Sempena Pilihanraya Kecil Kajang,Malaysian Insider telah memaparkan wawancara
bersama calon PKR,Datuk Seri Wan Azizah yang bertajuk ‘Kenapa Saya Menggantikan
Anwar Sekali Lagi’. Jika wawancara itu diharapkan dapat menaikkan imej Wan Azizah serta menarik
sokongan terhadapnya,maka ia pastinya gagal sekiranya pengundi dapat berfikir
dengan rasional.Ini kerana Wan Azizah telah secara jelas menyatakan yang beliau sebenarnya kurang
berminat atau ‘berat’ untuk aktif berpolitik setelah menyerahkan kerusinya di Permatang
Pauh kepada Anwar.Kenyataan ini jelas memperlihatkan sikap beliau sebagai
seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab kerana terus menjadi Presiden parti
walaupun pada hakikatnya beliau ‘sudah tidak ada hati’.Secara tidak langsung,Wan Azizah telah mengesahkan bahawa beliau hanyalah
boneka dan tidak mempunyai fungsi apa-apa melainkan sebagai lambang penguasaan
Anwar Ibrahim di dalam PKR.Wan Azizah juga menjelaskan bahawa beliau tidak menyangka yang beliau akan
dicalonkan di Kajang.
Alasannya ialah beliau telah tidak terlibat dalam perbincangan
memandangkan namanya disebut sebagai calon.Kedua kenyataan ini jelas tidak
konsisten atau bercanggah sesama sendiri.Mana satu yang betul,iaitu beliau tidak
tahu dan tidak sangka, atau beliau sebenarnya tahu ???? Apapun,kenyataan ini mengesahkan bahawa Wan Azizah adalah seorang Presiden
parti yang tidak tahu apa-apa sehinggakan pencalonan untuk Pilihanraya Kecil juga
tidak dirujuk kepadanya dan bukanlah keputusannya.Menurut Wan Azizah,objektif bertanding di Kajang ialah Putrajaya.Strateginya ialah
untuk memperlihatkan pentadbiran yang baik di Selangor sebagai bukti kelayakan
PR untuk menjadi pemerintah.Kenyataan ini memperlihatkan bahawa Wan Azizah
mahupun PR langsung tidak punya apa-apa perancangan untuk Kajang.Niat parti itu
mengadakan PRK hanyalah untuk berpolitik dan menawan Putrajaya dan tidak sekali-
kali melibatkan kesejahteraan rakyat Kajang.
Ini dibuktikan lagi melalui kenyataan Wan Azizah seterusnya iaitu bahawa beliau
percaya akan mendapat sokongan orang-orang Melayu atas dasar ‘ketidakadilan’
keputusan mahkamah terhadap suaminya.Maka jelaslah,Wan Azizah bertanding sekadar untuk meminta rakyat menyokong
suaminya dan bukannya untuk berkhidmat kepada rakyat.Akhir sekali,Wan Azizah ditanya apakah beliau akan menjadi ‘pendamai’ antara Khalid
dan Azmin ??? Jawapan Wan Azizah ialah beliau tidak tahu.Jawapan ini sekali gus
menghancurkan terus kredibiliti beliau sebagai pemimpin.Setiap jawapan yang diberikan oleh Wan Azizah kepada Malaysian Insider di dalam
wawancara ini hanya membuktikan bahawa beliau sememangnya tidak wajar dipilih
sebagai ADUN.Hakikatnya,tempat Wan Azizah adalah di rumah, sebagai seorang
surirumah, sejak dari awal lagi. Beliau tidak harus menjadi Presiden PKR dan tidak
harus menjadi wakil rakyat bagi mana-mana kawasan pun. Apatah lagi jika ingin
menjadi Menteri Besar Selangor.
Selama ini Wan Azizah hanya mengikut sahaja arahan suaminya.Beliau meletak
jawatan bila disuruh,bertanding bila disuruh dan pastinya beliau tidak pernah memberi
arahan dan tidak pernah membuat keputusan dalam urusan partinya.Oleh itu,memilih
Wan Azizah sebagai ADUN bukan sahaja tidak adil buat penduduk Kajang,TETAPI juga
untuk dirinya sendiri.Wan Azizah tidak boleh memimpin kerana beliau sentiasa dipimpin oleh Anwar
Ibrahim.
Persoalannya,siapakah yang akan memimpinnya sekiranya Anwar ke penjara
nanti ???
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
2 comments:
No to liwat and yg suka, sokong dan protect peliwat.........
Stuju
Post a Comment