Puak pembangkang nampaknya cukup tidak puas hati apabila berita kehilangan
pesawat MH370 mengalihkan perhatian dari Ketua Pembangkang yang telah didapati
bersalah Jumaat lepas.Rata-rata komen mereka di media sosial tidak segan silu
memperlekeh tragedi kehilangan ini sambil mengutuk kerajaan.Berbagai-bagai teori dikemukakan bagi mengaitkan tragedi tersebut dengan kes
Anwar Ibrahim.Mereka juga merungut kononnya kerajaan lambat bertindak,lambat
mengumumkan perkembangan terkini, sengaja menyembunyikan fakta dan berbagai-
bagai lagi.Mereka mempersoal langkah mencari dan menyelamat dan aset yang
digunakan.
Malah mereka mencemuh keprihatinan para pemimpin kerajaan,terutama
Datin Seri Rosmah sebagai lakonan.Kesimpulannya,mereka hanya ingin mengutuk kerajaan dan langsung tidak prihatin
terhadap mangsa MH370.Mungkin dengan memaki hamun kerajaan setiap hari
memberikan mereka satu kepuasan jiwa yang tidak terhingga.Oleh itu,segala
kemarahan atas keputusan mahkamah yang mendapati Anwar bersalah dihamburkan
sepenuhnya dalam memperkatakan tragedi MH370.Anwar sendiri,di dalam blognya langsung tidak prihatin dengan apa yang terjadi
terhadap MH370.Anwar terlalu sibuk cuba membela diri dan mencari publisiti.Anwar
benar-benar kecewa apabila demonstrasi yang dirancang semalam tidak menjadi
mungkin kerana rakyat terlalu sibuk risaukan MH370.Penafian Anwar yang beliau
tidak pernah meliwat telah ditenggelamkan berita tragedy tersebut.
Lebih malang bagi Anwar apabila dalam usaha Anwar untuk menafikan yang beliau
bersalah,Majlis Peguam pula tiba-tiba mengesahkan bahawa beliau seorang
peliwat.Petikan kenyataan rasmi Majlis Peguam adalah seperti berikut :
“Majlis Peguam amat terganggu dengan hukuman penjara lima tahun ke atas Dato’ Seri Anwar
Ibrahim oleh Mahkamah Rayuan,atas apa yang jelas merupakan hubungan seks suka sama suka
antara dua orang dewasa.”
Majlis Peguam berhujah bahawa kesalahan di bawah Seksyen 377A yang meletakkan
liwat sebagai jenayah hanya terpakai jika liwat tersebut dilakukan atas dasar
paksaan.Sedangkan, Anwar melakukannya atas dasar kerelaan mangsa.Jelas,Majlis Peguam cuba memutar-belit undang-undang negara dan cuba
menghalalkan liwat.Anwar selama ini begitu bersungguh-sungguh menafikan beliau meliwat, dan kononnya
tuduhan liwat hanyalah konspirasi dan fitnah UMNO tetapi kenyataan akhbar Majlis
Peguam tersebut secara langsung menolak semua penafian Anwar sekali gus, diri
Anwar sendiri ke dalam gaung.
Sehingga kini,Anwar mahupun peguambelanya masih belum memberi sebarang
komen mengenai kenyataan akhbar Majlis Peguam.Nampaknya,walaupun kehilangan MH370 dianggap oleh penyokong PR
sebagai ‘mengganggu’ strategi Anwar untuk membuat kecoh sempena keputusan
rayuan kesnya,tetapi ia telah memberi sedikit kelebihan kepada Anwar apabila rakyat
terlepas pandang akan kenyataan akhbar Majlis Peguam.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment