Social Icons

Pages

Monday, April 21, 2014

#HIMPUNAN #ANTIGST !!! #DBKL AKAN HALANG SIAPA YANG DATANG #DATARANMERDEKA !!!


Seperti biasa kontroversi ini akan berulang dan berulang.Kita tunggu tengok apa jadi pada 1 Mei ini ekoran hobi puak pembangkang nak adakan perhimpunan besar pada hari itu.Namanya 'Perhimpunan 1 Mei' dan tujuannya untuk memprotes cadangan kerajaan hendak laksana cukai barangan dan perkhidmatan yang ringkasnya dikenali sebagai GST.Ia hendak dianjurkan oleh gabungan 90 pertubuhan badan bukan kerajaan dan parti PR.Sekalipun 161 buah negara di seluruh dunia sudah lama laksanakan GST tanpa sebarang masalah namun pembangkang di Malaysia 'terlebih pandai'.Mereka sedang cuba putar habis-habisan untuk mengambarkan ia akan menyusah dan menekan rakyat jelata.Setakat ini kerajaan tidak berganjak dalam pendirian bahawa GST tetap akan dilaksanakan pada April 2015. 

Semua orang tahu matlamat pembangkang cuma untuk bikin riuh untuk tarik perhatian konon mereka begitu perihatin pada nasib rakyat.Untuk bikin heboh apa lagi kalau bukan Dataran Merdeka hendak dijadikan destinasi akhir perhimpunan yang dirancang itu.Mengikut penganjur mereka hendak berarak dari KLCC menuju ke Dataran Merdeka.Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menjadi penyelia lokasi bersejarah negara itu sudah tegas tidak membenarkan sebarang perhimpunan di situ.Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor sendiri berkata Sabtu di Dataran Merdeka tidak boleh. 

"Sekali-kali tidak di Dataran Merdeka,kami mungkin menimbang Padang Merbok atau tempat lain,tapi bukan Dataran Merdeka," katanya pada wartawan selepas satu majlis di Kuala Lumpur.Pihak polis Kuala Lumpur yang telah mengadakan pertemuan dengan penganjur telah meminta mereka menyatakan lokasi alternatif selain Dataran Merdeka kerana DBKL sedang melakukan kerja naik taraf di sana.Kalau diimbas balik beberapa perhimpunan anjuran pembangkang atau yang disokong oleh pembangkang apa yang dilarang itulah yang hendak dilanggar. 

Ini berlaku semasa perhimpunan Bersih dulu dimana berlaku cubaan untuk merempuh Dataran Merdeka.Mereka yang faham gelagat pembangkang tahu sangat bagi mereka kalau tiada tindakan polis,gas pemedih mata dilepaskan dan kontroversi semasa perhimpunan ia dianggap 'tidak berjaya'Kini apa yang diharapkan oleh orangramai yang sudah muak melihat taktik perhimpunan demi perhimpunan ialah ketegasan pihak berkuasa dalam menanganinya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

6 comments:

Anonymous said...

biarkan mereka berdemo, ramai pemberita luar Negara akan dating dan ketawakan beruk beruk ini dengan kepala beruk sebab wartawan tahu apa itu GST, mereka semua dating dari negeri yang mengamalkan GST, jadi tak jadi berita lah pasal GST tu, yang jadi berita rakyat bodoh yang tak mau tau apa itu GST sebab puak ni dari hutan, atau katak bawah tempurung...patut ajak beruk beruk ni pergi tahiland ke, china ke untuk dapat massage body, yang berlaga laga benda tu lah,. dalam bill nanti ada tunjuk GST...baru lah dia orang paham...

Anonymous said...

Hanya manusia bodoh tak sekolah dan tak pernah baca saja tak tahu apa itu gst. GST Hanya utk perniagaan yg melebihi jualan RM500 Ribu keatas setahun. Cukai ini tiada melibatkan pembelanjaan org miskin.

Anonymous said...

lepas balik massage di Thailand/china nanti mereka akan senyum sebab tahu...ohhh GST tu untuk cukai shiok shiok, makan di restoran besar, shopping kat mall, pendek kata belanja lebih dari keperluan, dan orang biasa takkan pergi massage kat thai atau china, pak mat belakang rumah, mak munah jiran sebelah boleh urut, bayar pun alakadar, tak da GST,,,agaknya cara ni baru beruk beruk terlepas, dan katak terlepas tempurung baru dapat paham apa itu GST...

Anonymous said...

Hanya orang melayu bodoh saja yang bersetuju dengan GST yang membebankan rakyat

Anonymous said...

kalu gitu orang singapura semua bodoh sbb dia guna gst lebih awal dari kita.

Unknown said...

Ini sumer poyo...... haktuihhhhhh

 
 
Blogger Templates