Dalam kekecohan kempen pemilihan parti PKR,penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR,Azmin Ali telah mengambil selangkah lebih jauh meninggalkan lawannya dengan melancarkan gagasan yang dipanggil ‘Keadilanraya’.Azmin berdepan dengan cabaran empat penjuru dalam usahanya untuk mengekalkan jawatannya.Beliau yang menimbulkan begitu banyak kontroversi akhir-akhir ini berikutan perbalahannya dengan Tan Sri Khalid Ibrahim,dilihat sebagai ‘merbahaya’ apabila berkali-kali membuat kenyataan yang tidak diduga,malah bersifat ‘menyindir’ kepimpinan parti.Langkah Azmin dilihat begitu agresif serta sukar dijangka,sekali gus meletakkan kepimpinan PKR dalam keadaan yang sukar.Gagasan Keadilanraya yang dibawa Azmin dikatakan membawa semangat nusantara yang merangkumi perjuangan Ibrahim Yaacob,Burhanudin AlHelmy,Soekarno dan termasuk juga Gandhi,Okakura Tenshin serta Rabindranath Tagore.
Menurut Azmin,slogan itu dipilih atas usaha menyatupadukan rakyat agar bangkit menentang penjajahan.Nampaknya,Azmin juga seolah-olah sudah terjangkit dengan ‘penyakit gila’ Anwar.Kita sedia maklum bahawa Anwar amat gemar menyamakan dirinya dengan tokoh pejuang keamanan atau kebebasan dunia seperti Gandhi,Suu Kyi,Mandela dan sebagainya.Namun,apa yang Anwar tidak sedar ialah beliau adalah terlalu jauh berbeza dengan kesemua tokoh ini.Kesemua mereka itu tidak pernah memilih keganasan, malah sanggup dipenjara demi perjuangan tetapi Anwar sanggup mencetuskan rusuhan dan berbuat apa saja,asal tidak dipenjara. Kini,Azmin pula membawa kegilaan yang sama.
Dengan merangkumkan semua semangat pejuang nasionalis radikal dengan pejuang keamanan, entah semangat apa sebenarnya yang ingin Azmin bawa ??? Dan ke manakah semangat tersebut ingin dihalakan ???
Apa kena mengena antara ‘rakyat bangkit menentang penjajahan’ dengan pemilihan PKR ??? Apakah ahli-ahli PKR sedang dijajah ??? Atau apakah Azmin sedang mempersiapkan diri untuk kempen pilihanraya umum sebagai Presiden PKR yang baru ???
Begitu banyak persoalan yang timbul dengan pelancaran slogan Keadilanraya Azmin.Lebih pelik lagi slogan ini turut disertai dengan logo baru.Promosinya pula dilakukan dengan meletakkan Azmin sebagai watak utama,sementara Anwar sebaris dengan pejuang-pejuang yang tinggal dalam lipatan sejarah.Justeru,kita tertanya-tanya,apakah Azmin ingin menggambarkan Anwar sebagai sebahagian dari sejarah ???
Di kalangan PKR sendiri,ramai yang merasa kurang selesa dengan tindakan Azmin.Pelancaran slogan dengan logo adalah keterlaluan bagi sebuah pemilihan parti.Tindakan Azmin ini dengan sendirinya menyerlahkan kerakusan beliau dalam mengejar kuasa,selain ‘kuasa wang’ yang beliau sedia ada.Kerakusan Azmin sebenarnya menggambarkan kerakusan parti PKR itu sendiri.Anwar mengejar jawatan Perdana Menteri,isterinya mengejar jawatan MB,kini Azmin pula hampir gila cuba mempertahankan jawatan sendiri manakala pemimpin bawahan pula berpecah kepada tiga hingga empat kumpulan.
Jelas,kepimpinan PKR hanyalah berkisar berkenaan merebut kuasa dan pemilikan wang yang banyak semata-mata.dulu kata UMNO dan BN korup dan rasuah,sekarang siapa yang KORUP ??? siapa yang merebut kuasa dan main duit ??? Pentadbiran PKR pula hanya memperlihatkan politiking sesama sendiri tanpa menghiraukan nasib rakyat.Oleh itu,jika pemilihan parti PKR sebelum ini dilihat sebagai paling kotor dalam sejarah,maka tidak mustahil kita bakal melihat tahap kekotoran yang jauh lebih tinggi lagi dalam pemilihan kali ini.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
3 comments:
lucu, azmin ni ada tokoh ke nak jadi MB atau apa sajalah untuk Selangor..rasanya dia ni masih budak mentah, apa dia buat sebagai MP,,tak Nampak pun, kena tipulah pengundi dia..
Sejarah berulang kembali.Sesiapaingat Team Wawasan yang di kendalikan olih mentor Azmin?
Apa guna berpolitik kalau tidak mengejar jawatan dan pengaruh.
Kebolehan masing2 dalam menerajui kempen dan menawarkan diri baik untuk asset politik negara untuk dinilai ahli.
Apakah ini tidak ujud dalam lain2 parti? - jangan sampai menepuk air di dulang, terpercik ke parti sendiri!!!
Mengata dulang paku serpih...
Post a Comment