Social Icons

Pages

Wednesday, February 19, 2014

#PRKKAJANG !!! #ISLAM VS #KRISTIAN !!! APA MASALAH #ANWARIBRAHIM NI ???


Telah banyak diperkatakan mengenai kempen Anwar di PRK Kajang yang menyentuh isu kalimah ‘Allah’ dalam ceramah-ceramahnya.Seperti biasa,Anwar membawa hujah yang berbeza berdasarkan kaum yang hadir dalam ceramah berkenaan.Di dalam sebuah gereja Holy Family di Kajang,Anwar memberitahu penganut Kristian bahawa ‘Allah’ adalah nama Tuhan universal dan sekali gus bermaksud tiada salahnya bagi sesiapa dan agama mana pun untuk menggunakan nama yang sama bagi merujuk kepada Tuhan mereka.Namun,di dalam ceramahnya di hadapan orang-orang Melayu di Batu 10 Jalan Cheras Kajang,Anwar menyatakan ‘tidak mungkin pihaknya akan membiarkan agama lain menggunakan nama ‘Allah’ sewenang-wenangnya’.sayaa tidak terkejut dengan isi kandungan ceramah Anwar yang bertentangan kerana beliau sudah mendapat ‘pengiktirafan’ di peringkat antarabangsa sebagai tokoh sesumpah atau talam yang bermuka-muka.Seluruh dunia tahu bahawa Anwar boleh menyokong zionis dan berdiri di belakang Yusuf Qardawi dalam masa yang sama.  

Anwar boleh menjadi pemimpin Islam yang warak dan membela LGBT dalam masa yang sama juga.Justeru,saya tidak hairan jika Anwar boleh mempertahankan kalimah Allah dan menggadaikannya dalam masa yang sama.Apa yang pasti ialah Anwar boleh berkata apa saja kerana beliau belum lagi menang pilihanraya.Anwar boleh berjanji akan menghapuskan hak istimewa bumiputera di hadapan orang-orang Cina tetapi berjanji akan mempertahankannya di hadapan orang- orang Melayu pada masa yang sama kerana beliau belum lagi mempunyai kuasa untuk berbuat apa-apa.Bagaimanapun,kita tidak boleh mengenepikan kemungkinan yang Anwar akan menang dalam PRK Kajang lalu menjadi Menteri Besar Selangor dan mempunyai kuasa untuk berbuat sesuatu.Oleh itu,dengan kenyataan Anwar yang bertentangan,berbeza,berbelit-belit atau samar mengenai isu kalimah Allah,bagaimanakah caranya untuk kita tahu apakah pendirian Anwar sebenarnya ???    

Perlu diingatkan,bahawa sekiranya beliau benar-benar berjaya menjadi Menteri Besar,Anwar tidak mungkin akan dapat meneruskan hujah bertentangan,berbeza,berbelit dan samar mengenai isu ini.Mahu tidak mahu, lambat laun,Anwar perlu membuat keputusan sama ada untuk bertegas agar pihak Kristian akur dengan perintah mahkamah atau agar pihak Islam meredhokan penggunaan nama Allah oleh Kristian.Anwar tidak boleh terus-terusan bersikap talam dua muka sekiranya beliau benar-benar berkuasa.Anwar perlu menunjukkan warna sebenarnya iaitu sama ada beliau seorang liberalis-pluralis atau Islamis-moderat.Apa yang pasti,Islamis-moderat tidak mungkin dapat menerima idea-idea liberalis- pluralis dan begitu juga sebaliknya.Jika Anwar memilih untuk membawa imej liberalis-pluralis maka Anwar perlu memihak kepada Kristian dan membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah.Jika Anwar memilih untuk menonjolkan imej Islam-moderat, maka beliau perlu mempertahankan kalimah tersebut dari disalahgunakan sebagai alat untuk menyebar agama Kristian.Sehingga kini,nampaknya penganut Kristian dan masyarakat bukan Islam, terutamanya kaum Cina begitu yakin yang Anwar menyebelahi mereka.  

Rata-rata media pro- Kristian memuji-muji Anwar.Masyarakat Cina juga,melalui DAP,memberi ‘kelulusan’ kepada Anwar untuk menjadi Menteri Besar Selangor.Anwar diangkat mereka sebagai harapan ke arah perpaduan yang mampu membawa keadilan dari segi menyama- ratakan semua agama di Malaysia.Mereka yakin Anwar akan menyelesaikan isu kalimah ‘Allah’ dengan membenarkan penggunaannya oleh Kristian.Sebaliknya,penyokong Anwar di kalangan orang-orang Islam pula yakin yang Anwar tidak akan menggadaikan nama ‘Allah’ dan bahawa tuduhan tersebut hanyalah mainan politik UMNO.Mereka tidak percaya yang Anwar menyatakan apa yang dikatanya di dalam gereja dan kononnya kenyataan Anwar telah diputarbelitkan oleh UMNO.Mereka yakin yang Anwar akan menyelesaikan isu kalimah ‘Allah’ dengan mempertahankannya dari digunapakai oleh Kristian.    Kedua-dua pihak Kristian dan Islam sama-sama mempercayai Anwar sedangkan Anwar tidak mungkin mempersetujui kedua-dua pihak yang bertentangan. 

Isu kalimah Allah dalam Islam VS Kristian merupakan satu-satunya isu yang tidak ada jalan tengah bagi membolehkan mana-mana politikus mengambil jalan selamat.Anwar tidak boleh tidak,perlu berpihak, dan akhirnya akan terpaksa mengakui yang beliau hanya menipu pihak yang satu lagi.Soalnya,pihak manakah yang tertipu di sini ???   Islam atau Kristian ??? Jawapannya hanya mampu diperolehi setelah Anwar berkuasa dan pada waktu itu,siapa pun yang tertipu akan mendapati bahawa mereka sudah terlambat untuk menghalang Anwar.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates