Social Icons

Pages

Friday, April 04, 2014

#KLIA2 !!! APA MASALAH #AIRASIA NI ??? TAKUT RUGI KER ???


Syarikat penerbangan tambang murah,AirAsia Bhd. (AirAsia) memutuskan untuk terus beroperasi di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) walaupun kerajaan sudah menetapkan penutupan lapangan terbang tersebut pada 9 Mei ini.Pengumuman tersebut bermakna syarikat penerbangan yang diasaskan oleh Tan Sri Tony Fernandez itu, mengingkari ketetapan kerajaan agar semua pengendali penerbangan tambang murah mula beroperasi di klia2 pada 2 Mei ini. 

“Walaupun AirAsia bersedia untuk berpindah ke klia2, perpindahan tersebut hanya akan dilakukan setelah semua isu berbangkit diselesaikan,” kata AirAsia dalam kenyataan di sini hari ini.

AirAsia memetik laporan firma pemeriksa Ikram Premier Consulting yang mendedahkan wujud mendapan pada landasan dan laluan serta tempat meletak pesawat di lapangan terbang yang memerlukan langkah-langkah pemulihan dilakukan secara kerap. 

“Ini akan menganggu operasi had penerbangan seperti Kumpulan AirAsia yang memiliki kira-kira 400 pergerakan pesawat sehari dan sekurang-kurangnya 70 pesawat milik kami di LCCT.Tahun lalu sahaja kami mengangkut 22 juta penumpang menerusi LCCT.Kami percaya adalah penting untuk memastikan langkah-langkah pemulihan dilakukan sebelum perpindahan, yang akan mengurangkan risiko berkaitan sebarang kemungkinan insiden penerbangan,” katanya lagi. 

AirAsia juga beranggapan tempoh Kesediaan Pengoperasian dan Perpindahan Lapangan Terbang (ORAT) selama dua bulan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sebagai tidak realistik dan terlampau optimistik. CEO A ir Asia Aireen Omar berkata jika permintaan Air Asia dipenuhi baru mereka akan berpindah ke KLIA2.

“Dengan saiz operasi AirAsia,kami pasti memerlukan masa yang lebih. Malah ORAT bagi perpindahan kami dari Terminal Utama KLIA ke LCCT pada 2006 mengambil masa lebih dua bulan, dan saiz operasi kami lebih kecil ketika itu.Selain itu,terdapat isu-isu komersial,operasi dan kontrak yang rundingannya masih berjalan antara AirAsia dan MAHB yang perlu diselesaikan sebelum berpindah ke klia2. 

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia,Aireen Omar berkata,pihaknya merayu kepada Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak supaya klia2 dapat berfungsi sepenuhnya dengan segera demi memberi manfaat kepada 12,000 kakitangan AirAsia dan peluang penerbangan murah kepada lebih 20 juta rakyat Malaysia setahun. “Kami telah mengetengahkan isu-isu berkaitan kepada Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) dan pihak berkuasa berkaitan.AirAsia akan membuat pengumuman rasmi dan akan memaklumkan kepada para pelanggan sekiranya bersedia untuk berpindah ke klia2,” katanya. 

Pada 28 Februari lalu,Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA),Datuk Azharuddin Abdul Rahman menafikan dakwaan mengenai kesan retak dan mendapan di landasan klia2,sebaliknya mendakwa hanya terdapat kesan-kesan tekanan tanah di kawasan landasan,apron dan tempat letak pesawat di klia2. - Utusan

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

Gempak anak kelingg bro....

 
 
Blogger Templates