Social Icons

Pages

Friday, March 21, 2014

EKSKLUSIF !!! ANTARA #MH370 #PRKKAJANG DAN #ZUNAR !!! APA KAITANNYA ??? WAJIB BACA !!!


Ketika negara sedang berdoa untuk MH370,akhbar Washington Post merasakan yang ianya kelakar untuk menyiarkan kartun Zunar,yang mengkritik Perdana Menteri Malaysia sebagai lemah kerana masih belum dapat mencari pesawat yang hilang itu walaupun setelah dua minggu.Sikap tidak sensitif dan jahil Zunar tidaklah mengejutkan rakyat Malaysia memandangkan beliau merupakan kartunis pro-Pakatan yang tegar.Kartun Zunar adalah contoh terbaik pemikiran pembangkang Malaysian yang gemar mempolitikkan apa saja termasuklah nyawa manusia.Sejak dari hari pertama pesawat tersebut hilang, pembangkang telah mencuba sedaya upaya untuk mengalihkan perhatian media kepada mereka.Malah,Anwar Ibrahim juga telah diwawancara oleh CNN seolah-olah beliau merupakan satu karektor yang signifikan dalam kehilangan MH370.Tumpuan media terhadap Anwar bagaimanapun,tidak meliputi PRK Kajang yang bakal berlangsung beberapa hari sahaja lagi.Ia juga tidak menyentuh secara terperinci mengenai kekalahannya dalam rayuan kes liwat baru-baru ini.Walaupun Anwar yang ‘mencipta’ PRK Kajang,tetapi beliau kini seolah-olah mengabaikan terus PRK itu.Jika dilihat dari media utama pembangkang,termasuk blog-blog peribadi pemimpin PR,mereka nampaknya langsung tidak berminat dengan Kajang.  

Nampaknya segala pembaziran yang berlaku akibat terpaksa mengikut nafsu Anwar dengan mengadakan pilihanraya kecil,kini sia-sia belaka.Hari ini,jelas kelihatan yang calon BN,iaitu Chew Mei Fun pula yang bersungguh- sungguh ingin berkhidmat untuk rakyat Kajang,sedangkan Wan Azizah kelihatan kebingungan dengan apa yang berlaku.Ini membuktikan bahawa sehebat manapun politik Anwar,beliau tidak mampu melawan takdir.Apa yang dirancang hanya boleh berlaku dengan izin Allah SWT.Anwar mungkin melihat Kajang sebagai platform untuk beliau ‘membela diri’ dari kes liwat tetapi rancangannya untuk menarik perhatian rakyat gagal apabila MH370 hilang.Anwar kemudiannya melihat peluang untuk menjadikan MH370 sebagai modal politik apabila juruterbang dikenalpasti sebagai penyokong fanatiknya dan juga mempunyai talian persaudaraan dengan menantunya.Namun,kartun Zunar di Washington Post telah merosakkan segala-galanya kerana ia menyerlahkan sifat tidak sensitif pihak pembangkang sekali gus memperlihatkan kerakusan Anwar berpolitik.Mungkin Zunar atau Anwar merasakan kartun memperlekehkan usaha Datuk Seri Najib sebagai lucu, namun umum tahu bahawa Datuk Seri Najib telah melakukan segala- galanya yang termampu untuk mencari MH370.    

Habis seluruh pakar dan aset tercanggih di dunia di bawa ke Malaysia.26 negara semuanya kini bekerja secara berpasukan untuk mencari pesawat tersebut.Sekiranya Zunar atau Anwar ataupun Washington Post sendiri ingin memperlekeh Datuk Seri Najib maka mereka perlu terlebih dahulu memperlekeh kesemua 26 negara termasuklah pakar dan penyiasat dari Amerika.Sebaiknya,Anwar belajar menerima hakikat bahawa beliau bukan Perdana Menteri dan urusan mencari MH370 bukanlah urusannya.Tidak ada maknanya bagi CNN atau mana-mana media tempatan atau asing mendapatkan pandangan Anwar mengenai MH370 melainkan jika Anwar sememangnya terlibat dengan kehilangannya.Anwar juga harus menerima hakikat bahawa beliau bukan calon di Kajang,tetapi isterinya dan isterinya juga tidak begitu diterima di kalangan rakyat Kajang kerana mereka tahu, bahawa beliau hanyalah boneka,kalaupun bukan simbol kepada seorang bakal banduan.Oleh itu,jika Zunar ingin sangat berjenaka,maka kegilaan Anwar untuk mencari publisiti di tengah-tengah tragedi tentulah lebih lucu.Usaha kerajaan untuk mencari MH370 sama sekali tidak lucu.Biarpun ia memakan masa bertahun-tahun dari sekarang,ia tetap tidak lucu.Tidak ada apa-apa yang lucu dalam soal nyawa manusia.Tidak ada apa-apa yang lucu dengan hakikat bahawa segala pakar dan aset di dunia juga tidak mampu mencari mereka.Yang lucu adalah Anwar dan Zunar yang tidak tahu bila masanya kita perlu berdoa dan bersatu serta bila pula masanya untuk berpolitik dan mencari publisiti.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

5 comments:

Anonymous said...

..lahanat sekoq ni mmg jenis haramjadah..

Adnan Abd Malek said...

Syabas Zunar. Bab burukkan negara dan pemimpinnya Zunar no.1. CUBA ZUNAR LUKIS PEMIMPIN MELIWAT PULAK. Ha ha.....

Anonymous said...

Nk nampak hebat kena belajar dari kartunis Dato Lat.
Dunia tahu bagaimana kita berusha mencari mh 370.
Suara sumbang dari sekot dua anjing yg menyalak bukit tu apa nak herankan.

Anonymous said...

Jadi rakyat malaysia, burokan negara sendiri. bodoh.

Anonymous said...

Yg lemah bila x tahu beza antara USAHA dengan HANYA TAHU CAKAP SAJA....
Yang lembik tu BILA DIA BERMASAALAH RAKYAT DITOLAK KEHADAPAN UTK MENYELESAIKAN MASAALAH DIA. RAKYAT DIKERAH KUDERAT UTK MERAUNG TANGIS hanya utk menegakkan silembik yg merayu2 keadilan utk dia sahaja..

 
 
Blogger Templates