Kerajaan Negeri Kelantan perlu beri penerangan kepada rakyat Malaysia tentang bagaimana hukum hudud yang ditafsirkan oleh PAS ini dapat dilaksanakan dengan berkesan dan berpegang kepada konsep keadilan sejagat.Sebenarnya tidak sukar untuk memahami jenis-jenis hukuman yang terdapat dalam hukum Hudud ini,misalnya hukum orang yang mencuri itu adalah potong tangan.Walau pun hukum Hudud ini bunyinya agak keras tetapi hukuman ini sebenarnya masih tidak menakutkan penjenayah.Ini kerana penjenayah tahu untuk melaksanakan hukum Hudud ke atas mereka ia memerlukan beban bukti (atau saksi) yang tinggi seperti empat orang saksi.Dengan adanya beban bukti yang berat ini seperti memerlukan empat orang saksi itu ia bukan saja sukar untuk dikemukakan malah agak mustahil untuk menghukum penjenayah ini dengan hukum hudud.Akhirnya hukum takzir jugalah yang terpaksa diguna-pakai seperti mana yang diamalkan sekarang (atas sebab tidak cukup bukti tadi).
Jika hukum takzir juga yang akhirnya terpaksa diguna pakai,jadi dimana berkesannya hukum hudud ini yang walau pun sudah wujud tetapi ia masih tidak boleh dilaksanakan (kerana keperluan beban bukti yang ketat tadi) ??? Apakah hukum Hudud benar-benar dapat menakutkan penjenayah untuk tidak melakukan jenayah mereka sedangkan penjenayah ini sendiri tahu hampir tidak mungkin hukum hudud dapat dilaksanakan ke atas mereka kerana beban bukti yang ketat itu ???
Lagi pun mana mungkin sesaorang penjenayah itu mahu melakukan jenayah mereka didepan empat orang saksi dengan mengharapkan mereka akan dihukum dengan hukuman hudud ??? Justeru tidak mungkin penjenayah ini rasa takut melakukan jenayah selagi mereka tahu bagaimana hendak menyembunyikan jenayah yang mereka lakukan itu daripada dilihat oleh empat orang saksi,sekurang-kurangnya mereka tahu mereka akan terlepas daripada dihukum hudud.Jadi,ada atau tidak hudud ini pun mereka tetap bebas melakukan jenayah yang sama seperti sebelum adanya hukum hudud.Justeru penerangan-penerangan seperti inilah yang patut diperjelaskan oleh kerajaan Negeri Kelantan tentang tafsir hudud yang hendak mereka laksanakan itu.
Oleh : Nordin KCD
Kelantan Sedia Beri Penerangan Isu Hudud
KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan sedia memberi penerangan kepada semua pihak berhubung pelaksanaan hudud di negeri ini.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, sudah tiba masanya hukuman hudud yang bakal dilaksanakan di negeri ini diperjelaskan bagi mengelakkan berlaku kekeliruan dan menimbulkan polemik sehingga menakutkan pelbagai pihak.
“Dalam masa enam bulan ini, kita sudah bersedia menjelaskan isu ini, tidak kira kepada sesiapa pun sama ada umat Islam atau bukan Islam.
“Dengan penerangan itu nanti,diharap dapat memberi pendedahan sebenar mengenai hukuman ini yang merupakan undang-undang Islam dan diperintahkan ALLAH SWT untuk dilaksanakan demi kebaikan bersama,” katanya pada sidang media di pekarangan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini. - Sinar Harian
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
6 comments:
Bagi la Kelantan bentang dahulu. Nak tunggu UMNO bentang lambat le. Lepas tu boleh tengok yang mana sokong atau tak sokong.
hati-hati dgn kenyataaan tuan, jangan pertikai hukum hudud..
Tuan,
hukum ini bukannya hanya terpakai untuk org islam tetapi termasuk juga org kafir. Kalau untuk menghukum org islam saje ini dipanggil hukum apa?
Pas juga katabkn islam xpayah takut sbb hukum ni hanya utk org islam...tp bukankah hukum hudud ni terpakai utk semua org termasuk yg bkn islam...pas kena beri penjelasan dgn baik dlm soal ini...12.01 tak payah la nak salahkan umno je yg bising psai hudud pun oas yg lambat buat hudud pun pas yg ikat janji dgn pkr dap bhw hudud tiada dlm perjuangan pr pun pas...skrg bl umno sokong pun nak salahkan umno tp satu perkataan pun ko tak kutuk pkr or dap dlm hal ni...berlakulah adil ya..jgn salah kan satu pihak tp pihak lain yg menentang apa ko nak buat tp ko xberani nak kata apa wlu satu perkataan pun..nak laksana hudud vagus tp cara ko ckp dlm soal keafilan pun ko failed..kutuk pihak yg sokong pas psl hudud tp diam membisu pd dap n pkr rajan sekutu yg tentabg hudud...nak cko pls guna otak ya..
Hati2 admin kalau ckp pasal hudud..
Hudud hukum Allah bukan hukum PAS..
Kalau xkuat iman nak buat, jgn create alasan nak perlekeh..
Saya follower blog ni and prefer UMNO to PAS, tp sy sokong kalau ada usaha nk laksana hudud..
Puak2 umno dah melalak dah nak halang hukum hudud... dah hukum ni arahan dari allah kita buat je lah... klu xdapat 4 saksi terpaksa guna hukum takzir pun takpa asalkan laksanakan dulu hukum hudud... nanti dekat akhirat bila allah tanya boleh la puak umno penentang hudud bg jawapan mcm kat atas tu...
Post a Comment