Kita seringkali mendengar bagaimana Anwar Ibrahim mencabar Najib Abdul Razak untuk berdebat dalam pelbagai perkara.Kita juga sering mendengar bagaimana Anwar Ibrahim mencabar orang itu dan orang ini untuk berdebat atas isu yang dia rasakan mampu dimanipulasikannya dan orang yang dicabarnya pula,bukanlah jenis kaki ceramah sepertinya.Tetapi kita sudah beberapa kali juga mendengar bagaimana Anwar Ibrahim buat-buat pekak badak,buat-buat tak tahu bahkan menolak untuk berdebat dengan beberapa orang yang lain seperti Yuktes Vijay,Nallakaruppan dan terkini,Zaid Ibrahim.Para pecacai dan penyokongnya cuba membina tanggapan bahawa Anwar Ibrahim enggan berdebat dengan mereka ini kerana mereka tidak setaraf dengannya.Anwar Ibrahim kononnya cuma melayan mereka yang setaraf dan berkedudukan lebih tinggi darinya sahaja.Bagaimanapun,sesuatu yang amat pasti ialah, mereka yang ditolak untuk berdebat dengannya adalah mereka yang pernah sangat rapat dan menjadi sandaran Anwar Ibrahim sebelum mereka mengambil keputusan untuk meninggalkannya.
Dalam perkembangan terbaru,pada minggu lepas,Zaid Ibrahim, salah seorang calon yang mewakili fraksi Khalid Ibrahim biarpun bukan lagi ahli PKR,telah mencabar Anwar Ibrahim untuk berdebat dengannya secara terbuka di Kajang.Anwar tidak memberikan sebarang reaksi pada cabaran tersebut pada mulanya.Dia masih cuba untuk meneruskan kaedah senyap sunyi dan pekak tuli seperti yang dilakukannya sebelum ini.Namun semalam ketika berceramah di Taman Delima,Kajang,Anwar Ibrahim akhirnya terpaksa membuka mulut apabila semakin ramai yang mengatakan dia sangat takut kepada Zaid Ibrahim.Anwar Ibrahim menyatakan yang berdebat dengan Zaid Ibrahim tidak wujud dalam programnya.Dia tidak berminat hendak berdebat dengan Zaid Ibrahim.Zaid telah mencabar Anwar untuk berdebat di Kajang supaya Anwar dapat membuktikan mengapa dia lebih layak menjadi Menteri Besar Selangor berbanding Khalid Ibrahim.
Kata Zaid,dia mahu perdebatan tersebut meliputi pelbagai isu termasuklah personaliti,polisi,integriti dan sebagainya.Perdebatan itu juga katanya lagi dapat menjelaskan pelbagai perkara berbangkit dan tidak diketahui oleh ramai orang terutama sekali pengundi-pengundi di Kajang.Spekulasi berhubung tindakan Anwar Ibrahim bertanding di kerusi yang sengaja dikosong oleh penyandangnya atas permintaan dan upah daripada Anwar Ibrahim sendiri timbul ekoran cubaan Anwar Ibrahim mahu merampas jawatan Menteri Besar Selangor daripada Khalid Ibrahim.Pada 25 dan 26 Mac nanti,Khalid Ibrahim bakal berdepan dengan SELCAT kerana memecat Azmin Ali daripada jawatan Pengerusi PKNS. 'Perbicaraan' SELCAT itu merupakan usaha terdesak untuk membuktikan Khalid Ibrahim bersalah dan memaksanya melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor. - Flying Kick
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
2 comments:
apa malaun atas ni mengarut.. btw al jubs xde telur bila buku brtemu ruas.. sama ngan nik aziz bila ulama skola pondok ajak brdebat.. buat pekak badak muka x tau malu jer.. puii
Anwar belom sedar, karier-nya di-penghujong jalan.
Post a Comment