Nampak sangat seperti terdesak,apabila Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim terpaksa
menggunakan isu Islam sebagai modal untuk menarik simpati para pengundi.Dia yang
berkata demikian ketika program kempennya mengatakan ingin mengembangkan
agama Islam sekiranya berjaya memenangi kerusi Dun Kajang.Dia turut mengatakan,ia kerana majoriti penduduk Kajang berbangsa Melayu dan
beragama Islam iaitu seramai 48 peratus,manakala 41 peratus kaum Cina dan
selebihnya orang India.Persoalannya ialah,apakah selama ini ajaran Islam tidak berkembang di Selangor
khususnya Kajang ??? Apakah hanya dengan kemenangan Anwar sahaja,ajaran Islam
akan berkembang ???
Mungkin Anwar merasakan selama ini semua penduduk Islam di Kajang terutama
tokoh dan ilmuwan Islam GAGAL memainkan peranan yang sewajarnya sehingga
memaksanya untuk mengambil alih peranan tersebut.Sekiranya ia ingin dijadikan sebagai hujah,bagaimana pula dengan tempat-tempat
yang TIDAK ditandingi oleh Anwar ??? Dan sekiranya populasi penduduk di jadikan
sebagai kayu pengukur,bagaimana pula dengan kawasan yang mempunyai populasi
Islam melebihi 60 peratus atau di bawah 40 peratus ???
Sebagai seorang yang beragama Islam,kita dituntut untuk sentiasa bersangka baik
terhadap niat seseorang.Mungkin Anwar memang betul-betul ikhlas dengan kenyataan
tersebut.Namun bagaimana pula dengan kenyataan Anwar sebelum ini yang dilihat begitu
cenderung menyokong ideologi pluralisme ??? Bukankah pendirian dan fahaman yang
mengatakan semua agama itu sama, amat bertentangan dengan ajaran Islam ??? Sebagai contoh,Anwar ketika menyampaikan ucapan di London School of Economics
(LSE) pada 18 Mac 2010 pernah menyatakan sokongan terhadap fahaman tersebut.
Di dalam ucapan tersebut antara lainnya mengakui fahaman The Transcendent
Unity of Religions melalui konsep universal sufism (satu kebenaran banyak
jalan),KONSEP KESAMARATAAN AGAMA,menafikan konsep benar dan sesat,terpengaruh dengan faham Falsafah Abadi (Perennial Wisdom) serta Kesatuan
Metafizik (Metaphysical Unity).
“Today,freedom of religion without which there can be no
religious pluralism,is an entrenched constitutional liberty in the
established democracies.As such,favouring one religion over another
or granting it a position at the expense of others may be considered as
being against the spirit of religious pluralism.Yet this still happens even
in certain established democracies in Europe while in the Middle East and
in Southeast Asia this ambivalence has been virtually taken for granted
until recently”. (LSE London, Mac 2011) Selepas itu,Institut Kajian Dasar (IKD) yang merupakan sebuah badan pemikir kepada
Anwar juga banyak menerbitkan buku-buku yang dianggap ‘bahaya’ kerana sering
mempromosikan fahaman Liberal-Pluralisme.
Kesimpulannya ialah,Anwar sedar rakyat khususnya pengundi di Kajang telah mula
muak dan jijik dengan semua pembohongan yang di lakukan sebelum ini.Tambahan
pula pilihan raya kecil Kajang ini bukannya untuk memperjuangkan isu rakyat,tetapi
lebih kepada untuk memenuhi nafsu politik Anwar untuk menjadi Menteri Besar di
Selangor.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
biasa lah bang non perangai mme mcm tu...lepas berucap di gereja belasah orang islam dan melayu esok hari nya dia nak nutralkan semula kenyataannya untuk memenangi hati orang malayu dan islam....melayu bebal PAS saja yang suka cara tu...kajang oh kajang nasib ko la...dapat pemimpin sial mcm tu....
Post a Comment