Social Icons

Pages

Tuesday, March 04, 2014

EKSKLUSIF !!! ADAKAH HUKUM #HUDUD BOLEH DILAKSANAKAN DI MALAYSIA ???


setiap kali pilihanraya pembangkang akan menimbulkan isu ini.apa pun saya ulang sekali lagi isu ini.Ramai yang berpendapat hukum hudud tidak boleh di laksanakan di Malaysia kerana Malaysia adalah sebuah Masyarakat yang berbilang kaum dan agama.Ramai yang percaya hukum hudud hanya boleh di laksanakan setelah orang Islam mempunyai iman yang betul dan kuat.Walaubagaimanapun,ahli PAS mempunyai pendapat yang bertentangan.Mereka berpendapat hukum hudud hendaklah dilaksanakan di Malaysia sekarang,tanpa mengambil kira umat Islam di Malaysia mempunyai iman yang betul dan kuat atau tidak.

Bilakah agaknya semua umat islam di Malaysia mempunyai iman yang betul dan kuat ??? Adakah terdapat sebarang usaha atau kerja bagi orang Islam atau kerajaan Malaysia untuk memperbetulkan dan mengukuhkan keimanan untuk semua umat Islam di Malaysia ??? Adakah benar bahawa apabila umat Islam mempunyai iman yang lemah,kita tidak dapat melaksanakan hukum hudud di Malaysia ??? Bila akan tiba masanya untuk hukum Hudud dilaksanakan di Malaysia ??? PAS berjanji kepada rakyat Malaysia semasa kempen pilihanraya bahawa mereka akan melaksanakan hukum hudud jika PAS di pilih untuk memerintah Malaysia.PAS berjanji apabila mereka di pilih untuk memerintah Malaysia,mereka akan menjadikan Malaysia sebagai Negara Islam.Semenjak PAS menyertai DAP dan PKR,slogan Negara Islam dan hukum hudud telah menjadi lemah dan kini PAS menukar slogan kepada Negara Berkebajikan.PAS menukar slogan kerana mereka mahu memenangi undi dari orang bukan Islam.Selama bertahun- tahun,PAS telah cuba memenangi pilihan raya umum dengan menggunakan slogan Negara Islam dan Hukum Hudud tetapi mereka gagal dan hanya berjaya memerintah Negeri Kelantan. 

Ramai ahli PAS berpendapat bahawa mereka boleh menang pilihan raya umum dan memerintah Malaysia jika mereka menukar slogan tradisional mereka kepada Negara Berkebajikan.Dengan slogan yang baru, PAS bersedia untuk bekerja bersama DAP yang merupakan sebuah parti yang mana bermati- matian menentang konsep Negara Islam dan Hukum Hudud.Apabila Tun Dr. Mahathir merupakan Perdana Menteri Malaysia,beliau berpendapat bahawa Negara Islam yang di cadangkan oleh PAS adalah bukan konsep sebenar Negara Islam seperti yang di nyatakan dalam al- Quran tetapi ini hanya Negara Islam yang di anggap oleh ahli PAS.Negara Islam seperti yang dicadangkan oleh PAS hanya akan membuat Hukum Hudud hanya dikenakan kepada umat Islam dan tidak kepada bukan Islam. Menurut Tun Dr. Mahathir,Islam adalah agama yang menggalakkan keadilan dan kesejahteraan kepada umat manusia keseluruhannya dan jika hukum hudud yang dicadangkan oleh PAS hanya terpakai kepada umat Islam, dan tidak kepada bukan Islam,maka hukuman tersebut adalah tidak adil kepada umat Islam.Sebagai contoh,dalam kes jenayah apabila melibatkan diantara orang Islam dan bukan Islam,menurut hukum hudud yang dicadangkan oleh PAS,hanya orang Islam sahaja apabila terlibat dengan jenayah adalah dikenakan hukum hudud manakala bukan Islam akan di adili mengikut hukum sivil. 

Ini bermaksud,sekiranya seorang Islam ditangkap mencuri,mereka akan di potong tangan tetapi apabila bukan Islam di tangkap mencuri,mereka akan di hukum dengan pemenjaraan atau lain-lain bentuk hukuman.Tun Dr. Mahathir mengatakan,sekiranya Hukum Hudud seperti yang dicadangkan oleh PAS dilaksanakan di Malaysia,kita akan jumpa ramai orang melayu yang merupakan orang Islam akan mempunyai tangan yang dipotong dan sementara bukan Islam terlepas dari hukuman tersebut.Menurut Tun Dr. Mahathir,ini adalah tidak adil dan menurut beliau lagi,sebarang bentuk ketidakadilan adalah bukan Islam.Apa yang Tun Dr Mahathir ingin cuba untuk menerangkan bahawa beliau tidak menentang hukum hudud jika sekiranya dilaksanakan menurut ajaran Islam yang sebenar.Tun Dr. Mahathir mendakwa bahawa Islam terjemahan PAS adalah bukan Islam yang sebenar.Walaupun Tun Dr Mahathir tidak bersetuju dengan Islam terjemahan PAS,namun hingga sekarang,Tun Dr Mahathir belum menerangkan terjemahan Islam yang dikatakan sebagai Islam sebenar.Ahli PAS begitu marah dengan Tun Dr. Mahathir dan beberapa ahli PAS menganggap Tun Mahathir telah menjadi kafir dan mereka memanggil beliau dengan nama samaran iaitu ‘MahaFiraun’.PAS memerintah Negeri Kelantan selama 20 tahun dan selama 20 tahun pentadbiran,PAS telah gagal untuk memerintah Kelantan dengan perlaksanaan undang-undang Islam atau Hukum Hudud.Semasa Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri,PAS menyalahkan Tun Mahathir kerana tidak membenarkan mereka melaksanakan Hukum Hudud.Tetapi sekarang,walau Tun Mahathir telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia sejak 2003 tetapi sehingga sekarang,Kelantan masih tidak buat keputusan untuk melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan.Walaupun pada zahirnya PAS tidak bersetuju dengan Tun Mahathir tetapi dengan melihat tindakan mereka ke atas Negeri Kelantan,seolah-olah sedikit sebanyak PAS bersetuju dengan pendapat dari Tun Mahathir. 

Antara negeri-negeri di Malaysia,Kelantan mempunyai peratus yang tinggi dari orang yang mati akibat jangkitan dan sexsual berkaitan dengan HIV dan Kelantan merupakan kadar tertinggi penceraian dan kadar tertinggi umat Islam yang ingin menukar ke agama lain.Apa dah jadi dengan Negeri Kelantan di bawah pemerintah PAS ??? PAS merupakan sebuah parti Islam dan Menteri Besar Kelantan sebelum ini adalah Tuan Guru Nik Abdul Aziz,seorang Ulama yang tahu agama di Malaysia.Semua ahli PAS menghormati beliau dan beberapa orang percaya bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak akan pernah membuat sebarang kesilapan dan beliau adalah kekasih Allah.Ramai ahli PAS percaya bahawa apa sahaja yang dikatakan oleh Tuan Guru mestilah benar dan perlu diikuti oleh semua ahli PAS.Walaupun diterajui oleh seorang yang bergelar sebagai ulama yang mewakili gelaran Parti Islam, tetapi terdapat lebih ramai orang Kelantan dijangkiti dengan penyakit dan kematian akibat HIV.Ramai orang Kelantan berseronok dengan perempuan yang telah dijangkiti AIDS di negara jiran iaitu Thailand.Thailand adalah jiran bagi Kelantan dan pelacuran adalah merupakan perniagaan secara terbuka yang beroperasi di Thailand.Tuan Guru Nik Aziz telah gagal dalam mengajar rakyat Kelantan tentang bagaimana hendak meningkatkan iman dan bagaimana hendak mengelakkan diri daripada terjatuh ke dalam perangkap Syaitan. 

Setiap minggu,Tuan Guru Nik Aziz mengajar agama Islam kepada orang Kelantan dan mungkin hanya segelintir daripada mereka yang mendapat faedah daripada pengajaran yang diberikan,manakala selebihnya tidak mendapat faedah dari beliau sepenuhnya.Sekiranya Hukum Hudud dilaksanakan kepada orang Islam di Kelantan,menurut Tun Mahathir,ramai akan direjam sehingga mati dan dipotong tangan.Saya fikir sama ada PAS atau Tun Mahathir tiada mengetahui bagaimana hendak melaksanakan Hukum Hudud.Kedua-dua parti berada dalam kegelapan tentang bagaimana hendak melaksanakan Hukum Hudud di Malaysia.Kedua- duanya tidak menentang Hukum Hudud.Kedua-dua parti bersetuju bahawa Hukum Hudud datang dari Allah dan kita hendaklah melaksanakan undang-undang hudud tetapi menurut Tun Mahathir kita hendaklah melakasanakan dengan keadilan atau keadilan kepada orang Islam dan bukan Islam.Biar saya memberitahu anda dan sesiapa yang membaca artikel ini bahawa semua perintah Allah datang dari Allah bermaksud hanya orang yang mempunyai iman yang kuat kepada Allah (beriman) dan bukan kepada mereka yang mempunyai iman yang tidak kuat kepada Allah. Ramai yang setelah mengucap Dua Kalimah Syahadah,belum lagi menjadi beriman atau muslim atau mukmin.Ramai yang telah mengucap Kalimah Mulia dan hanya mengucap Kalimah Mulia di mulut mereka dan Kalimah Mulia belum masuk lagi ke dalam hati. Hanya mereka yang telah mengucap Kalimah Mulia dari hati adalah dipanggil beriman atau muslim atau mukmin.Kebanyakan orang telah mengucap Kalimah Mulia dengan mulut dan bukan dengan hati dan mereka hanya boleh di panggil sebagai telah memasuki Islam atau masuk Islam atau orang Islam dan sebenarnya mereka bukan Muslim atau Beriman atau Mukmin. 

Hanya Muslim atau Mukmin sahaja bersedia mentaati segala perintah Allah di dalam Quran.Hanya Allah yang Maha Esa sahaja boleh memasukkan Kalimah Mulia kedalam hati kita dan Allah akan masukkan apabila Allah suka pada kita dan Allah hanya akan suka apabila kita mentaati segala perintah Allah bermula dengan perintah pertama dari Allah.Apakah perintah pertama dari Allah ??? Perintah pertama dari Allah adalah bahawa seseorang mestilah mengucap dan menunaikan hak dua kalimah syahadah. Apakah yang dimaksudkan dengan menunaikan hak dua kalimah syahadah ??? Mengajak kebaikan dan mencegah kemungkaran dan mungkar besar yang dilakukan oleh manusia adalah mereka tidak mahu menerima kebenaran bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah dan mengajak mereka kepada kebaikan dengan mengajak (dakwah) mereka untuk menerima dan mengucap dua Kalimah Syahadah.Sebaliknya mungkar besar yang dilakukan oleh yang telah mengucap dua kalimah syahadah adalah mereka tidak menunaikan hak dua kalimah syahadah dan mereka tidak mengerjakan solat yang wajib iaitu lima waktu.Mengajak kebaikan kepada mereka ini dengan mengajak mereka mengamalkan kerja dakwah dan melaksanakan solat setiap hari lima waktu.Secara umumnya ramai yang telah mengucapkan kalimah mulia di seluruh dunia tidak menunaikan hak kalimah mulia dan Allah murka dengan mereka dan walaupun mereka telah mengucap kalimah mulia sejak dari kecil, kini kalimah mulia masih tetap di mulut dan bukan di dalam hati mereka. Ramai yang telah mengucap dua kalimah syahadah adalah masih orang Islam dan bukan berstatus Muslim atau Mukmin.Orang Islam tidak akan bersedia menerima hukuman hudud dan jika mereka di beri pilihan,mereka akan memilih undang-undang sivil dan bukannya undang-undang hudud. 

Kita boleh melaksanakan Hukum Hudud di Malaysia dengan memberi penjenayah pilihan untuk memilih samaada Hukum Hudud atau Hukum Sivil.Hukum Hudud adalah untuk orang beriman atau muslim yang memilih di dunia untuk dihukum di bawah Hukum Hudud supaya mereka tidak dihukum di Akhirat.Orang Islam dan bukan Islam sudah tentu akan memilih hukum sivil kerana mereka tidak takut pada Allah dan hukuman di akhirat.Di Malaysia kita perlu ada dua mahkamah yang menjalankan Hudud dan Sivil manakala penjenayah perlu di beri pilihan sama ada untuk di adili di Mahkmah Sivil atau Mahkamah Hudud. Dalam Islam tiada paksaan untuk mentaati perintah Allah.Kerajaan tidak seharusnya memaksa rakyat untuk menjadi Muslim atau mentaati perintah Allah. Kerajaan hanya menggalakkan rakyat untuk menjadi Muslim dan mentaati perintah Allah dan menyediakan sistem untuk menggalakkan rakyat memeluk Islam dan mentaati perintah Allah.Islam menggalakkan keadilan dan Allah tidak akan membebankan perintah-Nya untuk di taati sekiranya kita tidak mampu menanggungnya. Untuk membolehkan kita mentaati segala perintah Allah,Allah telah memberikan kita Perintah Pertama dari Allah dan jika sekiranya orang Islam taat pada Perintah Pertama dari Allah dan empat Rukun Islam yang lain (Rukun Islam),Allah akan memberikan mereka iman yang kuat dan akan membolehkan mereka menjadi Muslim atau Mukmin.Apabila seseorang telah menjadi Muslim atau Mukmin, mereka akan bersedia untuk di adili di Mahkamah yang menjalankan Hudud bukannya Mahkamah Sivil kerana takut pada Allah dan hukuman di akhirat.Satu persoalan yang menarik.Adakah Haji Hadi atau Tuan Guru Nik Aziz dan semua ahli PAS yang bersungguh-sungguh inginkan Undang-undang Hudud akan memilih Mahkamah yang melaksanakan Hukum Hudud jika sekiranya mereka terlibat dalam tuduhan jenayah ???

saya minta maaf sekiranya saya terkasar bahasa dalam artikel ini,saya hanya menjelaskan apa yang berlaku.terpulang pada anda untuk menilai semua ini.adakah piliharaya akan datang pembangkang terutamanya PAS menimbulkan isu ini sekali lagi ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates