Social Icons

Pages

Wednesday, February 12, 2014

#PRKKAJANG !!! #ANWARIBRAHIM MULA KEMPEN DAN HARAP UNDI MELAYU !!! INI SEMUA DRAMA !!!


Anwar Ibrahim telah menggerakkan langkah awal di kawasan-kawasan peti undi Melayu walaupun tempoh kempen yang sah belum lagi bermula.Seperti biasa wayang 'plain-folks' akan ditayangkan bagi mempertontonkan kezuhudan peribadi.Nawaitu tersirat adalah kebimbangan Anwar terhadap pengundi Melayu yang mungkin akan menjejaskan jumlah majoriti,sekaligus menempelak kredibilitinya selaku pemimpin nomero uno dalam PR.Anwar sedar jumlah peratusan keluar mengundi dalam PRK akan berkurangan berbanding jumlah pengundi PRU13 lalu,namun persepsi tetap dilihat kepada jumlah majoriti bukan peratusan majoriti.Kerana itulah Anwar terpaksa turun dan 'bersandiwara' habis-habisan di sekitar kawasan Melayu di DUN Kajang bagi memastikan jumlah undi dan majoriti yang akan dimenanginya lebih banyak dari jumlah majoriti calon PKR dalam PRU13 lalu.BN tidak perlu mensasarkan kemenangan di PRK Kajang kerajaan negeri tidak akan berubah meskipun berjaya merampas DUN Kajang.Cukuplah BN memasuki gelanggang dengan harapan untuk mengurangkan majoriti yang dimenangi oleh PKR pada PRU13 lalu...

ITU SUDAH CUKUP UNTUK DIISYTIHARKAN SEBAGAI SEBUAH KEMENANGAN !!!

APA KATA ANWAR IBRAHIM KEPADA SPR ???

Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana menegur tindakannya memulakan kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang lebih awal sebelum tempoh yang dibenarkan.Malah Ketua Pembangkang itu seperti biasa mendakwa suruhanjaya berkenaan sebagai ejen Umno ekoran daripada teguran berkenaan. 

"SPR ejen Umno.Mereka hanya tonton TV3. Mereka tak tonton TV1, TV2," katanya. 

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Yayasan Keamanan Sasakawa,Jiro Hanyu yang datang ke Malaysia untuk memohon maaf diatas insiden beliau dihalang memasuki Jepun pada 19 Februari lalu.Anwar turut mengelak untuk mengulas lanjut beberapa dakwaan beliau berkempen sebelum hari penamaan calon yang ditetapkan pada 11 Mac depan.

"Saya tak nak layan dakwaan-dakwaan ini.Saya ingat lepas ini lebih ramai 'tokoh-tokoh' baru muncul," katanya.

Pada Isnin,Pengerusi SPR,Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata mana-mana pihak yang memulakan kempen sebelum hari penamaan calon boleh dikenakan tindakan oleh pihak polis dan didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012. "Kempen bermula selepas penamaan calon dan berakhir pada 22 Mac jam 12 tengah malam. Kempen pilihan raya sebelum tarikh itu adalah tidak dibenarkan," katanya. 

Anwar yang juga Ketua Umum PKR didakwa mengadakan beberapa siri ceramah sejurus diumumkan sebagai calon PRK DUN Kajang,baru-baru ini.Kerusi DUN tersebut kosong berikutan peletakan jawatan mengejut wakil rakyat PKR,Lee Chin Cheh pada 27 Januari lalu.Walaupun Anwar sering menuding jari terhadap SPR kerana didakwa tidak telus,Penasihat Ekonomi Selangor itu memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Mei tahun lalu.

SIKIT-SIKIT SALAH SPR DAN UMNO !!!

ITU JERRR ANWAR IBRAHIM MAMPU JAWAB ???

KALAU SPR TAK TELUS KEPADA JADI AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH ???

KENAPA PR DAPAT 3 NEGERI !!!

INI SEMUA DRAMA !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates