Pagi kelmarin,negara telah dikejutkan dengan berita kematian ahli politik pembangkang dan juga peguam tersohor,Karpal Singh.Karpal atau nama penuhnya,Karpal Singh a/l Ram Singh lahir pada 28 Jun 1940 merupakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor,Pulau Pinang sejak 2004.Beliau juga memegang jawatan sebagai Pengerusi Kebangsaan parti DAP sejak tahun yang sama.Pemergian Karpal Singh dilihat sebagai peristiwa yang agak signifikan dalam politik Malaysia kerana beliau dianggap sebagai ‘dinding pemisah’ antara PAS dengan DAP atas sebab kenyataan kontroversinya yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 8 Oktober 1990 mengenai Negara Islam.Dalam kenyataan tersebut,Karpal mencabar agar melangkah mayatnya terlebih dahulu jika ingin mewujudkan Negara Islam yang dicadangkan oleh PAS.Namun,pada tahun 1999,selepas DAP bekerjasama dengan PAS,Karpal pernah dilaporkan meminta maaf atas kenyataan tersebut.Walaubagaimanapun beliau menegaskan bahawa DAP tetap menolak Negara Islam yang dicadangkan oleh PAS.
Ketegasan DAP akhirnya memaksa PAS mengalah dan melupakan Negara Islam.PAS kemudian mengumumkan Negara Berkebajikan tanpa mengenepikan terus impian untuk melaksanakan Undang-undang Hudud.Sehingga ke akhir hayatnya,Karpal terus diletakkan oleh DAP di barisan hadapan dalam menentang Hudud PAS.Tujuannya tentulah untuk mengelak daripada PAS dan orang-orang Melayu menyalahkan kaum Cina di dalam DAP sebagai penentang Islam.Karpal yang mewakili kaum India dalam kepimpinan DAP,dilihat sebagai alat paling sesuai untuk dijadikan ‘penentang Islam’ dalam strategi parti rasis Cina itu meraih sokongan Melayu.Secara teknikalnya,kewujudan Karpal di dalam DAP hanyalah untuk mengaburi mata rakyat mengenai hakikat parti DAP adalah parti perkauman tegar Cina yang memusuhi Islam.Dengan pemergian Karpal,pemimpin berbangsa Cina DAP mungkin terpaksa bangkit menentang Hudud PAS secara lebih terbuka dan agresif,melainkan mereka mampu mengenengahkan personaliti lain dari bangsa Melayu atau India juga,yang dapat menggantikan tempat Karpal sebagai ‘dinding pemisah’ dan ‘penentang Islam’ tadi.PAS selama ini telah berjaya menyelamatkan hubungan dengan DAP dengan menyalahkan Karpal Singh seorang dan bukan DAP dalam memperkatakan isu hudud.Menurut PAS,Karpal menolak hudud atas kapasiti individu bukan parti. Kononnya, DAP tidak pernah menentang hudud secara langsung tetapi bersifat terbuka mengenainya.
Kononnya DAP bukan menolak hudud tetapi sekadar tidak faham Islam.Kononnya juga,DAP telah menerima Islam dan berbagai-bagai konon lagi.Apa yang pelik ialah hanya PAS yang memberi berbagai alasan bagi pihak DAP manakala DAP pula secara tegas mendesak klausa ‘Islam sebagai agama rasmi’ di dalam Perlembagaan dihapuskan terus.Jika DAP menentang Islam sebagai agama rasmi,mana mungkin hudud dilaksanakan jika PAS memerintah bersama DAP ???
Hari ini,ada pemimpin Islam dari PKR yang berikrar akan meneruskan perjuangan Karpal.Memandangkan Karpal merupakan juara dalam menentang hudud,maka ini bermakna bahawa PKR juga akan memastikan yang PAS tidak akan melaksanakan hudud sekiranya PR berkuasa.Nampaknya,pemergian Karpal mungkin tidak membawa apa-apa perubahan bagi isu hudud dalam Pakatan Rakyat. DAP dan PKR kekal menentang hudud, negara Islam mahupun Islam sebagai agama rasmi negara.
PAS pula kekal menjadi parti ‘sumbang’ dalam PR yang membawa mimpi berbeza dari sekutunya.Biarpun tanpa Karpal,PAS akan terus menjadi semakin lemah, semakin kecil dan semakin tidak bermakna dalam PR.Namun,PAS mungkin mampu kekal relevan dalam politik negara kerana ia mewakili bangsa majoriti iaitu Melayu.Tidak pasti sejauh mana PAS mampu bertahan sebagai parti tanpa maruah dan sesat dalam mencari hala tuju dalam PR.Apa yang pasti,Karpal bukan penghalang kepada hudud,tetapi DAP yang juga tidak akan mampu menghalang hudud jika bukan kerana PAS yang terlalu ‘hadap’ dengan kasih sayang parti rasis tegar Cina itu.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
6 comments:
Kematian karpal mencemaskan umno sebab selama ni umno menggunakan kelantangan karpal untuk menghalang hukum hudud.. taktik umno sebelum kematian karpal apabila berdepan dgn hukum hudud yang dibawa pas adalah berdiam diri supaya dimata orang melayu umno ni kelihatan tidak lantang menentang hudud...
Anon 1:30 ni tolol ke apa?Tak tau berita ke?UMNO sedia sokong PAS tengah ura-ura nak bawa private bill hudud ke parlimenlah, ni mesti orang PKR tak tau lagi.
Mana pendirian PKR?
anon 1:30 ni baru bangun tidur kot.
betul kata orang tua dulu,jangan terlalu banyak tidur membazir umur.sehingga berita terkini pun mis!
Anon1:30 tu anjing tukang salak.
Anjing bukan tau apa yg dia salak. Janji bising.
Kalo nak hudud, jgn kira ugama kapir pun sama jugak. mcm di-arab saudi, org kapir pun kene potong tangan. BARU ADIL.
Ini sumer poyo..... haktuihhhhhhhhh
Post a Comment