Politik Malaysia hari ini menyaksikan perpecahan yang kronik di kalangan majoriti
Melayu.Keadaan ini menjadikan kaum bukan Melayu sebagai penentu undi dalam
pilihanraya.Oleh yang demikian,pemimpin politik dilihat berlumba-lumba untuk
mengambil hati bukan Melayu melalui berbagai cara.Akibatnya politik Malaysia kini sudah sampai di tahap paling hina apabila parti-parti
politik sanggup berbuat apa saja untuk menang.Sensitiviti kaum dan agama dimainkan
tanpa sedikit pun rasa tanggungjawab.Soal isu sensitif mampu membawa kepada
huru-hara dan pertumpahan darah sudah tidak dipedulikan lagi.Parti pembangkang pastinya lebih bebas untuk memainkan isu sensitif kerana mereka
tidak perlu bertanggungjawab ke atas kelamatan negara dan juga rakyat.Malah
mereka lebih suka sekiranya berlaku ketegangan kerana ia akan memudahkan mereka
menyalahkan kerajaan.Bersandarkan strategi ini,parti DAP terutamanya,dilihat begitu giat mengerahkan
jentera sibernya dan juga rangkaian penyamarannya dalam bentuk NGO dan juga wakil
agama untuk melakukan provokasi terhadap orang-orang Melayu-Islam.
Pemimpin
mereka juga dilihat sengaja ‘menjolok’ orang-orang Melayu dengan dengan berbagai
isu,termasuk Kalimah Allah,isu Injil berbahasa Melayu dan juga penghinaan rambang
terhadap agama Islam dan juga Raja-raja.Setiap kali orang Melayu bangkit membela agama dan Raja-raja yang dihina,mereka
akan dituduh oleh DAP sebagai orang-orang UMNO yang rasis.Matlamat pembangkang adalah untuk meraih 100% sokongan bukan Melayu di
samping meniupkan prasangka terhadap kerajaan Melayu.DAP begitu yakin
orang-orang Melayu yang menolak UMNO akan terus bersama PR biarpun parti itu
menggadaikan maruah Melayu dan Islam.Ternyata perkiraan mereka tidak meleset apabila pada 16 Februari lepas A.K.A semalam,kepada yang pergi kempen dan melihat
Anwar Ibrahim terhegeh-hegeh masuk ke Gereja Holy Family,Kajang untuk berkempen
meraih undi bukan Islam dalam menghadapi PRK Kajang.Tujuan Anwar adalah tidak
lain tidak bukan untuk ‘menyenangkan hati’ masyarakat Kristian yang kini giat menuntut
penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam Injil berbahasa Melayu. Dalam ceramah tersebut,
Anwar menonjolkan sifat terbuka mengenai isu itu dan juga terbuka terhadap semua
agama.
Apa yang hadirin di Gereja Holy Family tidak tahu ialah,dalam ceramah Anwar di
Kompleks Penghulu Batu 10 Jalan Cheras,Kajang pada 12 Februari sebelum itu,di
hadapan orang-orang Melayu,Anwar meyakinkan orang-orang Melayu yang kalimah
Allah hanya milik Islam dan beliau sebagai pemimpin PR tidak akan membiarkan
penganut lain menggunakannya sewenang-wenangnya.Tindakan Anwar berkempen di gereja berjaya menggembirakan bukan
Islam.Kononnya,tindakan Anwar adalah lambang ‘kesederhanaan’ yang
sebenar.Blog dan portal milik pembangkang menjadikan Anwar sebagai ‘harapan’ ke
arah perpaduan rakyat Malaysia.Persoalannya,apakah pemimpin Islam perlu masuk ke gereja merendahkan diri di
hadapan bukan Islam maka barulah ‘perpaduan’ sebenar dapat dicapai ??? Apakah dengan menonjolkan pendirian berbeza di pentas yang berlainan merupakan
contoh ‘kesederhanaan’ mengikut penilaian pembangkang ???
Hakikatnya,sejak dari mula lagi,Anwar sentiasa terbuka dengan penggunaan kalimah
Allah oleh penganut Kristian.Malah,PAS juga pada satu ketika, turut menyebelahi
Kristian sehinggakan kerajaan pimpinan UMNO dikecam hebat kerana menghalang
pengedaran 35,100 Injil berbahasa Melayu yang masuk melalui pelabuhan Klang.Justeru,ceramah Anwar di hadapan orang-orang Melayu kononnya beliau akan
mempertahankan kalimah ‘Allah’ merupakan satu penipuan semata-mata -
sebagaimana beliau telah menipu mengenai tidak akan bertanding di Kajang mahupun
sebagaimana beliau menipu akan menjadi Perdana Menteri pada 16 September suatu
ketika dahulu, atau mengenai tidak pernah meliwat sesiapa.
Dengan berceramah di gereja,kini pihak Kristian,orang-orang bukan Islam,kumpulan
ekstremis Cina dan golongan liberal semakin yakin yang Anwar merupakan seorang
calon yang paling tepat untuk dinobatkan sebagai pemimpin boneka mereka.Sudah tentu pengiktirafan itu tidak akan diberikan jika Anwar dilihat tidak mampu
menunaikan segala permintaan mereka. Sudah tentu mereka tidak akan memuji Anwar
sebagai ‘harapan perpaduan’ jika Anwar komited untuk menjaga kedaulatan agama dan
bangsa sebagaimana pemimpin UMNO.Sudah tentu mereka tidak akan mengiktiraf
Anwar sebagai ‘sederhana’ jika Anwar juga setegas pemimpin UMNO mempertahankan
kalimah ‘Allah’ Berdasarkan hakikat ini,fikirkanlah apakah untungnya kepada umat Islam jika Anwar
dilantik sebagai wakil Kajang,Menteri Besar Selangor mahupun Perdana Menteri
Malaysia ???? Apakah hasilnya ceramah Anwar di gereja kepada orang-orang Melayu dan
Islam ??? Apakah benar Anwar mampu mengukuhkan perpaduan melalui ceramah
tersebut ??? Atau hanya memperkukuhkan kedudukan penentang Islam, di samping
melemahkan lagi kedudukan Islam ???
Anwar boleh saja menyeru kepada perpaduan tanpa perlu ke gereja jika benar
beliau tidak terdesak untuk membuktikan kepada DAP yang beliau sentiasa bersama
mereka.Apa yang berlaku menunjukkan yang Anwar kini sudah lebih dari terdesak
dan berada betul-betul di bawah tapak kaki DAP dalam perjuangannya untuk merebut
kuasa. Untuk umat Melayu-Islam,ingatlah,DAP tidak akan sekali-kali memuji Anwar,jauh sekali mengangkat beliau sebagai Ketua sekiranya mereka tidak mampu
menguasainya.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment