Kehilangan pesawat MH370 terus menjadi perbualan hangat bukan sahaja di Malaysia,tetapi hampir di seluruh dunia.'Kapal terbang’ pada dasarnya,adalah antara
kenderaan yang paling selamat dan amat jarang merekodkan kemalangan.Pesawat
Boeing 777 juga diiktiraf sebagai pesawat paling selamat dan dilengkapi dengan
peralatan paling canggih untuk menangani kecemasan termasuk menghantar isyarat
secara automatik jika terjatuh ke dalam laut.Malaysia Airlines (MAS) pula terkenal sebagai antara syarikat penerbangan yang paling
cekap.Rekod keselamatan MAS telah mendapat pengiktirafan antarabangsa iaitu
hampir tiada sebarang kes yang melibatkan kecuaian mahupun kerosakan.Satu-
satunya insiden besar yang melibatkan MAS di mana pesawat terhempas di Tanjung
Kupang pada tahun 1977 juga bukanlah melibatkan kecuaian atau kerosakan,tetapi
rampasan.Justeru,kehilangan MH370 tanpa sebarang panggilan kecemasan atau atau tanda-
tanda amaran atau isyarat dari kokpit amatlah menghairankan,walaupun bagi para
penyiasat dan pakar-pakar penerbangan antarabangsa.
Ia bukanlah satu kes biasa
tetapi dikategorikan sebagai pelik apatah lagi dengan tiada sebarang penemuan atau
petunjuk langsung walaupun telah mencecah hari ketiga.Dalam keadaan di mana pakar-pakar juga mengakui kesukarannya,ada pula di
kalangan warga Malaysia yang jauh terlebih bijak dari pakar.Mereka bukan sahaja
bersikap seolah-olah mereka pakar penerbangan, tetapi juga pakar kapal selam, pakar
penyelamat dan juga pakar mengukur iman dan dosa pahala yang terlibat, dari kerajaan
sehinggalah ke juruterbang dan penumpang.Mereka ini membuat berbagai-bagai spekulasi dan gurauan yang tidak kena tempat
untuk menunjuk pandai.Lebih buruk,mereka mengaitkannya dengan politik dan juga
keputusan kes liwat Anwar Ibrahim.Pada waktu semua negara yang terlibat dan tidak terlibat turut bersatu dalam merasai
cemas,bimbang dan sedih,mereka ini terus mengajak kepada perpecahan.
Kita tidak tahu kenapa bumi bertuah ini dihuni oleh begitu ramai manusia yang tidak
tahu bersyukur dan hanya tahu merungut.
Tetapi apa yang kita tahu ialah kebanyakan
mereka ini merupakan penyokong pembangkang dan majoriti dari mereka amat
membenci UMNO dan kerajaan yang dianggap mereka sebagai rasis.Mereka ini terdiri dari kumpulan yang mengaku sebagai bukan Melayu,bukan Cina dan
bukan India,tetapi kononnya ‘bangsa Malaysia’.Malangnya ‘bangsa Malaysia’ ini tidak punya perasaan sayangkan negara mahupun
prihatin dengan apa yang berlaku pada rakyat Malaysia.‘Bangsa Malaysia’ ini saban
hari mengutuk dan menghamun Malaysia sahaja kerjanya dan ‘Bangsa Malaysia’ ini tidak bersama-sama dengan rakyat Malaysia dan negara lain
meratapi dan mendoakan MH370.Sebaliknya,mereka sibuk menghamun kerajaan
sambil membela Anwar Ibrahim.Apa yang berlaku membuktikan bahawa ahli-ahli politik pembangkang telah benar-
benar merosakkan minda dan sikap penyokong mereka. Ini terbukti apabila pemimpin
pembangkang berjenaka tentang ‘segitiga Bermuda’ di Vietnam dan mengemukakan
soalan sindiran mengenai penggunaan ‘kapal selam’ ketika memperkatakan tentang
MH370.
Jelas,mereka bukan sahaja tidak prihatin tetapi teramat bodoh sekali dan pengikut
mereka semuanya sudah terpengaruh dengan sikap mereka.Walaupun dalam keadaan kita bersedih dan cemas,rakyat Malaysia wajar melihat
sikap pemimpin dan penyokong pembangkang sebagai satu peringatan dan
pengajaran.Apakah kita sanggup membenarkan negara ini diperintah oleh manusia-manusia yang
pentingkan diri,tidak sensitif,tidak bertanggungjawab dan bodoh seperti pembangkang
itu ???
Ingatlah,pada waktu ini,seluruh dunia memerhatikan kita.Seluruh dunia bersama kita
mendoakan yang terbaik ke atas penumpang pesawat milik negara kita.seharusnya
kita bersatu tanpa mengira fahaman politik kerana ini bukan soal main-main tetapi
nyawa manusia seramai 239 orang.Sebagai rakyat Malaysia berbilang bangsa yang lebih rasional,kita tidak perlu melayan
karenah ‘bangsa Malaysia’ itu,walaupun kata-kata mereka benar-benar mengguris
perasaan kita.Biarkan mereka menyalak semahu-mahunya.Sebaliknya,di samping
kita mendoakan MH370,kita doakanlah juga agar hati ‘bangsa Malaysia’ ini terbuka dan
belajar melihat dunia dari sudut berbeza.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
3 comments:
Ote anwar mmg banyak menyusahkan rakyat msia...
Tp anwar ni kalo dia x berduit x dak sapa nak sokong dia...
Malangnya anwar ni berduit.... duit dari pelobi yahudi...neo con amerika yg rata2 puak illuminiti.... dan secret society...
Tp anwar tabur duit pada pas kata kjaan arab saudi yg bg... derma fisabillilah..
Bagi ke dap .... anwar kata .... duit dana antarabangsa utk accountability dan kempen free rasuah....
Nak buat mcmana.....
Setiap sesuatu yang di jadikan Allah ada hikmahnya. Hikmah di sebalik kejadian kehilangan MH370 hanya Allah lebih mengetahui. Dia lah yang Maha Perancang dan Maha Mengetahui. Insiden kehilangan pesawat ini telah melenyapkan provokasi masyarakat Malaysia khususnya dan juga dunia umumnya dalam isu yang sodomi yang di hadapi Anwar. Malah dengan sendirinya Allah telah menunjukkan betapa ramainya makhluk yang cuba memperlekehkan dan menghina ketentuan dan kehendak kejadian Allah Taala ini. Perhatikan lah....
Hoi , yahya daud, gua jumpa lu, gua sebat dan penyapu.
Post a Comment