Dalam kesibukan PRK Kajang,dalam kesesakan jerebu,dalam keadaan hospital
kekurangan katil untuk menempatkan pesakit denggi,dalam kesengsaraan akibat
keputusan bekalan air serta dalam keadaan jalan di Selangor berlubang-lubang tidak
diselenggara sejak sekian lama,Menteri Besar Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim dilihat
masih begitu sibuk sekali berpolitik.Sejak dari awal pentadbirannya,Khalid Ibrahim tidak pernah ada masa untuk rakyat
kerana beliau terlalu sibuk mempertahankan diri dari menjadi mangsa kerakusan rakan-
rakan sendiri.Jika beliau ada masa untuk rakyat tentu beliau telah bekerjasama dengan kerajaan
pusat sejak awal dahulu lagi bagi menyelesaikan isu air. Bukannya setelah keadaan
semakin kronik barulah hendak ditandatangani MOU.Menyedari ‘nyawa’ politiknya benar-benar terancam,Khalid semakin ‘aktif melebarkan
sayapnya’ akhir-akhir ini.Baru-baru ini,beliau secara tidak semena-mena membuat
lawatan ke Kelantan walaupun negeri dan partinya berada di dalam keadaan kelam
kabut.
Lawatan ke Kelantan tersebut merupakan lawatan rasmi pertama sejak beliau menjadi
Menteri Besar Selangor.Tujuan lawatan tersebut adalah untuk menandatangani
MOU bagi membangunkan tujuh projek yang melibatkan hab halal,pendidikan agama,pembangunan latihan belia,pembinaan empangan tadahan air,pengembangan sistem
gadaian Islam,pembangunan rangkaian fiber dan juga pengumpulan dan pemasaran
produk Kelantan di Selangor.Sekali imbas,tujuan Khalid tampak murni sekali.Namun,persoalannya,bagaimana
Khalid dapat membantu Kelantan sedangkan Selangor juga tidak mampu diuruskannya
dengan baik ??? dan apakah ikhlas Khalid ingin membantu Kelantan dari segi latihan
belia sedangkan pusat Giat Mara di Selangor juga ditutupnya ??? Bagi mereka yang ‘celik’ politik, pasti tahu bahawa Khalid adalah sinonim dengan
DAP.Segala tindak tanduk Khalid adalah berdasarkan ‘kelulusan’ kalaupun
bukan ‘arahan’ DAP.
Selama Khalid memerintah Selangor,beliau sentiasa memihak
kepada Kristian-DAP,walaupun dalam kes murtad.Selain itu,beberapa tindakan
Khalid seperti dalamisu sewa tapak perniagaan di PKNS dan juga isu penjualan tanah
Yayasan Selangor dilihat sebagai tidak mengambilkira nasib dan kepentingan Melayu.Malah,kenaikan harga hartanah yang melambung tinggi di bawah pentadbiran PKR
juga diragui sebagai berkait rapat dengan kerakusan pemaju dari kroni DAP yang
bermaharajalela tanpa sebarang kawalan dari pentadbiran Khalid.Justeru,apabila Khalid mula ‘memanjangkan langkah’ sehingga ke Kelantan, kita
merasa gusar kalau-kalau Kelantan pula menjadi mangsa kerakusan DAP.Perlu
diingatkan bahawa walaupun kerajaan PAS Kelantan dan PKR Selangor bernaung
di bawah satu pakatan, namun itu bukan penghalang pemimpinnya untuk menikam
sesama sendiri.
Buktinya,kes saman RM2 juta yang memperlihatkan Presiden PAS
berbohong mengenai ADUN PKR dan juga saman Azmin terhadap akhbar milik parti
sendiri,Suara Keadilan yang membabitkan jumlah yang sama.Khalid juga telah mengumumkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden
PKR dalam pemilihan parti yang akan datang.Ini mengesahkan bahawa terdapat
pergolakan yang serius di dalam PKR hari ini yang memaksa Khalid menjadi lebih
agresif untuk menyelamatkan ‘nyawa’nya.Mungkin kini Khalid sedar bahawa beliau tidak boleh mempercayai sesiapa jua di dalam
partinya.Persoalannya,jika Khalid juga tidak mampu mempercayai rakan-rakannya,bagaimana
rakyat dapat mempercayai mereka ???
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment