saya menyambut baik persetujuan PAS untuk menangguhkan pembentangan hudud di parlimen untuk mengkajinya terlebih dahulu.Kajian tersebut akan dilakukan oleh sebuah Jawatankuasa Teknikal,seperti yang disarankan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.Jawatankuasa itu akan dianggotai oleh Jakim,MAIK serta mungkin juga pihak berkuasa agama Islam termasuk dari luar negara,yang dirasakan perlu dan sesuai.Dengan persetujuan ini,maka terbuktilah bahawa Hudud PAS atau Kanun Keseksaan Syariah Kelantan (II) 1993 adalah tidak lengkap dan mempunyai begitu banyak kelemahan.Tan Sri Muhyiddin,sebagai seorang yang bijaksana dan berfikiran jauh,telah mengambil langkah tepat untuk memastikan PAS tidak membentangkan sesuatu yang separuh masak di parlimen,apatah lagi sesuatu yang menggunapakai nama Islam.Kita semua sedia maklum bahawa hudud hanyalah sebahagian kecil dari Islam.Namun impak perlaksanaan hudud boleh menjadi teramat besar jika ia tidak digarap dan digubal dengan sempurna memandangkan ia melibatkan hukuman berat,termasuk memotong anggota dan mengambil nyawa manusia yang mana tidak boleh ditukar ganti.
Memandangkan Islam tidak meletakkan hudud sebagai keutamaan,maka kerajaan pimpinan UMNO tidak pernah menimbulkan soal perlaksanaan hudud di Malaysia.Yang meletakkan hudud lebih tinggi dari pembangunan masjid dan pembangunan ummah, adalah PAS semata-mata.PAS telah menyanyikan lagu ‘hudud’ sejak azali lagi.Malah ‘hudud’ atau ‘undang-undang Syariah’ lah yang membawa kepada peristiwa berdarah Memali di mana segelintir umat Islam sanggup mati menentang kerajaan atas alasan ‘perlembagaan sedia ada adalah perlembagaan kafir’.Lalu,hudud menjadi tonggak penentangan PAS terhadap UMNO.
Pemimpin tertinggi PAS tidak pernah bertukar sejak berdekad lalu dan PAS boleh saja mengkaji hudud secara berterusan,namun ini tidak berlaku.Dalam PAS merujuk kepada hudud seolah-olah sebagai rukun Islam yang pertama, PAS tidak pula berusaha mengambil masa mengkajinya.
PAS pernah membentangkan hudud Terengganu tanpa kajian pada tahun 1993 yang menyebabkan ia ditolak oleh kerajaan pusat dan kini PAS mengulangi perkara yang sama untuk Kelantan.
Kita tidak tahu sama ada PAS benar-benar sengaja mempermainkan hudud demi politik atau PAS benar-benar begitu bodoh tidak mampu memahami bahawa mereka perlu mengkaji terlebih dahulu undang-undang itu sebelum membentangkannya di parlimen atau di mana-mana.
Apakah Nik Aziz,Hadi Awang dan Ulama-ulama PAS tidak tahu bagaimana untuk mengkaji, atau sememangnya tidak tahu yang ia perlu dikaji ??? Jika tahu,kenapa bukan PAS yang menyarankan penubuhan Jawatankuasa Teknikal untuk mengkaji hudud ??? Kenapa mesti UMNO yang menyuarakannya ???
Setelah berpuluh tahun asyik berzikir ‘hudud, hudud’,PAS sebenarnya belum pun memikirkan apa itu hudud.
Malaysia adalah bermasyarakat majmuk. Oleh yang demikian,kesukaran perlaksanaan hudud pastilah berlipat kali ganda berbanding negara Islam lain yang melaksanakan undang-undang syariah yang merangkumi hudud itu.Oleh yang demikian juga,maka cadangan perlaksanaan hudud di negara ini pastinya memerlukan kajian yang jauh lebih mendalam lagi.Berdasarkan hakikat ini, PAS wajib menyediakan deraf yang menyeluruh bukan sahaja bagi menjelaskan kedudukan bukan Islam dalam undang-undang ini, tetapi juga perlu mampu mengupas mengenai segala kemungkinan terutama pertembungan dengan teknologi moden dalam menghakimi sesuatu kes jenayah. PAS juga perlu menjelaskan penyesuaian hudud dalam konteks negara demokrasi di mana kerajaan mungkin bertukar ganti.
Perlu diingatkan bahawa Presiden PAS sendiri telah menolak bukti CCTV dalam kes zina.Justeru,masyarakat perlukan kepastian apakah penghakiman seperti ini akan digunapakai dalam undang-undang hudud PAS Kelantan nanti atau apakah sebarang hukuman tertakluk atas individu berdasarkan parti politik yang disokongnya ???
Jelas,PAS langsung tidak memikirkan tentang apa-apa mengenai hudud, melainkan ingin melaksanakannya.Jika PAS tidak mampu berfikir mengenai perkara paling utama bagi parti itu, maka apakah kita pasti yang PAS mampu melaksanakan hudud dengan adil?
Mujurlah UMNO berjaya menyedarkan PAS bahawa hudud yang bakal dibentangkan perlu dikaji terlebih dahulu.Jika tidak,tentulah rakyat Kelantan terpaksa berhadapan dengan undang-undang separuh masak yang penuh dengan ketidakadilan.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment