Umum mengetahui isu kehilangan pesawat MAS #MH370 yang menjadi misteri,telah
menarik perhatian dunia.Selain memberikan ucapan simpati dan takziah,ramai yang
semakin tertanya-tanya apakah nasib sebenar yang menimpa semua para penumpang
dan anak-anak kapal itu.Namun di sebalik kisah misteri pesawat #MH370 itu, wujud pelbagai berita dan
maklumat kononnya pesawat tersebut telah pun mendarat di China,namun kerajaan
sengaja merahsiakan mengenainya.Malah ada juga yang memberikan pandangan
yang tidak masuk akal seperti meminta kerajaan mengupah pengamal ‘paranormal’ dan
sebagainya.
Paling menarik,ada seorang kenalan memberitahu,pada ketika ini ramai yang cuba
menjadi wartawan dengan melaporkan berita-berita yang tiada asasnya.Ada yang
mengatakan,mereka menerima maklumat dari saudara,kenalan dan mereka yang
rapat dengan mangsa semata-mata untuk meyakinkan masyarakat dengan ‘khabar
angin yang dibawanya itu.Tetapi dalam banyak-banyak komen,pendapat,andaian,teori dan sebagainyaada
segelintir di kalangan penyokong pembangkang yang cuba mempolitikkan isu ini.Mereka mendakwa kononnya kehilangan pesawat MH#370 adalah merupakan
sebahagian dari konspirasi kerajaan.Kononnya ia bertujuan untuk mengalihkan tumpuan masyarakat terhadap keputusan
mahkamah di dalam ke liwat II yang melibatkan Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim.
Tanpa mempedulikan hati dan perasaan kaum keluarga dan waris semua mangsa yang
terlibat, mereka melemparkan pelbagai tuduhan dan dakwaan yang jelas tiada asasnya.Sedangkan pada ketika ini,sebagai rakyat Malaysia yang prihatin kita seharusnya
saling mendoakan yang terbaik buat semua yang terlibat.Ia secara tidak langsung
dapat memberikan sokongan moral kepada semua kaum keluarga penumpang dan
anak kapal yang pada ketika ini sedang bersedih dan risau.Apa yang penting pada ketika ini mengharapkan agar misi mencari pesawat #MH370
dapat diselesaikan dengan segera.
Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang dan 12
anak kapal itu dilapor hilang daripada radar pada pukul 1.30 pagi,kira-kira
sejam setelah berlepas dari KLIA. Pesawat itu membawa penumpang dari 14 negara dengan lebih separuh merupakan
warga China dan 38 rakyat Malaysia.
Buat mereka yang terlibat hentikan spekulasi !!!!!!!!!
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment