Umat Islam di Malaysia pada dasarnya sedia maklum akan tuntutan-tuntutan
COMANGO yang bertentangan dengan Islam.Antaranya ialah hak pengamal seks
songsang dan juga hak untuk murtad bagi orang Islam.Selain itu,COMANGO juga lantang memperjuangkan hak memilih agama bagi
anak-anak yang terlibat dalam penceraian di mana ibu atau bapa telah memilih
untuk menukar agama.COMANGO berhujah berasaskan Child Rights Convention
(CRC) yang mana Malaysia telah menandatanganinya,namun tidak melaksanakan
sepenuhnya dan pada 11 Mac lalu,COMANGO sekali lagi membawa tuntutan-tuntutan mereka ke
UPR pusingan kedua dan mendesak agar CRC dilaksanakan sepenuhnya.Apa yang umat Islam di Malaysia mungkin terlepas pandang ialah dengan
perlaksanaan CRC secara total,COMANGO boleh berhujah bahawa kanak-kanak di
Malaysai tidak perlu tertakluk kepada agama ibubapa.
Oleh itu,kes rakyat Malaysia di
Sweden yang didakwa kerana memukul anak atas alasan mendidik cara Islam dikhuatiri
menjadi rujukan utama dalam memperkatakan CRC di sini.Dengan sikap COMANGO yang begitu agresif,saya percaya,gabungan itu hanya
memerlukan satu kes sahaja yang boleh dirujuk untuk mendesak agar kanak-kanak
tidak diwajibkan mengikut agama ibubapanya.Walaupun COMANGO tidak mendesak kepada perkara ini secara terbuka,segala
kemungkinan perlu difikirkan terlebih dahulu,dalam memperkatakan perlaksanaan
CRC sepenuhnya,yang mana pada dasarnya kelihatan adil lagi murni.Ini kerana,kita
cukup maklum akan kelicikan COMANGO dalam gerakan mereka.Kita tahu bahawa COMANGO adalah gabungan NGO yang memusuhi Islam walaupun
gabungan itu menafikan sekeras-kerasnya.Hujah ini adalah berdasarkan sokongan
COMANGO kepada Kristian dalam isu Kalimah Allah walaupun ia jelas berat sebelah
serta tidak berpijak di bumi nyata.
COMANGO menyebelahi Kristian walaupun tidak mampu berhujah dengan bernas
mengenai keperluan untuk Kristian menggunakan Kalimah Allah.COMANGO juga
gagal menyenaraikan kebaikan mahupun keburukan kepada penganut Kristian
jika tidak menggunakan kalimah Allah. COMANGO menyokong Kristian tanpa
mengambilkira kesannya kepada perpaduan dan keamanan negara.
COMANGO memilih untuk menyokong Kristian tanpa sedikit pun mengambilkira
hujah di pihak Islam.Di masa yang sama,individu yang menerajui COMANGO
sering menghina dan memperlekeh pihak yang mempertahankan Islam sebagai kolot
mahupun bodoh.Sikap COMANGO ini memperlihatkan gabungan itu sebagai pihak
yang jumud,tidak rasional dan emosional kerana tidak mampu menerima perbezaan
pendapat serta fahaman.Justeru itu,umat Islam perlu berhati-hati dan berfikir jauh ke hadapan dalam meneliti
hujah COMANGO.Walaubagaimanapun,andainya Malaysia terpaksa melaksanakan CRC sepenuhnya,
maka satu perkara yang COMANGO harus terima ialah ia perlu merangkumi semua
agama.Ini bermakna,jika COMANGO berhujah bahawa kanak-kanak tidak harus mengikut
agama ibubanya dan perlu menunggu usia dewasa untuk memilih agama sendiri
maka penganut Kristian juga tidak harus membawa anak-anak mereka ke gereja
lagi.Begitu juga dengan penganut Buddha dan Hindu.Adalah tidak adil jika COMANGO cuma melihat CRC dari sudut agama Islam
dan cuba menghalang umat Islam mendidik anak dengan cara sendiri.Ibubapa
bertanggungjawab dan berhak mendidik dan membentuk anak-anak mengikut cara
masing-masing asalkan tidak memudaratkan si anak, mahupun masyarakat.
Menyekat ibubapa dari mendedahkan anak-anak kepada agama yang dianuti secara
langsung menafikan hak ibubapa itu sendiri.Jika COMANGO benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan hak asasi manusia, maka
COMANGO juga wajib memperjuangkan hak ibubapa dalam menentukan agama anak-
anak mereka.Akhir kata,anggaplah artikel ini sebagai peringatan kepada COMANGO agar
tidak ‘terbabas’ dalam memperjuangkan hak asasi manusia.Ingatlah,semua perkara
di dunia ini ada batasnya.Sesuatu yang tidak punya batasan adalah mustahil untuk
dikawal.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
3 comments:
K'jaan kita mesti JANGAN tunduk dgn. GERTAKAN berterusan si KAPIR DAJAL Barat-ZIONIS dan ejen ComanGAY nya!
Sebenarnya seluruh Dunia, termasuk Tanah Melayu ISLAM kita ini mahu di’GAY‘kan oleh puak pengikut SYAITAN Illuminati Barat-Zionis terutamanya rejim Amerika , melalui ejen tempatannya termasuk si PELIWATPEMBANGKANGSONGSANG - lihat di http://www.thetruthseeker.co.uk/?p=40983, Repost: Obama’s Sodomite Past Comes Back To Haunt Him, By Wayne Madsen on January 8, 2012 - kalau berita ini tak benar, tentu Obama dan geng Gaynya yg. ramai dlm rejim Amerika, dah SAMAN).
Apa maknanya Illuminati ini - lihat di http://www.blissful-wisdom.com/rothschild-sponsored-zionism-world-banking-control-and-israel.html, Rothschild sponsored Zionism, World Banking Control, and Israel; dan http://www.tokenrock.com/explain-order-of-skull-and-bones-the-78.htm, The Order of Skull and Bone. Dlm. industri seni Barat, tamadun syaitan Illuminati ini juga diPUJA oleh kumpulan KAPIR Heavy Metal/mana-mana artis yg. berperangai-BUAS-mcm-haiwan, termasuk Madonna, Lady Gaga, Keisha; Rihanna, Beyonce, Miley Cyrus dsbnya – lihat http://www.altheadlines.com/famous-illuminati-members-13248490/, Famous Illuminati Members, By: David Veritas, May 14, 2013; dan http://www.altheadlines.com/top-10-illuminati-symbols-hidden-in-plain-sight-13249963/, Top 10 Illuminati Symbols Hidden In Plain Sight, By: David Veritas, July 23, 2013.
Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).
Kena hapuskan anwar ibrahim dari muka bumi ni dulu, yang lain akan cair sndiri.
Saya setuju anon 11:20 tu. BETUL. Orang melayu kata IKAN BUSUK DARI KEPALA.
Post a Comment