Social Icons

Pages

Tuesday, February 18, 2014

FAKTA !!! #PEMBANGKANG PERHEBAT STRATEGI BARU SERANG ISLAM DAN KAUM MELAYU


Kes-kes penghinaan terhadap bangsa Melayu dan Islam di negara ini terus berterusan hasil gerak kerja pakatan pembangkang.Setiap hari ada sahaja kes tangkapan oleh polis terhadap mereka yang memaki hamun serta mencaci cerca samada raja-raja Melayu,Islam mahupun orang Melayu.Komen-komen yang penuh dengan rasa benci,marah dan penghinaan ini memenuhi ruang siber di jaringan sosial seperti facebook,tweeter,blog serta komen-komen di bawah sesuatu artikel di dalam internet.Terbaru seorang perempuan India berusia 27 tahun ditahan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan yang menghina Sultan Selangor di dalam halaman facebooknya.Ini bukan perkara baru malah bermula sejak Anwar Ibrahim dibebaskan dari Penjara Sg Buloh pada 2004.Dalam usaha untuk melawan UMNO dan Barisan Nasional,Anwar menyekutukan PKR dengan Pas dan Dap dalam satu pakatan pembangkang. 

Pada ketika blog menjadi kegilaan masyarakat untuk menulis apa sahaja yang mereka terfikir mengenai sesuatu isu samada politik,agama,sosial dan sebagainya.Pembangkang mengguna peluang ini untuk menyebarluaskan pengaruh dan pemikiran mereka secara agresif.Melalui pasukan siber,mereka mempengaruhi minda rakyat dengan penulisan yang penuh dengan unsur fitnah dan tohmah.Rakyat termakan dengan cerita rekaan Anwar dan pembangkang mengenai isu rasuah,penyelewengan dan pembaziran serta gaya hidup mewah pemimpin kerajaan.Hasilnya pada Pilihan Raya Umum 2008,BN kehilangan lima negeri termasuk Kelantan.Selepas menawan Selangor,Pulau Pinang,Kedah dan Perak (untuk seketika),pembangkang memperhebatkan lagi strategi dan propaganda mereka menyerang kerajaan.Kini jaringan sosial seperti facebook dan tweeter sudah muncul dan mereka mengeksploitasi landasan sosial baru ini dengan sepenuhnya.Kali ini mereka tidak berhenti memainkan isu rasuah dan penyelewengan tetapi memgembangkan serangan mereka meliputi sosok peribadi raja-raja Melayu,menghina orang Melayu dan Islam secara terang-terangan dan lebih berani atau 'daring'

Di samping organisasi-organisasi bukan kerajaan seperti Bersih yang didokong olen pertubuhan Yahudi antarabangsa menyalurkan dana yang besar untuk menyerang kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Polis DiRaja Malaysia (SPRM), Kementerian Dalam Negeri dan sebagainya.Parti-parti pembangkang pula mengatur strategi untuk menimbulkan keradaan huru hara dan ketegangan dalam negara dengan menganjurkan pelbagai perhimpunan dan demonstrasi untuk menaikkan kemarahan rakyat.Mereka menggunakan isu-isu seperti kenaikan harga minyak dan kos sara hidup, pinjaman PTPTN dan lain-lain isu untuk sengaja menyerang kerajaan walhal dalam setiap isu kerajaan telah mengambil inisiatif dan langkah yang sewajarnya untuk mengatasi apa jua masalah.Pembangkang memilih jalan rusuhan jalanan daripada dialog dan kompromi untuk menjayakan agenda mereka menumbangkan sebuah kerajaan sah yang dipilih secara demokratik.Pembangkang juga menggunakan organisasi sebagai Comango untuk mempertikaikan negara ini sebagai sebuah negara orang Melayu dan Islam sebagai terasnya dengan membawa isu-isu sensitif yang menyentuh kesucian Islam kepada forum antarabangsa. 

Comango berkempen agar masyarakat dunia mengutuk Malaysia kerana mengamalkan syiar Islam dan nilai-nilai serta adat ketimuran.Mereka mahu Malaysia menjadi sebuah negara seperti di Eropah dan Amerika Syarikat di mana perkahwinan sejenis dibenarkan,budaya gay dan lesbian boleh bergerak bebas,fahaman yang merosakkan pemikiran manusia seperti liberalisme juga diajar di sekolah dan institusi pengajian tinggi di negara ini.Ini adalah agenda yang dibawa olen Anwar selepas dibebaskan dari penjara.Tujuan beliau ialah untuk menukar sistem demokrasi dan raja berperlembagaan kepada sistem republik di mana tiada lagi hak-hak istimewa orang Melayu dan Islam tidak lagi menjadi agama persekutuan.Anwar tidak sayangkan bangsa Melayu atau negara ini.Asalkan beliau boleh menjadi perdana menteri,apa cara sekali pun adalah halal baginya. Menjahanamkan bangsa dan agama tidak mengapa bagi Anwar asalkan impian di hatinya tercapai untuk duduk di kerusi empuk di Putrajaya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

3 comments:

Anonymous said...

Dah lama UMNO memerintah, sampai bila nak duduk, sampai hari khiamat ke???????????????????? Mana ada tulis dlm quran bahwa UMNO saja yg boleh memerintah. Dah lama memerintah, bererti rasuah itu banyak dikalangan org2 UMNO sebab dah biasa ambil duit. Tak pernah aku tengok org2 berkerja secara jujur.

Anonymous said...

9.53 tapi perasuah2 amneno tak penah rasmikan pesta babi panggang..diulang BABI BABI BABI PANGGANG atas nama pesta coklat.
EXCO AGAMA ISLAM DIULANG EXCO AGAMA ISLAM RASI PESTA BABI KAT MANA?

Anonymous said...

Hi 9:53 baik sangat lah beruk beruk yang di sebelah sana tu, tiada rasuah ke? tiada main betina ke?tiada songlat duit derma ke? tiada buat fitnah ke? setiap langkah bagai malaikat ke? Silap lah kalau hati busuk berfikiran macan tu. Apa hubungkait Agama, AlQuran dengan parti politik seperti Umno dan sebagainya? Jika tidak kerana Umno dan BN tak tahu apalah nak jadi dengan bumi Malaysia ku yang bertuh ini. Cakap tak semudah menglaksanakannya, tak perlu apa apa bayaran hanya keluar kata kata dan penulisan dari hati naluri yang terpendam, jadi janganlah jadi hipokrit, asyik nak menyalahkan di pihak yang di benci drp menganalisis apa dan kenapa serta punca sesuatu itu terjadi serta sama sama memikirkan cara jalan penyelesaian yang terbaik.

 
 
Blogger Templates