Social Icons

Pages

Friday, April 18, 2014

EKSKLUSIF !!! SINDIKET PENIPUAN #KADKREDIT !!! SILA BACA KALAU NAK SELAMAT !!!


SCAM ALERT : Mensasarkan pengguna baru kad kredit/kad debit yang kurang arif mengenai transaksi kad kredit.Sindiket akan menggunakan pelbagai taktik untuk mendapatkan CVV2 (Card Verification Value) iaitu tiga digit nombor terakhir di belakang kad kredit/kad debit mangsa. 

1. Sindiket akan membuat panggilan telefon kepada pemegang kad kredit atau debit dengan memaklumkan bahawa panggilan tersebut adalah daripada pusat khidmat pelanggan bank yang dilanggani. 

2. Sindiket memberitahu mangsa bahawa mereka merupakan pemegang kad bertuah dan atas sebab tersebut, terdapat tawaran menarik seperti pakej pelancongan, insurans sedang menanti. 

3. Untuk menerima tawaran tersebut,mangsa perlu membuat pengesahan nama penuh, nombor kad pengenalan dan tarikh luput kad. 

4. Pihak sindiket kemudiannya akan meminta mangsa membacakan nombor kad kredit/debit mangsa berserta tiga digit nombor terakhir di belakang kad berkenaan. 

5. Setelah semua maklumat tersebut diperolehi, sindiket berjanji tawaran yang dimaksudkan akan dimaklum dalam tempoh terdekat. 

6. Mangsa menyedari mereka tertipu apabila tawaran yang dijanjikan tidak kunjung tiba dan mendapati terdapat transaksi pengeluaran wang tanpa pengetahuan ketika menyemak penyata akaun bank. 

Nasihat polis 

1. JANGAN SESEKALI memberikan nombor kad kredit/ debit termasuk tiga digit nombor terakhir yang terdapat di belakang kad berkenaan. 

2. Segera menghubungi pihak bank sekiranya akaun anda digunakan oleh pihak ketiga tanpa kebenaran anda. 

3. Jangan dedahkan apa-apa maklumat peribadi perbankan anda kepada orang yang tidak dikenali. 3. Hanya berurusan menerusi laman yang diperakui selamat. 

4. Kemaskini maklumat terbaru berkenaan nombor telefon dan alamat terkini untuk memudahkan pihak bank menghubungi sekiranya berlaku transaksi yang luar biasa.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN 

No comments:

 
 
Blogger Templates