat yang
sama untuk ke Kuala Lumpur.Namun apabila diperiksa dengan pihak Perhubungan Korporat Air Asia,ternyata berita
mengenainya adalah FITNAH dan PALSU.Tambah mengejutkan apabila ia disebarkan
oleh wakil rakyat dari parti yang selama ini mendakwa memperjuangkan Islam.
Berita mengenainya mula disebarkan oleh Timbalan Setiausaha Agung Pas,Dr Syed
Azman Syed Ahmad Nawawi melalui laman twitternya yang kemudiannya
turut disebarkan oleh para pengikutnya di laman sosial tersebut.Dia yang memasukkan posting itu dalam bahasa Inggeris pada jam 111.55 malam
itu mengatakan,‘Air asia AK5110 fr (from) Kota Kinabalu to Kuala Lumpur crashed a
minutes ago in KLIA International Airport near Putrajaya locality.Ya Rabb’.Paling menarik,Naib Presiden PKR,Nurul Izzah turut bertanggungjawab menyebarkan
berita FITNAH dan PALSU itu.Menyedari akan kesilapan yang dilakukan itu Nurul
segera memadamkan tweet tersebut dan menyatakan maaf secara terbuka kerana
tidak memeriksa kesahihan berita tersebut.Namun apa yang dikesalkan ialah,sehingga artikel ini ditulis tiada sebarang kenyataan
maaf dari Adun Pas itu.
Seolah-olah dia langsung tidak merasa bersalah atau
bertanggungjawab atau penyebaran berita FITNAH dan PALSU itu.Ini kerana sekiranya laporan FITNAH dan PALSU ini tidak mencetuskan kekecohan
ia mungkin tidak perlu dipersoalkan.Namun apabila ia disebarkan oleh mereka
yang mempunyai jawatan tinggi dalam parti politik yang selama ini mendakwa
memperjuangkan Islam ia perlu dipandang serius.Ia bagi mengelakkan pandangan negatif masyarakat bukan Islam terhadap agama
Islam.Paling mengecewakan apabila,ini bukanlah kali pertama Syed Azman
menyebarkan fitnah dan berita palsu. Pada 16 Mei tahun lepas,dia turut dilaporkan pernah menyebarkan satu berita palsu
mengenai kenaikan harga barang yang akhirnya terbukti ia tidak berlaku.Malah Adun
Batu Burok turut dikatakan menyebarkan dakyah mengenai kenaikan harga gas
memasak selepas Barisan Nasional (BN) memenangi PRU-13 tahun lepas.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
Celaka punya orang buat malu orang Ganu je, Inilah kerja kerja fitnah dan propaganda yang selalu di main dan diputarbelitkan oleh puak puak ini demi mencari publisiti untuk melahirkan sikap tidak puas hati dan benci rakyat kepada kerajaan. Kepada seluruh rakyat Malaysia selidikilah sekiranya kamu di datangi cerita cerita yang masih belum diketahui kebenarannya supaya kamu tidak melakukan kerosakan kepada diri dan agama mu.
Post a Comment