Social Icons

Pages

Tuesday, June 24, 2014

FAKTA !!! SEJAK BILA #DAP PRIHATIN NASIB KAUM INDIA KAT MALAYSIA NI ???


Akhir-akhir ini pemimpin DAP dilihat begitu ‘berminat’ bercakap tentang Islam.Rata-rata kenyataan mereka seolah-olah cuba mengajar dan menasihati orang-orang Islam tentang Islam yang sebenar,seolah-olah mereka lebih tahu mengenai kesucian dan kebenaran Islam.Namun,di masa yang sama mereka menjadikan Islam sebagai sasaran setiap kali timbulnya permasalahan yang melibatkan agama.Tidak kira sama ada ia merupakan masalah negara atau masalah keluarga, DAP pasti akan menyebelah pihak penentang Islam.Contohnya,dalam isu murtad,Namewee,kalimah Allah dan yang terbaru,kes perebutan hak penjagaan 3 orang anak kepada Indira Gandhi dan Mohd Ridzuan,DAP tetap memilih untuk menjadikan pihak Islam sebagai sasaran dengan mengaitkannya dengan pihak berkuasa serta kerajaan.Tujuan DAP hanyalah satu,iaitu untuk menunjukkan seolah-olah negara ini diperintah oleh orang Islam secara tidak adil. 

Dalam kes Indira Gandhi VS Mohd Ridzuan,Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan yang menyebelahi Indira Gandhi walaupun Mahkamah Syariah sebelum itu telah memutuskan untuk memberikan hak penjagaan kepada Mohd Ridzuan.Hakim Mahkamah Tinggi yang membuat keputusan tersebut adalah juga seorang Islam iaitu Datuk Wan Afrah Wan Ibrahim. Ini membuktikan bahawa tiada campurtangan pihak kerajaan serta tiada pengaruh emosi atau sentimen keagamaan yang memainkan peranan dalam proses penghakiman.Datuk Wan Afrah jelas telah bertindak professional berdasarkan fakta kes. Bagaimanapun, prosedur perundangan di Malaysia membenarkan rayuan dibuat oleh pihak yang kalah sehingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan. Justeru, tidaklah menjadi kesalahan bagi pihak Mohd Ridzuan untuk membawa kesnya ke peringkat itu. Apa yang menjadi kesalahan ialah apabila DAP cuba menutup peluang Mohd Ridzuan untuk membuat rayuan dengan menyalahkan Ketua Polis Negara pula.Alasan DAP ialah Ketua Polis Negara tidak mematuhi perintah Mahkamah Sivil dan akan membuat laporan polis ke atas beliau.Entah kenapa DAP begitu ‘sensitif’ dan prihatin terhadap agama ketiga beradik anak-anak kepada Indira dan Mohd Ridzuan dari kaum India dan entah kenapa DAP juga begitu peka dengan ‘pematuhan kepada undang-undang’ dalam kes ini.Sedangkan kita semua sedia maklum bahawa DAP itu sendiri sedang bergerak dalam keadaan tidak sah dari segi undang-undang pertubuhan kerana masih belum menyelesaikan konflik pemilihan CEC dengan pihak ROS.

Lebih teruk lagi,pemilihan CEC yang bermasalah itu juga adalah berpunca dari percubaan DAP untuk meminggirkan kaum India dengan memanipulasi penghantaran notis mesyuarat kepada perwakilan dari kaum itu. Jelas bahawa keprihatinan DAP terhadap anak-anak Indira dan Mohd Ridzuan adalah hipokrit semata-mata.DAP bukannya ingin membela mereka tetapi hanya ingin memburukkan kerajaan serta mengenakan Ketua Polis Negara dalam usaha mereka untuk menyerang Islam. Hakikatnya, DAP tidak ada hak untuk bercakap tentang undang-undang mahupun membela kaum India atau agama Hindu kerana ternyata DAP tidak pernah peduli kepada kedua-duanya.Ketua Polis Negara hanya bertindak mengikut undang-undang dan prosedur sedia ada.Tiada apa yang salah dengan kenyataan mahupun tindakan beliau, tetapi beliau tetap dijadikan sasaran oleh parti yang langsung tidak menghormati undang-undang.

Sebaiknya,rakyat jangan terikut-ikut dengan rentak DAP yang teringin sangat bermain api.Biarkanlah mahkamah yang memutuskan kes ini.Sudah terbukti bahawa hakim di Malaysia sangat berintegriti,maka berilah sepenuh kepercayaan kepada mereka untuk menjalankan tugas. Ingatlah bahawa DAP hanya ingin mempergunakan dan melaga-lagakan kita semua untuk kepentingan parti dan pemimpinnya,aka,bangsa Cina dan agama Kristian semata-mata.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

Sejak bila Najib prihatin terhadap orang Melayu. Asyik orang Melayu aje didakwa atas kesalahan kecil.Kalau ingin memohon pinjaman,cuba pergi bank kerajaan seperti BSN,AgroBank dan SMECorp. Macam sial kita dilayan. Bila kita masuk bank cina seperti OCBC, kita dilayan macam pelanggan.

Masalahnya, semua usaha Najib tertumpu untuk mendapat undi cina dan lantaklah orang Melayu.Itulah masalahnya.

 
 
Blogger Templates