Presiden Indonesia,Susilo Bambang Yudhoyono,dalam kedudukannya sebagai pengerusi Parti Demokratik (PD) berkata,beliau menghormati keputusan pengiraan segera peninjau pendapat umum berwibawa yang meletakkan parti pimpinannya di tempat keempat dalam pemilihan umum (Pemilu) Parlimen pada Rabu.
"Dengan kepercayaan dan andaian bahawa keputusan pengiraan undi secara segera tidak akan banyak berbeza dengan keputusan pengiraan undi sebenar,kami terima kemenangan Parti Demokrat," katanya kepada pemberita pada Rabu seperti yang dipetik agensi berita Antara.Susilo berkata,walaupun kelebihan undi yang diterima PD dalam pengiraan undi secara segera itu tidak tinggi,beliau dapat menerimanya dan percaya tidak berlaku sebarang penipuan dalam Pemilu.Beliau juga menyeru kader dan penyokong parti itu di seluruh negara supaya menerima hakikat itu dan membuat persiapan dengan sebaik mungkin untuk menghadapi Pemilu Parlimen 2019.
"Bagi pihak Parti Demokratik,saya mengucapkan tahniah kepada Parti Demokratik Indonesia-Perjuangan (PDI-P),Parti Golkar dan Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) atas kejayaan mereka mendapat jumlah undi yang relatif lebih tinggi," katanya.
Mengenai prestasi Parti Demokratik,keputusan awal pengiraan segera oleh dua peninjau pendapat umum, Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa (CSIS) dan Cyrus Network,menunjukkan parti itu hanya memperoleh 9.1 peratus undi.Jumlah undi yang diterima parti pemerintah itu merosot daripada 26.4 peratus dalam Pemilu 2009.PDI-P menduduki tempat teratas dalam keputusan awal pengiraan segera itu dengan memperoleh 18.6 peratus undi,diikuti Golkar (14.6 peratus),Parti Gerindra (11.9 peratus) dan Parti Kebangkitan Nasional (PKB) (9.8 peratus).Parti Amanat Nasional menduduki tempat keenam dengan 7.9 peratus undi, diikuti Parti Persatuan Pembangunan (PPP) (6.8 peratus),Parti Keadilan Sejahtera (PKS) (6.7 peratus),Parti Nasional Demokrat (Nasdem) (6.5 peratus), Parti Hati Nurani Rakyat (Hanura) (5.5 peratus),Parti Bulan Bintang (PBB) (1.6 peratus) dan Parti Keadilan dan Persatuan Indonesia (PKPI) (1.1 peratus).
Pengiran undi secara segera itu dibuat berdasarkan kaedah persampelan rawak,dengan kualiti rawak sementara pada kadar 98.3 peratus, manakala jidar kesilapan adalah satu peratus.Sampel diambil daripada 2,000 pusat mengundi di 77 kawasan mengundi di seluruh Indonesia. - Bernama
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
7 comments:
Nampaknya bangsa Indonesia ini lebih
bertamaddun, lebih berakhlak dari bangsa Melayu diMalaysia. Sangat memalukan..
Selagi anuar ibrahim ada politik d malaysia tak akan aman. Indonesia walaupun berjuta rakyat mengundi mereka lebih matang dan menerima hakikat kekalahan dan tidak ada buruk sangka terhadap mereka yg mengguruskan pilihanraya.
Aunar pun dah masuk hospital sekarang ni... dah nazak tuu ..tak lama lagi dah bole baca talkin... Cuma yg kat kelantan tu, tak tahu bila lagi.... nyawa liat sikit
Indon x dak nuaq brahim bebb...
Masih terlalu awal untuk kita memberi komen kerana reformasi anwar datangnya ilham dari indon.
Jurang perbezaan undi tempat 1 dan kedua agak rapat ini membolehkan pertikaian jika keputusan sebenar keluar kelak.
Di malaysia bukan faktor anwar shj, dia cuma pemangkin, tetapi dajjal sebenar DAP... dan lebih penting ada kaki cucuk dan penaja dari luar.
Musuh Islam lebih berminat menghancurkan Malaysia kerana ia menjadi teras Islam yg paling teguh selepas dunia arab satu demi satu negara dikacaubilau dan dilemahkan.
Musuh Islam lebih berminat menghancurkan Malaysia kerana ia menjadi teras Islam yg paling teguh selepas dunia arab satu demi satu negara dikacaubilau dan dilemahkan.
April 14, 2014 at 9:11 AM
-------------------------------------
betul tu, aku setuju....lagi pun
di Indonesia ramai amalkan islam liberal....dan islam + paganisme...so, tak hairan bagi musuh islam....
Pemimpin yg luhur akan akur dan saling mempercayai sistem yang sedia ada... DiMalaysia Suruhan jaya pilihan raya di pertanggng jawab urus pilihan raya berlandaskan perlembagaan dan undang... Sama seperti di Indonesia. Cuma di Malaysia pemimpin pembangkang iktiraf di kerusi yg dia menang jika kalah dia akan kata SPR tipu.. Siapa yg tipu siapa sebenarnya...%
Post a Comment