Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah yang begitu berhati-hati dalam menangani
kehilangan MH370.Sebarang kenyataan yang dibuat hanyalah berdasarkan laporan
penyiasat dan pihak SAR.Sepanjang dua minggu kehilangan pesawat ini,hampir
setiap kali kita dikhabarkan berita yang tidak dapat disahkan di samping tekaan-tekaan
atau harapan semata-mata.Dua perkara yang dapat disahkan,telah diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri
iaitu pertamanya mengenai perubahan haluan pesawat secara sengaja pada minggu
lalu dan pengumuman yang menyayat hati,iaitu mengenai ‘berakhirnya’
penerbangan MH370 di tengah-tengah Lautan Hindi.Perdana Menteri memilih perkataan ‘berakhir’ tanpa menjelaskan ‘cara pengakhirannya’
kerana ia masih tidak dapat dipastikan.Apa yang pasti,di situlah pengakhirannya
berdasarkan penemuan serpihan oleh pasukan pencari.
Dalam kata lain,‘berakhir’ bermakna pesawat itu telah terhenti penerbangannya di situ.Sama ada ia terhempas atau menggelongsor dan tenggelam atau meletup di udara
atau apa saja,masih belum dapat dipastikan.Justeru,perkataan ‘berakhir’ adalah yang
paling tepat untuk menjelaskan apa yang diketahui setakat ini.Pengakhiran penerbangan di tengah-tengah lautan yang luas,ganas dan dalam,serta
gagal ditemui selama lebih dua minggu,membawa kita kepada satu kemungkinan
sahaja iaitu tiada yang selamat.Memandangkan kawasan tersebut adalah jauh
terpencil dari mana-mana kawasan pendaratan,maka sebarang teori atau spekulasi
lain dianggap sebagai tidak logik dan diketepikan oleh pihak penyiasat.Justeru,semua pihak wajar menerima pengakhiran ini sambil menanti keputusan
penyiasatan.Namun,di masa yang sama,harus bersedia akan kemungkinan tidak
akan mendapat jawapan untuk selama-lamanya.
Cubaan untuk terus mencipta teori
dan spekulasi hanya akan menyiksa emosi keluarga yang terlibat kalaupun tidak
memburukkan keadaan.Apa yang tinggal kini,hanyalah untuk kita mendoakan mereka yang pergi.Doa juga
dipanjatkan kepada keluarga yang terlibat agar mampu menerima hakikat dan bersabar
dengan ketentuan.Kita juga tidak harus lupa mengucapkan penghargaan tertinggi kepada semua pihak
yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat yang bertungkus lumus tanpa
mengira masa dan cuaca.Selain itu,setinggi-tinggi penghormatan diberi kepada pihak kerajaan Malaysia yang
kekal tenang dan professional mengendalikan insiden ini walaupun ditekan dan difitnah
oleh berbagai pihak.Kerajaan telah membuktikan bahawa keutamaan diberi kepada
pencarian MH370 serta tidak sedikit pun berganjak dari keutamaan itu,sehinggalah ke
akhirnya.Biarkan pembangkang terus mempolitikkan MH370,membela diri tanpa sebab dan
menuduh kerajaan dengan berbagai tohmahan kerana insiden ini telah membantu
rakyat melihat dengan lebih jelas lagi, yang mana kaca dan yang mana intan
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment