Social Icons

Pages

Wednesday, February 19, 2014

#PRKKAJANG !!! APA KATA #BN TAKYAH BERTANDING !!! NAK TAU KENAPA ??? WAJIB BACA !!!


Pilihanraya Kecil Kajang yang bakal berlangsung bolehlah dianggap sebagai simbol kegagalan PR menterjemah demokrasi.PRK ‘yang tidak perlu’ itu membuktikan bahawa PR adalah sebuah parti yang tidak bertanggungjawab dan sanggup membelakangkan pilihan rakyat bagi memenuhi percaturan politik peribadi seorang pemimpin tertinggi.Pilihanraya,tidak kira kecil atau besar,bukanlah satu perjudian atau permainan untuk merebut kuasa.Pilihanraya adalah platform bagi membolehkan pentadbiran dijalankan dengan sempurna untuk kesejahteraan rakyat.Tindakan ADUN Kajang meletak jawatan tanpa sebab konkrit,semata-mata untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim mengatur langkah politik,secara langsung menjadikan segala slogan perjuangan PR berkenaan demokrasi,integriti,ketelusan dan kepertanggungjawaban tidak ada erti sama sekali.    

PR kini tidak layak lagi bercakap mengenai nilai murni mahupun moral dalam sesebuah pentadbiran kerajaan.Berdasarkan hakikat ini,Barisan Nasional punya pilihan untuk turut bermain permainan yang dimulakan oleh PR atau hanya menjadi pemerhati.Namun,sebagai sebuah parti yang bertanggungjawab,adalah lebih baik jika BN menjauhkan diri dan mengelak dari turut sama mempermainkan rakyat.Antara yang dikatakan akan bertanding di Kajang ialah S Nallakaruppan di bawah tiket MIUP iaitu sebuah parti mesra BN,Yuktes Vijay iaitu bekas pembantu peguam Anwar Ibrahim dan juga seorang calon dari MCA memandangkan Kajang merupakan kawasan ‘tradisi’ parti itu.Selain itu,Zaid Ibrahim juga dikhabarkan akan turut bertanding.Yuktes dan Nalla diketahui sebagai ‘menyimpan’ berbagai rekod buruk mengenai Anwar.Pencalonan mereka pasti akan mendedahkan lebih banyak kisah-kisah hitam Anwar yang mungkin masih ada yang belum tahu.      

Walaubagaimanapun,adalah tidak adil kepada rakyat Kajang jika PRK itu dijadikan pentas untuk Anwar bersilat menepis serangan terhadapnya.Lagipun,kita tahu bahawa sememangnya inilah yang Anwar inginkan iaitu untuk membuat persembahan pencak silat di atas pentas,mencari publisiti,menonjolkan diri dan meraih simpati.Dalam kita melayan karenah Anwar,kita tidak harus tersasar dari objektif sesebuah PRK.Perlu diingatkan bahawa PRK bukanlah berkenaan dengan individu, tetapi berkenaan rakyat.Yang diperjudikan di sini bukan nasib Anwar, tetapi nasib penduduk Kajang.Sedangkan Permatang Pauh juga Anwar tidak dapat memberi masa,sehinggakan terjadinya kes penemuan daging khinzir di masjid berhampiran kawasannya pun Anwar tidak mampu memberi sebarang komen,apatah lagi memulihkan ketegangan di dalam masyarakat setempat.Maka,apakah masyarakat di Kajang masih boleh mengharapkan beliau untuk memberi khidmat bakti ???   

Senarai calon-calon yang dikatakan akan bertanding mengukuhkan lagi pendapat bahawa PRK ini adalah mengarut sama sekali kerana jelas ia merupakan satu pertandingan yang berkisar mengenai Anwar Ibrahim semata-mata,sementara Zaid Ibrahim menempek di belakang menumpang publisiti murahan.Jika BN turut sama ‘bermain masak-masak’ dengan mereka ini,maka dibimbangi lebih banyak wang rakyat yang akan dibazirkan.Untuk PRK Kajang,SPR dijangka menggunakan dana sehingga RM1.5 juta.Itu belum lagi dikira perbelanjaan untuk mengawal keadaan oleh PDRM.Sekiranya BN bertanding,maka dikhuatiri,parti akan perlu mengumumkan beberapa peruntukan baru di samping program-program kemasyaratakan bagi memenuhi aktiviti kempen.Semua ini pasti memakan belanja yang banyak.Justeru,adalah lebih baik jika BN tidak bertanding dan membiarkan sahaja Anwar dan bekas-bekas kuncunya serta bekas sahabatnya bertanding sesama sendiri.Biarkan Anwar berhempas pulas membela diri sehingga menggadai maruah agama dan bangsa demi publisiti.BN tidak perlu merendahkah diri ke tahap PR dengan terlibat dalam pertandingan yang membazir dan mengarut ini.Kukuhkan imej BN di mata rakyat sebagai parti yang bertanggungjawab,matang dan serius dalam menghulurkan khidmat.ini adalah pandangan saya,terpulang kepada pemimpin atasan untuk memikirkan mana yang baik dan mana yang buruk

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

aku melayu rasis said...

saya stuju. Biarkan mereka bergasak sesame sendiri. BN kalau tak mahu jd "be-end" sila jauhkan diri dr kajang.
Cuma saya harapkan, biarlah calon-calon yang menentang al juburi itu bersatu bukan berjuang atas kepentingan masing2.

 
 
Blogger Templates