Social Icons

Pages

Monday, April 21, 2014

#JELAJAHPANDAN !!! #WARTAWAN #ANTARAPOS KENA HALAU KELUAR !!! INI KERR DINAMAKAN DEMOKRASI ???


Wartawan Antarapos telah dihalau keluar oleh pengerusi majlis Jelajah Pandan bersama Nurul Izzah Anwar,Rafizi Ramli dan Datuk Saifuddin Nasution yang berlangsung di Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).Insiden itu berlaku selepas jurukamera Antarapos sedang merakamkan visual Ahli Parlimen Lembah Pantai,Nurul Izzah Anwar bersama beberapa ahli parti itu.Selang beberapa minit merakam aksi Izzah,beliau bangun dan terus mendapatkan urus setia program berkenaan sebelum pengumuman agar krew Antarapos diminta keluar dari dewan dibuat. 

"Apakah wartawan diundang? soal Izzah. "Kami tak tahu dia (Antarapos) datang sendiri," jawab urusetia terbabit.Selepas diminta keluar pengerusi majlis bergegas mendapatkan wartawan kami dan beliau memohon maaf kerana terpaksa bertindak sedemikian.Katanya,program jelajah yang berlangsung hanya untuk ahli parti sahaja.Beliau juga berkata media hanya akan dilayan selepas majlis itu selesai.Apa yang menghairankan,wartawan dari Sinar Harian yang turut hadir membuat liputan dibenarkan untuk terus berada dalam dewan terbabit.anda nampak tak permainan mereka.kenapa wartawan sinar boleh masuk,wartawan antarapos tak boleh masuk ??? adakah ini dikatakan demokrasi yang dilaungkan oleh PKR ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates